Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, July 09, 2010

RM1.5 bilion bangun teknologi hijau

MELAKA TENGAH - Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan sebagai skim pinjaman bagi membantu syarikat swasta yang berhasrat melaksana dan membangunkan teknologi hijau. 

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, setakat ini, kementeriannya sudah meluluskan 33 projek di seluruh negara berkaitan teknologi baru itu. 

Menurutnya, skim itu bertujuan melahirkan dan mendidik masyarakat mengenai teknologi hijau yang dilihat mampu mengurangkan pelepasan gas hijau sehingga 40 peratus. 

“Ramai yang masih belum mengetahui mengenai kebaikan teknologi hijau ini kerana ia teknologi yang masih baru. 

“Bagaimanapun, kita yakin dengan kerjasama dan inisiatif pelbagai pihak, Malaysia mampu melahirkan masyarakat yang mengamalkan teknologi hijau ini pada masa hadapan,” katanya selepas melawat kilang Maruwa Malaysia, di Batu Berendam dekat sini, semalam.

No comments:

Cerita Dolu Dolu