Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 12, 2010

PEGUAM TAK DIBENARKAN HADIR BILA DITAHAN APA KES??

Kesedaran Hak Dapatkan Bantuan Guaman Masih Kurang
SUNGAI PETANI: Kesedaran masyarakat terhadap hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman atau diwakili peguam sekiranya ditahan atau ditangkap pihak polis masih kurang.
Pengerusi Pusat Bantuan Guaman Kedah/Perlis (PBGKP), Victor Paul Dorairaj berkata orang ramai perlu tahu mengenai hak mereka kerana setiap individu yang ditangkap perlu diberi penerangan tentang alasan mengapa mereka ditahan.
"Orang yang ditahan hendaklah dimaklumkan segera mengapa dia ditangkap dan dibenarkan berbincang serta diwakili pengamal undang-undang pilihan mereka," katanya pada majlis perasmian Minggu Kesedaran Undang-undang Peringkat Kebangsaan 2010, di sini Isnin. Beliau berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk badan kehakiman serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumkan kepada orang awam berkenaan hak-hak mereka.
Katanya salah guna kuasa akan berkurangan sekiranya rakyat mengetahui hak-hak mereka dan akses untuk mendapatkan keadilan adalah tidak bermakna jika orang ramai tidak mengetahui hak mereka.
"Setiap orang mesti mengetahui hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mereka untuk berbincang Perlembagaan Persekutuan secara terbuka tanpa prejudis atau dituduh berat sebelah.
"Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah perundangan dan peguam boleh membantu, golongan kurang berkemampuan boleh mendapat khidmat guaman di pusat pusat bantuan guaman," katanya.
Menurut Dorairaj PBGKP merupakan salah satu daripada 15 pusat bantuan guaman yang ditubuhkan di bawah Majlis Peguam Malaysia dan sehingga kini terdapat tiga cawangannya iaitu di Kangar, Alor Setar dan Sungai Petani.
Sementara itu menurut beliau, pada 2008 daripada 108,000 kes jenayah yang didengar di mahkamah Majistret di negara ini, lebih 84,000 individu tidak diwakili peguam.
Katanya sebanyak RM1.3 juta hasil sumbangan pengamal undang-undang MPM diperuntukkan untuk pusat-pusat bantuan guaman bagi 2010. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu