Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 25, 2009

Hukuman sebat: Najib minta Kartika rayu
Harakahdaily
Tue | Aug 25, 09 | 2:06:26 pm MYT
PUTRAJAYA, 25 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini meminta Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum sebat kerana minum arak supaya merayu hukuman itu.
"Saya rasa pihak yang berkenaan sepatutnya membuat rayuan kepada pihak berkuasa negeri dan tidak terlalu cepat sangat redha dihukum," kata Najib dalam satu sidang media di sini.

MS ONLINE

Hukuman sebat: Kartika boleh membuat rayuan - PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum.
Perdana Menteri, menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan menambah kata soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya.

Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

Apa-apa pun seharusnya di ucapkan tahniah kepada Kartika Sari yang menerima keputusan dan hukuman ini. Cuma statement ini : tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum. agak menyedihkan sedikit. Sepatutnya DS NAjib tak perlu bagi komen macam tu......

Mana pegi UMNO Selangor ke mana ke yang berkokok pasal kes arak kat Shah Alam yang mengutuk beria-ia PAS dan DAP? Kenapa tak kutuk DSNR pulak?

No comments:

Cerita Dolu Dolu