Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 08, 2010

SUSU NAIK? SALAHKAN BIO-FUEL JANGAN SALAHKAN KERAJAAN.

Saya pernah menulis berkaitan masalah kenaikan harga susu dunia sebelum ini (tapi tak ingat entry yang mana ha ha ha). Kenaikan harga susu dunia memang tidak dapat dielakkan kerana pengeluaran susu dunia sudah menurun. Ianya berkait rapat dengan bio fuel - PELIK? Untuk memastikan lembu tenusu mengeluarkan susu yang banyak dan berkualiti, penternak memberi makan dedak dan bahan utamanya adalah JAGUNG. 

Dengan peningkatan promosi BIO FUEL, banyak kawasan tanaman gandum dan jagung telah ditukarkan kepada tanaman jagung untuk BIO FUEL dan harga jualan untuk BIO FUEL lebih baik  berbanding untuk dibuat dedak (makanan haiwan). Sebab itu ada aktivist yang mengatakan BIO FUEL adalah satu bentuk jenayah keatas kemanusiaan kerana ianya menyebabkan berkurangnya hasil untuk makanan apabila tanah ditukar produk dari tanaman makanan seperti gandum kepada jagung dan seumpamanya. 

Cumanya kenaikan susu apa kaitan dengan kenaikan harga TEH TARIK yang menggunakan susu pekat? Saya kurang pasti. Sedia maklum bahawa bahan asas susu pekat adalah kelapa sawit. Mungkin ada susu pekat menggunakan susu pejal tanpa lemak dalam bahan asasnya tetapi sehingga memberi kesan besar keatas harga setiap tin kah? Kena tanya pengilang. Kebetulan namanya SUSU mungkin pengilang akan menaikkan harga bukan dengan alasan harga susu dunia naik tetapi harga tak pernah naik.... magik bukan?

ISU INI bak telan mati emak luah mati bapak nak kemem pun sesak napas - alam sekitar perlu diselamatkan (BIO FUEL adalah pilihan) tapi sehingga melibatkan makanan manusia sejagat? Mana lebih penting - ini kes AYAM dgn TELUR jugak agaknya - mana dulu?


Kenaikan harga susu tak dapat dielak 


SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia. 

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga jualan susu, termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia. 

“Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi. 

“Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa,” katanya kepada media selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung harga tepung susu tanpa lemak adalah bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini, berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lalu. 

“Sekatan harga tidak boleh dilakukan ke atas barangan itu disebabkan ia di luar kawalan kita. Ini kerana kita membeli barang diimport. Perkara ini sudah banyak kali berlaku,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, biarpun kementerian akan membentangkan Akta Anti Pencatutan 2010 di Parlimen bulan ini, ia masih tidak boleh menghalang pengeluar untuk menaikkan harga barang itu. 

“Ini kerana sekiranya pengeluar mempunyai bukti bahawa harga bahan mentah itu benar-benar meningkat di seluruh dunia. Akta ini hanya boleh menyekat dan mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan untuk mencari keuntungan berlebihan tanpa sebab munasabah.: 

“Sebagai contoh, topeng muka, peniaga beli 30 sen dan jual 50 sen tetapi apabila permintaan meningkat dan mereka masih membeli dengan harga 30 sen sekeping, tetapi jual sampai RM5, yang ini memang boleh dikenakan tindakan mengikut akta ini,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu