Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 26, 2009

Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.
Perubahan itu apa? Sokong BN baru ada perubahan ke? Kewajipan Kerajaan Persekutuan apa pula? Dorang ni bukan rakyat Malaysia ke? Dorang ni orang apa?

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.
Pembangunan tu macamana? Hak rakyat untuk pembangunan kalau BN menang aje ke? Kalau tak berubah sikap camane orang nak pilih? Cuba tunjuk BN tak pilih kasih baru lah orang boleh terima balik dengan mudah - budaya ugut mengugut ni dah ketingglan zaman sangat - LAPUK

"Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam.
PULAK!!!!

Pada pilihan raya itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Pas beliau berkata isu melibatkan calon yang dieksploitasi pembangkang juga menjadi faktor kepada kekalahan BN.

Selain itu, Muhyiddin berkata Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan merupakan kubu kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi faktor kepada kekalahan BN.

"Tempat itu juga adalah kubu Pas dan mempunyai jumlah pengundi Cina yang ramai," katanya yang turut menjelaskan bahawa keputusan pilihan raya ini tidak boleh dibandingkan dengan pilihan raya kecil DUN Manik Urai, Kelantan.


Kalau dah tau camtu maknanya - 1 - Akan kalah sebab tempat DSAI. 2 - Akan kalah sebab pengundi Cina ramai dan Cina tak pilih BN dah..... Kenapa tak buat macam Penanti aje? Tak yah mengundi. Jimat duit dan tenaga - INI SEMUA ANALISA SEBELUM PILIHANRAYA BUKAN SELEPAS..... SEMUA ORANG DAH TAU...

LAST SEKALI - Kengkawan rakyat jelata melata tengah tunggu JAMBATAN kat MANIK URAI. Takde pun JAMBAN pun jadi ler....

No comments:

Cerita Dolu Dolu