Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, January 12, 2011

INI BUKAN DARI BERNAMA. TAHNIAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Korea Selatan akui Selangor mesra pelabur - SINAR HARIAN



SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan hormat rombongan perniagaan dari Korea Selatan yang diketuai Duta Besar Korea Ke Malaysia, Lee Yong-joon, semalam. 



Dalam pertemuan hampir sejam tersebut, Menteri Besar dan rombongan perniagaan itu mengadakan perbincangan termasuk peluang-peluang baru yang disediakan kerajaan Selangor kepada pelabur. 



Abdul Khalid memaklumkan Kerajaan Selangor sedang menjalankan projek pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang yang menjadi antara projek yang dimasukkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor. 



“Kerajaan Selangor menggalakkan dan mengalu-alukan pelaburan bidang teknologi hijau yang semakin popular di seluruh dunia. Ia juga sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana teknologi LED lebih mesra alam sekitar,” katanya. 



Beliau berkata, Pusat Pelaburan terbaru, Selangor Science Park 2 yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Cyberjaya menyediakan tapak untuk pembinaan kira-kira 10,000 unit rumah yang mesra teknologi hijau. 



Katanya, sebagai tanda sokongan kepada penggunaan teknologi hijau, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Selangor akan bertukar kepada penggunaan lampu jimat tenaga dan mesra alam secara berperingkat, mulai tahun ini. 



Sementara itu, Presiden Samsung Malaysia, Datuk Lee Sang Bai berkata, beberapa syarikat Korea Selatan telah menyatakan minat bekerjasama dengan Kerajaan Selangor menjalankan projek pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang. 



Lee yang juga Presiden Dewan Perdagangan Korea-Malaysia turut mengakui Selangor lebih kompetitif dan mesra pelabur berbanding negeri lain kerana dilengkapi jaringan pengangkutan moden, kemudahan infrastruktur yang canggih serta tenaga kerja mahir yang ramai.

No comments:

Cerita Dolu Dolu