Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 03, 2010

YA ALLAH! JAUHILAH KAMI DARI DITIMPA BALAMU.

WANG ZAKAT KEPADA MUALAF (ASNAF) DIKATAKAN BELI UNDI? PERKASA LAPOR SPRM? & POLIS? SEMOGA ALLAH TAK TURUNKAN BALANYA DENGAN SERTA MERTA. Sesungguhnyalah ini merupakan penghinaan kepada mualaf serta sikap memperlecehkan hukum Zakat. Sudah cukuplah ramai mualaf terbiar akibat sikap sesetengah ahli masyarakat sendiri dan kesukaran mendapat bantuan zakat. Adakah kerana mereka manganut Islam pada musim sekarang (kebetulan ada PRK) mereka tidak layak mendapat zakat yang sememangnya harus disegerakan.


PAS terdesak beli undi masyarakat Orang Asli
Oleh Zulkofli Jamaludin, Ismail Mat, Nazura Ngah, Norliza Wasilan, Haspaizi Mohd Zain, Ramli Ibrahim, Nor Hazwani Hamat, Paya Linda Yahya dan Mohd Fakri Awang Lah
bhnews@bharian.com.my
2010/11/03

NIK AZIZ   memberi  wang kepada penduduk Orang Asli sambil diperhatikan Dr Zulkefli (tiga dari kanan) ketika  berkempen 
di Kampung Sendrod, Lojing dekat Pos Brooke, petang kelmarin.
NIK AZIZ memberi wang kepada penduduk Orang Asli sambil diperhatikan Dr Zulkefli (tiga dari kanan) ketika berkempen di Kampung Sendrod, Lojing dekat Pos Brooke, petang kelmarin.
Nik Aziz beri wang kepada penduduk sekitar Pos Brooke 

GUA MUSANG: Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, memberi sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing petang kelmarin, dilihat sebagai usaha terdesak PAS membeli undi masyarakat pribumi itu. 



Kejadian itu berlaku di Kampung Sendrod dekat Lojing, ketika Nik Aziz menyertai kempen bersama calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed di penempatan Orang Asli sekitar Pos Brooke.
Beliau dilihat menyerahkan wang berkenaan yang dihulurkan petugas PAS di sisinya untuk disampaikan kepada penduduk Orang Asli, selepas mengetuai pengislaman tiga penduduk pribumi di situ. 

Pada majlis sama, Nik Aziz mengambil peluang menyampaikan pampasan daripada Tabung Kifalah kepada beberapa penduduk Orang Asli yang kematian ahli keluarga masing-masing. 

Tinjauan Berita Harian mendapati, jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS bersaing kuat meraih sokongan di Kampung Sendrod yang menempatkan 380 penduduk daripada 58 keluarga. 

Berbanding kampung dan penempatan Orang Asli lain, PAS menempatkan jentera pilihan rayanya yang menginap di situ untuk mengendalikan pelbagai aktiviti kempen, sama seperti jentera BN. 
Mengulas tindakan itu, Timbalan Setiausaha (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah, berkata mana-mana pihak yang mempunyai bukti mengenai pembelian undi, wajar melaporkan kepada pihak berkuasa. 

"Dalam hal ini, tanggungjawab SPR adalah mengendalikan pilihan raya serta daftar pemilih. Kalau ada pihak yang mempunyai fakta (mengenai pembelian undi) mereka boleh membawanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. 

"Selain itu, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan membenarkan sebarang salah laku sepanjang perjalanan pilihan raya boleh difailkan di mahkamah selepas keputusan pilihan raya yang berlangsung diwartakan," katanya ketika dihubungi, semalam. 

Noordin berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen berkenaan di mahkamah, selepas keputusan diwartakan antara 10 hingga 15 hari dari tarikh pengundian. 

"SPR sendiri pernah dipetisyen berhubung proses pengendalian pilihan raya. Apabila dipetisyenkan, mahkamah akan membuat keputusan mengikut peruntukan undang-undang," katanya. 

No comments:

Cerita Dolu Dolu