Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, February 14, 2011

ADAKAH KDN AKAN DENGAR CAKAP JAKIM ?

Jamil Khir Minta KDN Batalkan Permit Konsert Mohsen Namjoo
SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit konsert penyanyi Iran, Mohsen Namjoo yang dijadual Jumaat ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Ini kerana kata beliau, siasatan yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan lagu-lagu penyanyi itu mempunyai unsur-unsur yang menghina al-Quran dan agama Islam.
"Dikhuatiri jika diteruskan (konsert) itu boleh menimbulkan ketidakharmonian masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kumpulan terakhir pelajar Malaysia dari Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) KL, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata siasatan Jakim itu adalah susulan laporan polis yang dibuat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengenai konsert tersebut.
Zulkifli dalam laporannya meminta pihak berkuasa menyiasat bagaimana penyanyi itu dibenarkan membuat persembahan di negara ini sedangkan beliau secara terbuka menghina Islam.
Mohsen, 35, dikatakan menggunakan ayat al-Quran dan menyampaikannya dalam bentuk menghina kitab suci itu.
Pada Jun 2009, penyanyi itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh sebuah mahkamah di Iran kerana tidak menghormati kesucian agama Islam selain memperlekeh al-Quran.
Bagaimanapun beliau terlepas daripada hukuman itu kerana menetap di Vienna, Austria.
Mengulas perkara berbeza, Jamil Khir berkata perkembangan terkini mengenai pengajian pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Katanya kerajaan dan kedutaan Malaysia di Mesir juga akan memantau keadaan di sana sebelum membuat keputusan untuk membenarkan penuntut negara ini kembali bagi menyambung pengajian mereka.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pelajar yang terbabit kerana bersabar serta memberi kerjasama penuh sepanjang Ops Piramid dilaksana. -BERNAMA

    No comments:

    Cerita Dolu Dolu