Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 07, 2010

Ni dari BERNAMA untuk yang tak PAHAM entry sebelum nih.


PM diminta salur RM300 juta bangunkan Kg Tg Tokong

July 07, 2010
PULAU PINANG, 7 Julai –  Penduduk Kampung Tanjong Tokong, di sini akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembangunan semula kampung tradisi yang berusia lebih 250 tahun itu.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Mohd Salleh Yahaya berkata memorandum yang ditandatangani 300 penduduk itu dijangka diserahkan kepada Najib minggu depan.
Beliau berkata melalui memorandum itu pihaknya juga meminta kerajaan pusat memperuntukkan dana khas berjumlah RM300 juta untuk pembangunan semula dan pemuliharaan kampung itu.
“Kami berharap Perdana Menteri dapat membantu kami seperti kerajaan pusat membantu pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut meminta Perdana Menteri campur tangan dalam usaha mendapatkan pampasan dan ganti rugi yang setimpal daripada pemaju.
Mohd Salleh berkata sejak Uda Holdings Berhad mengambil alih tanah kampung itu pada tahun 1974, perkampungan itu telah diisytihar sebagai setinggan.
“Kami dibayar sagu hati sebanyak RM1,000 sahaja untuk berpindah,” katanya. – Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu