Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 07, 2010

MANA AHLI QARIAH? SEMUA SAMA TANGGUNG DOSA. Semoga dijauhi

Kita kadangkala kena jaga tepi kain orang lain juga. Fardhu kifayah ni.... kalau dah situasi macam tu bagaimana makan minum mereka? terjagakah? Melaka ni dah cukup fofulor dengan kes buang anak, kini kes buang mak bapak dan buang mayat pulak ke?

Buang mayat suami dalam semak belakang rumah



ANGGOTA polis mengusung mayat Abdul Halim yang dibuang oleh isterinya di dalam semak Kampung Solok Pantai, Batu Berendam semalam.




MELAKA – Polis menahan seorang wanita selepas mengesyaki dia bukan sahaja menyembunyikan kematian suaminya akibat sakit tua malah bertindak membuang mayat suaminya itu ke dalam semak dalam kejadian di Kampung Solok Pantai Batu 4, Batu Berendam di sini Sabtu lalu.
Wanita yang mengalami masalah mental berusia 45 tahun itu ditahan pagi semalam apabila rahsianya itu terbongkar selepas penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk terjumpa mayat Abdul Halim Manan, 70, yang disumbat di dalam plastik berwarna hitam.
Difahamkan, jarak antara rumah mangsa dengan kawasan pembuangan itu hanya 50 meter.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supritendan R. Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Katanya, siasatan awal mendapati wanita tersebut telah membuang mayat suaminya pada Sabtu lalu dengan mengheretnya ke kawasan semak.
“Ada penduduk mendakwa ternampak wanita itu mengheret beg plastik hitam pada pukul 12 tengah malam Sabtu lalu tetapi tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah mayat suaminya ditemui pukul 7.30 pagi tadi (semalam).
“Siasatan awal kita mendapati ketika itu suami mangsa baru sahaja meninggal dunia dan wanita tersebut bertindak sedemikian kerana tidak tahu hendak buat apa,” katanya yang memberitahu pasangan itu hanya tinggal berdua di situ.

No comments:

Cerita Dolu Dolu