Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, October 09, 2010

TAKZIAH kepada Mendiang. Awal Disember bersedia sahaja.

Ahli Parlimen Batu Sapi Meninggal Dunia Kemalangan Jalan Raya
Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu. Beliau berusia 54 tahun.
Mendiang dipercayai menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki 750 di jalan Sembulan-Tanjung Aru apabila bertembung Mercedez kira-kira 11.40 pagi Sabtu.
Mayat mendiang dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, di sini.
Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkahwin dengan Linda Tsen Thau Lin dan meninggalkan empat anak.
Jurutera perunding itu merupakan bendahari parti dan Pengerusi bahagian Elopura.
Chong menjadi Ahli Parlimen setelah memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya umum 2004.

No comments:

Cerita Dolu Dolu