Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 19, 2010

Kerajaan dulu kira nak tutup sekolah agama

Mari kita tunggu komen dari Khir Toyo - tu pun kalau dia ada baca la. Kalau tak pun EXCO (bekas) Ugama Rahman Palil ke.  Sohihnya surau kena tutup di Puchong, di Shah Alam, di Kg Berembang... itu tahu lah
Kamarina   
SUBANG, 17 Ogos: “Jika dibandingkan dengan pemerintahan yang dulu hanya tahu nak tutup sekolah agama tapi kerajaan sekarang menghargai sekolah agama,” ujar Pengetua Ma'had Tahfiz An-Nur, Desa Subang Permai, Ustaz Sobri Mohd Nor.
Beliau menyatakan demikian pada majlis ringkas menerima sumbangan kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, pagi ini.

“Saya tidak pernah menerima sumbangan seperti ini sebelum ini. Ini merupakan rezeki dari Allah,” ujarnya yang merakamkan perghargaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat.
Dr Halimah menyampaikan cek bantuan tersebut untuk membaik pulih fizikal sekolah agama.
Majlis utama fasa satu mengenai bantuan itu kepada sekolah agama rakyat telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ma'had Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar Kampung Asahan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor pada 10 Ogos lalu.
Pada majlis itu, seramai 120 daripada 136 penerima hadir sementara yang selebihnya disampaikan sendiri Dr Halimah dengan pergi ke sekolah berkenaan di samping meninjau masalah yang dihadapi.
Kerajaan negeri telah meluluskan RM2.666 juta daripada RM6 juta yang diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat pada tahun ini.

No comments:

Cerita Dolu Dolu