Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 25, 2005

MERDEKA ! ! !

31 Ogos 2005 merupakan Hari Kemerdekaan ke 48. Kalau yang lahir pada 31 Ogos 1957 mungkin dah bercucu. Anak buah saya juga lahir pada 31 Ogos 2000.
Satu saja yang musykil, kenapa slogan 'KERANAMU MALAYSIA' digunakan kalau tak silap dari 1999 lagi langsung tak berubah?
Apa itu merdeka pada diri kita?
Merdeka dari hutang? Merdeka dari tekanan kerja? Merdeka dari menjadi kuli? Merdeka dari menjadi boss? atau merdeka sebab kita melaungkan MERDEKA! ! setiap tahun?
Apa itu merdeka? Dari mana asal datang perkataan merdeka? Kenapa merdeka?
Merdeka kah kita apabila anak-anak ditekankan bahawa bahasa kita tidak akan memajukan negara?
Merdeka kah kita apabila anak-anak ditekankan bahawa lulus peperiksaan dengan cemerlang sahaja penentu kejayaan.
Merdeka kah kita apabila ugama tidak dijadikan teras kekuatan?
Merdeka kah kita apabila anak-anak tidak mengenali Rukun Negara. . . bukan ikrar rukun negara (Bahawa kami, rakyat Malaysia. . . dan seterusnya) tetapi Prinsip Rukun Negara.
Merdeka kah kita sedangkan kita tidak merdeka dari belenggu kenaikan harga.
Merdeka kah kita. . .
Merdeka kah kita. . .

Pesta Pertanian Shah Alam

Semalam selepas solat maghrib dan makan malam, jam 8:00 malam kami sekeluarga pergi ke tapak Pasar Tani Stadium Shah Alam untuk pergi melihat Pesta Pertanian. Alamak! rupanya ada bola Selangor lawan Perak pulak. Terpaksa buat pusingan jauh dan naik ikut highway kalau tak, lewat ler. Kami tiba pada jam 20:30 lebih kurang. Pesta ini akan berakhir hari ini 25 Ogos 2005 sehingga jam 18:00 katanya. Meriah sungguh! Ada booth kecil dan besar, booth negeri negeri.
Antara yang menarik adalah booth rumah Kedah - siap rumah tu. . .,
Perlis dengan gua Kelam dan taman reptilia (adalah beberapa ekor ular dalam bekas) Ada jual pokok anggur - RM25.00 nak beli? takut tak menjadi,
Melaka - buat bahulu on the spot dan sebagainya.
Sambil jalan-jalan dapat juga memberi pelajaran kepada anak-anak tentang pertanian dan barangan pertanian seperti padi dan semaian, tebu dan gula - proses gula, buat dodol dsb. Bagi tapak jualan/bazaar dimana terdapat berbagai jualan hasil pertanian seperti kuih muih, buah buahan, hasil tenusu, hasil kampung seperti kerepek, madu, dan macam macam lagi.
Beli Sos Cili RM1.00, Teh Beras Goreng (rasa macam Mugi-Cha), Tapai Pulut Hitam, Rock Melon. Ada Centre Tent siap Karaoke Contest lah pulak. . . walaupun masa yang singkat dan parking penuh (sebab bola lah nih) tapi agak seronok juga setelah sekian lama tidak pergi ke tapak expo seperti itu.
Apa yang special? adalah gerai dari Johor menjual buah pulasan. Malam dah habis sebab? PULASAN MAWI! Boleh? Ada satu lagi jual buah dokong dari Selangor (?) DOKONG MAWI WORLD.
Macam macam diorang ni nak melariskan barangan. Patut buah buahan di beri nama Felix lah baru betul. . .
Apasal baru tahu semalam? Itu pun org rumah pegi ngan kengkawan. Mana promosi nya? Memang BEST tapi promosi kurang agaknya.

Monday, August 22, 2005

FAKTA YANG MENYALAHI KE? FAKTA AIR.

Lately anak-anak batuk. Mungkin kesan dari jerebu agaknya walaupun jerebu dah clear. Bila budak-budak batuk apa selalu kita lakukan? First, bagi ubat batuk. Tak kiralah cap ibu dan anak ke, breacol ke. Bila tak baik jugak, kita pegi jumpa doktor. Biasanya doktor bagilah ubat batuk plus ubat demam dan selsema sekali. Kalau tekak merah, bagi sekali antibiotik. Sambil tu nasihat seperti kurangkan minum ais bla, bla bla.
Sebenarnya ini adalah yang di pickup dari seminars yang aku joined/wife aku joined. Ianya menyalahi mana-mana pendapat umum sikit jadi kalau sesapa nak ikut tu kena ada confident - keyakinan. Aku bagi anak-anak aku air sejuk (cold water) yang disimpan di dalam peti ais. Strange sikit bukan? Sebab kalau ikut, batuk disebabkan kepanasan. Itu yang menyebabkan tekak merah. Dah tahu panas, kenapa tak disejukkan? Orang dulu pun kalau batuk selalu buat air asam jawa yang di embunkan (di dinginkan) atau minum air selasih.
Cuma kalau nak buat tu jangan le pakai air paip atau air masak. Air paip tu banyak bahan terampai dan bahan kimia. Air masak tu tak elok sangat juga sebab orang panggil pun air mati. Kalau ada penapis air, mudah atau kalau tidak pun air mineral. Insyaallah, nampak perbedaannya. Aku kat rumah pakai penapis air dah lama tapi yang guna ceramic filter bukan filter biasa. Dari anak aku lahir tak pernah guna air masak cuma air tapis ni je untuk minum dan alhamdulillah semua okay, takde sakit kuat. Kalau nak kira minum air sejuk ni memang bagus dan merupakan sunnah.
Satu nak tambah sebab kawan ada tanya:
Lately kat rumah kitorang pakai RX Shower. Pasang kat shower, so air dia macam air tapis jugak lah. Surprisingly (sebab masa ikut seminar aku kureng percaya sikit) sebab mamat yang explain benda ni cerita pasal rambut dia makin lebat walaupun aku tengok lagi kurang dari rambut aku. Mungkin dulu lagi kurang agaknya. Tapi paling jelas kat bathroom aku rambut gugur memang berkurangan terutama rambut orang rumah. Kalau dulu kena clear-out daily, sekarang ni seminggu rambut yang ada macam dulu satu hari. Orang rumah pun happy semacam je sebab rambut dia makin lembut walaupun pakai shampoo sama juga. Susah nak cakap sebab org rumah suka try & error kengkadang. Common sense nye, air tu bukan direct dari tangki/piping jadi tiada clorine dan kekotoran. Memang le macam mandi pakai air mineral je. Ntah lah.

