Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 27, 2010

JAIS Diminta Nyatakan Pendirian Berhubung Isu Lesen Judi Bola

Apakah berita yang di petik dari SUMBER ini akan keluar di akhbar yang lain? Ni berita BERNAMA nih!

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta menyatakan pendiriannya berhubung keputusan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, JAIS harus mengutarakan pandangannya berhubung isu tersebut jika benar ia badan bebas.

"JAIS dan pengarahnya harus menyatakan pandangan mereka berhubung isu lesen judi bola ini untuk membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik," kata Khalid dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini berkata, Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak itu.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu