Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 25, 2010

Dua Lelaki Mengaku Bersalah Minum Arak Di Pahang

Mari kita lihat apa akan berlaku kepada bebudak nih. Kena rotan ke tak....

Dua Lelaki Mengaku Bersalah Minum Arak Di Pahang

KUANTAN: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini terhadap pertuduhan meminum minuman keras pada Februari lepas.

Mohd Saifulnizal Zulkifli, 29, dari Sungai Isap di sini yang merupakan seorang buruh, dan Mohamed Rezzal Mohamed Yussof, 24, dari Pasir Putih, Kelantan, yang menganggur, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus.

Mengikut fakta kes, Mohd Saifulnizal didakwa melakukan perbuatan terbabit di kelab malam Horoscope di Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail di sini, pukul 1.05 pagi pada 7 Feb lepas.

Tertuduh ditahan dalam Ops Taubat yang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang kerana disyaki meminum minuman keras.

Mohamed Rezzal pula melakukan kesalahan yang sama pada pukul 5.30 petang di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di sini, 13 Feb lepas.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) dan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam kali sebatan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman diringankan atas faktor kewangan kerana masing-masing tiada pendapatan tetap sebelum Abdul Rahman menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh jatuh hukum.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Syarie Farhana Md Yusop. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu