Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 26, 2010

Hapuskan Subsidi Secara Sistematik

Bila baca kat bawah ni panas betul rasa hati nih. Tengok tang BOLD tuh! Sekali baca sifirnya mudah. Untuk mengelak pengilang dan warga asing mendapat keuntungan dari subsidi, seharusnyalah subsidi dihapuskan. Untuk mengelakkan warga Singapura dan Thailand beli dan seludup gasoline atau Diesel kita naikkan harga jualan di pasaran lebih tinggi dari Thailand atau Singapore. Subsidi yang dijimatkan boleh disalurkan ke projek yang lebih bermenafaat - WEH! Nak mintak projek pulak ke?

Ni pulak bagi cointoh gula - mintak maaf ya, aku sekeluarga sebulan 2 kilo pun tak habis tahu tak? Janganlah jadikan penggunaan gula = diabetes alasan untuk potong subsidi pulak.

Hapuskan Subsidi Secara Sistematik - FOMCA

PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi secara sistematik memandangkan ia "pembaziran" besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran.

Setiausaha agungnya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, wang yang dijimatkan dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat. Beliau menyentuh isu gula sebagai contoh.

"Subsidinya ialah RM3 sebulan berasaskan penggunaan purata tiga kilogram sebulan bagi setiap keluarga. Dengan enam juta keluarga dalam negara, ini menjadikan jumlah RM18 juta sebulan atau RM216 juta setahun, tetapi subsidi itu kini naik melambung ke RM1 bilion setahun.

"Selebihnya adalah pembaziran dalam erti ia disalurkan kepada pekilang besar dan warga asing.

"Pembaziran serupa dikesan pada produk makanan lain dan subsidi minyak," kata beliau.

Selain menghapuskan subsidi, katanya, kerajaan hendaklah juga menentukan dana pembangunan digunakan dengan betul dan berkesan.

Cuepacs, bagaimanapun, meminta kerajaan agar berhati-hati bila menghapus subsidi oleh kerana ini menjejas kakitangan awam berpendapatan rendah.

Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata, kerajaan perlu menentukan golongan miskin tidak terbeban akibat harga yang tinggi, terutama bahan-bahan keperluan utama. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu