Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 23, 2010

JANGAN MALAYSIA DIPERSALAHKAN SUDAH

Tiga polis indonesia maut

SEORANG suspek perompak yang cedera diiringi kawalan ketat polis tiba di hospital polis di Jakarta, semalam. Lelaki itu ditangkap dalam beberapa siri serbuan terhadap kumpulan perompak yang dipercayai bertujuan membiayai dana militan di republik itu. - AFP


JAKARTA 22 Sept. - Sekumpulan 12 orang yang dipercayai anggota pengganas yang bermotosikal menyerang sebuah balai polis di Hamparan Perak, Daerah Deli Serdang, Sumatera Utara tengah malam tadi mengakibatkan tiga anggota polis terbunuh.
"Serangan ini merupakan kejadian pertama seumpamanya berlaku kerana sebelum ini kumpulan pengganas lebih menyasarkan warga asing menerusi serangan bom," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Iskandar Hasan.
Dalam kejadian itu, para penyerang dikatakan menaiki enam buah motosikal serta memakai penutup muka, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mereka dipercayai menggunakan sekurang-kurangnya sepucuk pistol dan dua senjata automatik jenis AK, M16 dan ES1.
Penyerang dipercayai telah melepaskan tembakan bertubi-tubi ke atas anggota polis yang sedang berkawal sehingga mengorbankan tiga anggota, sementara yang berada di dalam balai dapat menyelamatkan diri.
Iskandar berkata, polis percaya serangan berupa balasan terhadap kematian tiga anggota pengganas dan tangkapan tiga yang lain dua hari lalu dalam kes rompakan bank CIMB Niaga di Medan baru-baru ini.
Sebahagian daripada mereka yang ditangkap itu mengaku pernah mengikuti latihan ketenteraan di kem Aceh yang diserbu polis beberapa bulan lalu.
"Ini mungkin semacam reaksi dari mereka, boleh juga dikatakan balas dendam," katanya.
Beliau berkata senjata api yang digunakan dalam serangan ke atas balai polis tersebut adalah sama dengan yang digunakan dalam rompakan itu.
"Setakat ini, kami baru menjumpai satu senjata laras panjang padahal dari bukti foto rompakan di bank itu, ada banyak senjata api yang mereka miliki," katanya.
Iskandar berkata, Balai Polis Hamparan Perak dipilih sebagai sasaran mungkin kerana ia dilihat sebagai sebuah balai kecil oleh itu mudah dijadikan sasaran.
Polis sedang memburu para penyerang termasuk saki baki anggota perompak bank CIMB Niaga di samping meningkatkan kawalan di beberapa daerah yang pernah menjadi tempat persembunyian dan tangkapan anggota pengganas seperti di Lampung, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Aceh. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu