Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 26, 2009

Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri

HARAKAHDAILY
Wed | Aug 26, 09 | 10:44:28 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.
Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.
Demikian ditegaskan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Harakahdaily pagi ini, ketika diminta mengulas hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum kerana minum arak.
"Sebenarnya hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah itu 'mendekati' hukuman Islam sungguhpun ulama berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan.
"Namun saya puji sikap Kartika kerana akui kesalahannya dan tidak membantah hukuman yang dikenakan.
"Sepatutnya kita puji dia tetapi sehingga kini tidak ada satu tokoh politik atau pemimpin yang memuji tindakan Kartika ini, mungkin ada kepentingan dan jaga hati pihak tertentu..." katanya yang juga bersetuju, sekiranya Kartika merayu bagi meringankan hukuman. -

Ada, bukan takde

Isu Kartika: Biar mahkamah selesaikan, titah Tengku Abdullah
MUADZAM SHAH: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak agar bersabar dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu hukuman sebat ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor.
Baginda yang juga Yang diPertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Pahang bertitah, keputusan menangguhkan hukuman tersebut perlu dihormati bagi membolehkan pihak mahkamah mencari penyelesaian sebaik mungkin dalam masa terdekat.
"Dengan berkat bulan Ramadan ini mungkin ia dapat diselesaikan,' titah baginda selepas berbuka puasa bersamasama penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam di sini, semalam.
Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak termasuk pemimpin kerajaan berhubung penangguhan hukuman sebat tersebut.
Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.

dan ini juga

Hukuman fizikal ke atas wanita sepatutnya jadi pilihan terakhir - Najib
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
Perdana Menteri berkata dalam pelaksanaan hukum syarak di negara ini, pihak yang berkenaan diingatkan supaya jangan menjadikan wanita sebagai mangsa.
"Terlalu banyak kes sama ada dalam kes tuntutan nafkah atau cerai yang mana wanita selalu menjadi mangsa dan tidak ada penguatkuasaan sama sekali dari segi keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Wanita Kebangsaan 2009 di sini semalam.
Najib berkata rasa simpati, belas kasihan dan proses tarbiah merupakan intipati ajaran Islam yang menjadi ajaran dan amalan Nabi Muhammad S.A.W, dan ajaran itulah yang harus menjadi ikutan umat Islam pada masa kini.

SELAIN UST ASRI, MANA ULAMA-ULAMA KER MUFTI KER.... SOKONG KE IDAK FATWA PM NI? ATAU UST ASRI LEBIH TEPAT? KASIK LER KOMEN SEKALI

No comments:

Cerita Dolu Dolu