Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, May 28, 2010

Cabang PKR halang kemasukan ahli baru untuk kekal berkuasa: Syed Husin

Ini semua hati dan perangai UMNO masih kuat. Aku tahu perasaan apabila jadik AJK dulu dulu..... Ketua cabang semua ini hendaklah didedahkan dan PASTIKAN mereka ini tiada yang dipilih menjadi calon pada PRU akan datang. Kalau takde langsung letak tunggul jadi calon.

Cabang PKR halang kemasukan ahli baru untuk kekal berkuasa: Syed Husin

KOTA BAHARU - Demi mengekalkan kuasa dalam parti, terdapat pemimpin peringkat Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup menyekat kemasukan ahli baru.

Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali yang mahukan kepimpinan parti lebih komited kepada rakyat dan parti.

Beliau berkata, perbuatan menyekat kemasukan anggota baru di dalam parti sekali gus menyekat perkembangan parti.

"Di peringkat cabang kita mahukan pemimpin yang tidak menyekat kemasukan anggota-anggota baru serta menahan perkembangan parti semata-mata kerana hendak menjaga kedudukan masing-masing.

"Kita mahukan pemimpin yang boleh memberi pimpinan dari segi idea serta kerja dan mampu menyatupadukan parti," katanya ketika berucap merasmikan kongres Angkatan Muda dan Wanita parti di sini malam tadi.

Syed Husin berkata, bagi melahirkan pemimpin yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk rakyat dan parti, PKR perlu memberikan latihan dan kursus kepada anggotanya.

Justeru beliau menggesa Angkatan Muda dan Wanita parti segera merancang dan melaksanakan program latihan itu.

No comments:

Cerita Dolu Dolu