Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 08, 2010

TINDAKAN YANG TEPAT - TAHNIAH SELANGOR


Selangor Akan Susun Semula Premis Besi Terpakai

SHAH ALAM:  Kerajaan Selangor akan memberi tempoh tertentu kepada pengusaha dan peniaga besi terpakai di negeri ini untuk memindahkan operasi ke kawasan yang dibenarkan bagi menyusun semula perniagaan itu.
Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah ini juga bagi membolehkan pihak berkuasa memantau operasi premis menjual besi terpakai yang dikatakan membeli besi curi.
Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan akan diminta menyediakan kawasan yang sesuai untuk menempatkan peniaga-peniaga yang dipindahkan dari kawasan asal dan lesen dikeluarkan untuk memudahkan kawalan.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri akan mengatur pertemuan dengan peniaga besi terpakai ini untuk mendapatkan maklum balas berhubung cadangan ini.
“Kita perlu memindahkan peniaga-peniaga ini kerana kedudukan mereka yang berselerak dan tidak sesuai termasuk di kawasan perumahan yang menganggu ketenteraman dan membahayakan keselamatan,” katanya.
Menteri Besar berkata demikian ketika mengadakan dialog dengan pelabur utama di Selangor yang diadakan di Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) di I-City sini, hari ini.
Dalam pertemuan ini, wakil syarikat pelabur tempatan dan antarabangsa antara lain membangkitkan isu keselamatan yang melibatkan kejadian curi besi yang kerap berlaku dan mendatangkan kerugian kepada pihak syarikat.
Menteri Besar berkata, pencuri besi ini kebiasaannya menjual besi-besi yang dicuri kepada peniaga besi terpakai dan kerana itu premis-premis ini perlu disusun semula supaya senang dipantau.
Katanya, aktiviti mencuri besi ini telah dimaklumkan dan dibincangkan dengan polis untuk tindakan kerana ia serius dan boleh menjejaskan imej negara.
Selain isu keselamatan, pelabur juga membangkitkan masalah kemudahan infrastruktur terutama jalan di kawasan industri yang tidak diselenggara dengan baik yang mengganggu operasi harian syarikat.
Menteri Besar berkata, masalah itu dijangka dapat diatasi selepas Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)  mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang akan disalurkan kepada PBT untuk membaiki jalan di kawasan industri.
Beliau berkata,  penyelenggaraan jalan perlu kajian yang teliti kerana ada jalan terletak bawah Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Pelabur juga membangkitkan masalah kelewatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan sijil halal dan perakuan keselamatan dari kementerian tertentu yang menyebabkan kos operasi meningkat.
Menteri Besar mengarahkan SSIC menyelesaikan perkara itu dan mengadakan perbincangan segera dengan JAKIM serta kementerian terlibat untuk mengurangkan karenah birokrasi.
Antara pelabur yang hadir pada sesi dialog ini termasuk Giesecke & Devrient Malaysia Sdn Bhd, SGL Carbon Sdn Bhd, Mycron Steel Sdn Bhd, Top Glove Sdn Bhd, Megasteel Sdn Bhd, Oleon dan Haco Asia Pasific Sdn Bhd.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, YB Teresa Kok, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.
Jumlah pelaburan di Selangor terus mendahului negeri lain untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini dengan pelaburan berjumlah RM3.5 bilion melibatkan 166 projek yang diluluskan  meninggalkan Johor (RM2.2 bilion) dan Kedah (RM1.8 bilion).

No comments:

Cerita Dolu Dolu