Thursday, August 18, 2005

CSI-MIAMI


Aku lama dah miss out CSI semenjak-dua menjak ni tapi semalam tengok CSI-MIAMI Season 3. Hey ! Semenjak Speedle a.k.a. Speed mati (dimatikan) aku ingat sapa lah bakal ganti tempat dia. Semalam there's new guy at CSI-Miami; Ryan Wolfe (Jonathan Togo). Polis peronda yang mula-mula sampai di tempat kejadian dimana seorang wanita telah di tolak dan dilanggar oleh bas, dia bertemu dengan Horatio through Det. Yelena dan meminta untuk masuk dalam team CSI. Aku musykil tang sini. . . senang nyer dia dapat. Background dia aku tak catch-up clear untuk melayakkan dia dalam CSI team. Tapi takpe lah. Cara dia tu cukup menarik sebab dia rajin dan cuba cari penyelesaian dari nak show-off buktikan dia layak jadi CSI. Tetapi yang paling aku suka adalah character dia yang nampak cool tapi tak cool sangat - mengingatkan kepada Greg (CSI-Las Vegas). Selepas final season (ye ke final?) of CSI, kurang sikit nak tengok CSI ni especially CSI-Miami sebab Horatio yang terlalu cool, tak best. Now, ada something 'bout this kid yang menyebabkan aku eager nak tengok CSI kembali.

Tugas sebagai seorang bapa


Sishh. . . hari ini dah 18 Ogos 2005. Bermakna tinggal 18 hari sahaja lagi untuk anak ku yang pertama, Adli Harith menghadapi peperiksaan UPSR nya. Argghhh. . . mak bapak yang pening kepala. Hari-hari buat latih-tubi di rumah, walaupun kat sekolah buat juga, Sabtu pun full day tuisyen. Minggu depan sekolah cuti! Takde maknenyerr. . . kena pergi latih-tubi di sekolah lagi. As ayah, cuma boleh bagi latihan yang sewajarnya dan tips menjawab soalan-soalan, cara mengkaji soalan supaya tak wasted masa. Selain itu juga, macam-macam disumbat ke mulut anak. . . biasalah kan? Air Musoffa, Kismis, Kurma, Aura IQ dan juga mandi Air Aura lagi. Ishh. . . Silap gaya mau masa periksa duduk kat rumah ni. . . teringat mak aku yang dulu masa aku periksa (waktu periksa sedang berlangsung tu. . ) sembahyang hajat. . . huh, tak terbalas budi bonda ku. . . tapi tak boleh juga sebab takkan nak tinggalkan kerja. Lepas habis UPSR, tengah bulan September ada PSRA pulak. Walaupun nampak gaya dia boleh maintain tapi still Tajwid dan Bahasa Arab masih un-stable. Tajwid boleh lah refer tapi Bahasa Arab? Dah lah bapa dia ni belajar pun masa sekolah rendah, ingat tak ingat aje. . . Pening kepala. Teringat masa adik aku nak ambil peperiksaan Bahasa Arab agama tinggi. Masa tu aruah Tuan Guru Hamzah Al-Hafiz masih hidup. Dia yang ajar camana nak catch the Arabic language tu. Aku tak ikut sama sebab duduk kat hostel U.
Baru ku sedari, susahnya jadi seorang bapa (walaupun dah lama tahu).
Sharings :
Malam tadi sekolah anak aku telah buat gathering dan buat solat jemaah maghrib, bacaan yassin dan solat hajat untuk mendoakan kesejahteraan dan paling utama kejayaan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Bulan ni pun bulan Rejab, jadi kalau dapat ibu-bapa sama-sama melaksanakan berpuasa Rejab dan solat Tahajjud dan solat Hajat pada hari dan malam peperiksaan, insyaallah kejayaan akan tercapai sambil jangan lupa teruskan latihan/mentelaah. Target sekolah amat besar untuk menjadi sekolah terbaik di Selangor jadi pressure bukan sahaja kepada anak-anak tetapi kepada guru dan ibu-bapa juga. Jumlah pelajar 300 orang, target minima 100 orang mendapat 5A dan Mumtaz. Seriously, rasanya boleh dengan usaha dan kesungguhan yang ditanam kepada anak-anak dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru sekolah. Terima kasih Cikgu...

Cerita Dolu Dolu