Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 16, 2011

KALAU TAK SIMPAN RAHSIA? BOLEH DIPECAT KE?

Khusrin Angkat Sumpah Simpan Rahsia
SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi akhirnya mengangkat sumpah simpan rahsia pada Rabu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Mohamad Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari Rabu.
Pelantikan Mohamad Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Jan lepas.
Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga Rabu.
Menteri Besar sebelum ini mempertikaikan pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Jan lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan beliau tidak dirundingi sebelum pelantikan itu.
Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tetapi gagal memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan.
Kerajaan negeri menyatakan cadangan pindaan itu bagi mengembalikan semula kuasa kepada sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan awam di negeri itu iaitu setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri. - BERNAMA

1 comment:

On Bin Hj Ibrahim said...

cerita pengamblan atau perampasan kuasa negeri perak yang lalu adalah benar benar sama seperti yang akan berlaku di selangor...dengan pelakun pelakun yang sama dan jalancerita yang sama juga..

cuma lenggok lebih macam inul sikit...

so selangor kena ambil perhatian yang lebih...kalau tak akan jadi macam perak...

Cerita Dolu Dolu