Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 19, 2010

WHO dah angkat H1N1 tapi bukan hilang langsung - Jaga kesihatan

Jumlah Pesakit H1N1 Naik 25 Peratus Minggu Ini
KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25 peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas berbanding 51 kes pada minggu sebelum itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584 orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang.
Bagi tempoh yang sama, tujuh kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) baru dilaporkan dari lima kepada enam negeri, menurun daripada 13 kluster pada minggu sebelumnya.
Selain itu, bilangan pesakit baru dengan simptom ILI yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 8.9 peratus kepada 513 orang berbanding 563 pesakit pada minggu sebelumnya, katanya.
Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir adalah sebanyak 360 kes di 60 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta.
"Daripada jumlah itu, hanya 34 pesakit atau 9.4 peratus merupakan kes Influenza (A) H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal. Terdapat tiga kes H1N1 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kesemuanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dr Mohd Ismail berkata walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu