Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 02, 2010

Ubah Salah Tanggapan Masyarakat Terhadap Islam - Najib

PM DS Najib oooiii.... mulakan dari dalam dulu. Salah hala dah ni. Nanti digelakkan ajer apabila ramai anak buah termasuk Menteri Dalam Negeri dok bagi persepsi salah kepada bukan Muslim. Tanggapan salah terhadap Islam dapat dihapuskan jika UMNO dapat dihapuskan dari memerintah dan menyalahguna Islam untuk kepentingan politik sendiri.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa umat Islam di seluruh dunia supaya sama-sama membantu mengubah tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam, yang sentiasa mementingkan keamanan dan kestabilan.
Perdana Menteri berkata ini kerana pada masa ini, masih lagi ada tanggapan salah masyarakat bukan Islam termasuk di Barat terhadap Islam. 
(Orang Islam sendiri ramai tak faham dan memalukan Islam apa cerita - politik tu politik lah jugak tapi janganlah jatuhkan maruah orang Islam sendiri. Tolonglah pi nasihat sikit bermula dari sepupu PM sendiri atau dalamkelambu tu dulu.)
Misalnya, beliau berkata dalam keluaran Time Magazine baru-baru ini, terdapatnya istilah baru iaitu 'Islam fobia'.
"Sikap masyarakat bukan Islam terhadap Islam tidak banyak berubah. Mereka masih mempunyai tanggapan bahawa Islam itu merupakan ancaman kepada mereka. 
(Kat malaysia kalau Islam tak rasa sebagai ancaman, UMNO rugi kan?)
"Oleh itu, masyarakat Islam perlu membantu memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keamanan dan kestabilan," katanya pada majlis berbuka puasa bersama duta-duta dan perwakilan asing di Wisma Putra di sini, malam tadi.
Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Najib berharap dengan penjelasan dan sikap yang ditunjukkan oleh umat Islam akan dapat menghakis tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam.
Di Malaysia, beliau berkata walaupun rakyat terdiri daripada berbilang kaum dan agama, namun mereka boleh hidup dengan aman dan harmoni.
Bagi tujuan itu, beliau berkata kerajaan akan memastikan tiada ruang bagi sebarang bentuk ekstremisme di negara ini sama ada dalam bentuk ekstremisme kaum ataupun agama.
"Ia mesti dilindungi dengan sebaik-baiknya. Misalnya, jika anda merosakkan gereja atau masjid, hukuman seharusnya sama.
"Kita tidak boleh mempunyai satu set hukuman yang berlainan dengan yang lain. Ini adalah untuk memastikan keamanan dan keharmonian dalam negara," kata beliau.
Perdana Menteri berkata Malaysia juga memainkan peranan aktif bagi memastikan keamanan dan kestabilan di seluruh dunia apabila terlibat dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti di Bosnia dan Lebanon.
Dalam perkembangan lain, Najib merakamkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Tan Sri Rastam Mohd Isa atas segala khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun.
Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Luar Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman akan menggantikan Rastam sebagai Ketua Setiauaha kementerian, berkuatkuasa Jumaat ini.
Rastam, 59, pernah berkhidmat sebagai duta ke Pakistan, Bosnia, Herzegovina, Indonesia dan sebagai wakil tetap Malaysia ke PBB.-BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu