Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 23, 2010

ADUN Kerdau Kembali Kritikal

Marilah kita mendoakan agar kesihatan YB Datuk Zaharuddin kembali pulih.
Apabila dimaklumkan dia berkemungkinan mengalami strok - dalam tidur boleh aku bayangkan keadaannya. Dalam keadaan badan lemah, stroke kalau datang, tak dapat nak kawal dah. Itu pengalaman aku sebagai pesakit stroke.
Tentu ahli keluarganya rasa sedih kerana yang asyik bermain difikiran rakyat jelata melata - nak ada PRK lagi. dah ada yang nak lobi jadi calon, berkira-kira projek masyuk - harap masjid dan surau kawasan ADUM tersebut buat solat hajat dan bacaan yassin mendoakan kesihatan beliau kembali pulih - insyaallah.

ADUN Kerdau Kembali Kritikal SUMBER

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lepas kini kembali kritikal.

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin, 63, tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat kira-kira pukul 6 pagi semalam.

"Saya dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang beliau tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat untuk diberi ubat pagi tadi. Saya difahamkan, kemungkinan beliau mengalami strok dan dia kini dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, anggota keluarga Zaharuddin diminta datang ke hospital oleh doktor yang merawatnya kerana beliau berada dalam keadaan koma, dan doktor turut memaklumkan bahawa keadaan jantung serta paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah, dan beliau memerlukan perhatian serius.

Zaharuddin dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pada 3 April lalu untuk menjalani pembedahan ulser usus setelah mengadu sakit di bahagian perut sebelum dirujuk ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu