Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 11, 2010

Tiket BAS ke IPOH dari KL laku ke tak?

Tiket balik raya masih banyak
KUALA LUMPUR - Tiket untuk orang ramai balik ke kampung pada Aidilfitri ini dengan menggunakan pengangkutan awam masih banyak dijual.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB) Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata orang ramai tidak perlu khuatir kehabisan tiket kerana KTB akan menjual kira-kira 40,000 tiket sehari untuk musim perayaan ini.

"Daripada 24,000 tiket yang dijual setiap hari, kami akan menambah 16,000 tiket setiap hari seminggu sebelum hari raya untuk semua destinasi.

"Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan kesesakan pada waktu puncak dan tiket-tiket boleh didapati di semua kaunter Transnasional, Plusliner dan Nice serta rangkaian stesen Petronas terpilih," katanya.

Tiket juga boleh dibeli secara online melalui laman web www.ticket4u.com.my.

Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata tiket untuk perjalanan ke utara, selatan dan tengah masih lagi dijual.

Bagaimanapun katanya, tiket perjalanan mulai 1 hingga 16 Sept bagi sektor pantai timur telah habis dijual begitu juga ke Padang Besar, tiket untuk perjalanan dari 2 hingga 9 Sept turut habis dijual.

Sebanyak 74,260 keping tiket bagi perjalanan dari 1 Sept hingga 18 Sept untuk semua sektor telah dijual bermula 28 Julai lepas, katanya kepada Bernama.

"KTMB sedang mempertimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan tren tambahan bagi destinasi yang tiketnya telah habis dijual, berdasarkan kemampuan tren sedia ada dan permintaan pengguna," kata Mohd Fazil.

Bagi pengguna yang menaiki sistem keretapi elektronik (ETS) bagi laluan KL-Ipoh pula, mereka bakal menikmati harga tiket promosi RM30 sehala.

SAPA RAKAM KHALID IBRAHIM?

MB: Tee Boon Hock Dipecat Ahli MPK, Dedah Penemuan Perakam Video Dipejabatnya
SHAH ALAM: Tee Boon Hock, yang dipecat dari DAP Sabtu lalu ekoran kontroversi menggunakan kepala surat Exco Kerajaan Negeri untuk menyokong tender-tender projeknya hari ini secara rasminya dipecat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, petang Rabu.
Khalid membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco.
Beliau juga membuat kejutan dengan mendedahkan penemuan perakam video di pejabatnya pada petang Selasa yang tersembunyi di belakang langsir.
Tegasnya, penemuan itu akan disiasat dengan segera.

HARI NI SATU RAMADAN - JANGAN CURIK MAKAN YA. . . .

SEPERTI AKU SYAKI - ANOTHER JAPANESE BASHING

Banyak agensi berita keluarkan berita fasal recall, kita nantikan berita penafian ini pula.
US: Toyota recorders show no electronic problems
The US Transportation Department says it has yet to find anything other than pedals getting stuck as a cause of sudden unintended acceleration in Toyota Motor vehicles.

The department released on Tuesday a preliminary report on its investigation into the cause of sudden acceleration in Toyota vehicles. The problem led the Japanese automaker to do a massive recall.

The report synthesizes the analysis of onboard data recorders in 58 vehicles done by the department's National Highway Traffic Safety Administration. It says in 35 cases the recorders did not indicate that the brakes were applied. In 14 cases there were indications that the brakes were depressed only partially or too late. The remaining cases either had no data or partial data.

The department says it has not yet found evidence to support the idea that a malfunction in the electronic throttle control system caused sudden acceleration.

The department says, however, that the results are from the initial part of its investigation and it is trying to determine the cause in cooperation with NASA and the National Academy of Sciences.

Indonesia Akan Sekat Empat Juta Laman Porno (90% beb)

Malaysia? Masih peringkat berbincang atau nak laksana?
JAKARTA: Kerajaan Indonesia pada Selasa mengumumkan akan menyekat akses empat juta laman porno di internet setelah menerima desakan masyarakat secara berterusan berhubung perkara itu, khususnya dalam usaha melindungi golongan remaja daripada bahaya pengaruh pornografi.
Sekatan akses itu meliputi semua laman yang mengandungi bahan pornografi seperti aksi persenggamaan normal mahupun yang di luar tabie, aksi bogel, penampilan visual alat kelamin dan simbol-simbol pornografi.
Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring berkata langkah itu yang diambil bersempena bulan suci Ramadan, adalah selaras dengan kehendak undang-undang anti-pornografi Indonesia yang diluluskan 30 Oktober 2008.
"Pada masa ini sekitar 90 peratus laman porno sedang disekat aksesnya, kami akan melakukannya bertahap-tahap sehingga semuanya disekat," katanya pada sidang akhbar di Jakarta, Selasa. Laman pornografi sering dipersalahkan oleh masyarakat sebagai penyebab kepada masalah moral di kalangan anak-anak muda kerana ia telah memberi kesan yang nyata dalam suasana kehidupan masa kini.
Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia misalnya telah menyatakan bahawa penyebaran video porno artis popular dan selebriti Indonesia Ariel, Luna Maya dan Cut Tari baru-baru ini telah mendorong penontonnya memperkosa 33 kanak-kanak.
Tifatul berkata sekatan akses itu akan dikekalkan walaupun selepas bulan Ramadan, selagi undang-undang anti-pornografi berkuatkuasa.
Sekatan itu akan membabitkan semua kata kunci dalam pencarian yang boleh dikaitan dengan seks seperti "bogel" dan seumpamanya.
Walaupun berdepan dengan kesulitan melaksanakan sekatan itu kerana adanya potensi kebocoran, segala langkah akan diambil untuk memastikan masyarakat dapat dilindungi daripada bahan pornografi. -BERNAMA

Cerita Dolu Dolu