Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 06, 2010

SETIAP MUSIBAH JUGA ADA HIKMAHNYA

Musibah yang melanda Utara Semenanjung menyebabkan Pusat Pengajian yang dijadualkan akan mengadakan peperiksaan juga terpaksa ditangguh dan diberi cuti. Dua orang Huffaz mengambil keputusan berada di qariah kami, Seksyen 20 kerana pusat pengajian mereka bercuti selama sebulan. 
Salah seorang darinya Shafi Da'ie pernah menjadi imam Solat Tarawikh pada 2007 merupakan Johan Hafazan 2010 Peringkat Kebangsaan bahagian 20 Juzuk. Tempoh sebulan ini diambil untuk mengadakan kelas Al-Quran untuk dewasa dan kanak-kanak serta pembetulan tajwid ayat-ayat lazim. Kehadiran Sdr. Shafi Da'ie dan Sdr. Anas diharap dapat mengimarahkan lagi Surau Al-Husna. 
Kelas bimbingan Al-Quran selepas solat Maghrib dan semakan Tajwid selepas solat Subuh serta di dalam perancangan Qiamullail pada Sabtu malam Ahad bermula minggu hadapan. 
Mereka berdua juga dijadualkan akan menyambut Aidil Adha di sini.


Banjir Di Kedah: Jumlah Dipindahkan Di Kota Setar Meningkat
06/11/2010   Share 





ALOR SETAR, 6 NOV :  Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di daerah Kota Setar semakin meningkat petang ini, manakala kesemua mangsa di Padang Terap telah dibenar pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Berikutan keadaan banjir yang pulih sepenuhnya di Padang Terap, kesemua pusat pemindahan di daerah itu ditutup, kata jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dipetik sumber Bernama,sehingga pukul 4 petang ini, seramai 33,563 orang mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di empat daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Pendang. 
Jumlah itu meningkat berbanding 33,350 pada sebelah pagi dengan keadaan di Kota Setar kini semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan sejak empat hari lepas semakin meningkat.
Jumlah mangsa banjir di daerah itu sehingga petang ini ialah 19,591 daripada 5,027 keluarga.  Bilangan mangsa di Kubang Pasu pula semakin berkurangan dengan kini 12,242 orang daripada 3,296 keluarga berada di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di dua lagi daerah tidak berubah iaitu seramai 1,480 orang daripada 250 keluarga di Pokok Sena dan 249 orang daripada 62 keluarga di Pendang.
Jurucakap itu berkata sehingga kini, 87 pusat penempatan banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, 43 di Kota Setar, lima di Pokok Sena dan satu di Pendang.
Jumlah mangsa banjir di Kedah sebenarnya melebihi jumlah yang dinyatakan MKN kerana MKN hanya merekodkan mangsa banjir di pusat pemindahan sedangkan ada yang enggan berpindah walaupun rumah mereka ditenggelami air.
Tinjauan Bernama di beberapa kampung sekitar Alor Setar mendapati beberapa penduduk kampung memilih untuk kekal di rumah mereka walaupun air naik sehingga 1.5 meter. Kebanyakan mereka yang ditemui menyatakan mereka yakin paras air di rumah mereka masih selamat kerana mereka mendiami rumah dua tingkat dan boleh tinggal di tingkat atas.
Tinjauan di pusat bandar pula mendapati kebanyakan kedai ditutup hari ini kerana air telah mula memasuki kawasan pusat bandar termasuk di kawasan berhampiran Pekan Rabu.   Di Kubang Pasu pula, penduduk di daerah itu dilihat mula membersihkan rumah masing-masing kerana banjir di kawasan mereka semakin pulih.
Di daerah Kota Setar, kira-kira 21 jalan masih dinaiki air dan di Kubang Pasu hanya tiga jalan yang masih dinaiki air manakala di daerah Padang Terap semua jalan dibuka kepada semua kenderaan.
Jalan-jalan yang masih ditutup untuk semua jenis kenderaan adalah Jalan Sultan Badlishah, Jalan Teluk Wan Jah, Jalan Sultanah, Jalan Alor Setar-Kangar, Jalan Alor Janggus-Kangar, Jalan Alor Janggus-Gunung Keriang dan Jalan Gunung Keriang-Sungai Korok di Kotar Setar serta Jalan Jitra-Sungai Korok di Kubang Pasu. 

No comments:

Cerita Dolu Dolu