Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 22, 2010

BERAPA ONGKOSNYA?

Ada pergi melihat pameran TV 3D di Subang parade baru baru ini semasa keluar membeli belah. Satu je musykil... kalau dalam rumah ada 10 orang ahli rumah, kena beli 9 spec extra ke? Berapa pulak harganya? 

Aku ingat nak jadi dealer jual spec untuk TV 3D ni la... Rega TV RM 500 (saiz 32) tanpa spec - nak spec? rega spec RM5,000.00 SATU SAHAJA..... Kalau beli lebih dari 5 Spec, TV beri percuma... agak-agak laku ke macam tu?

Satu lagi berapa banyak pilihan cerita 3D ni sekarang? Byond - HD pun dah cukup dah ... tgk 3D rasa nak mabuk ada la.... tengok lak sports....

Sharp dahului pesaing

Oleh Munir Anaam Zuljadan
munir@hmetro.com.my

CANGGIH...Hiroyuki (kanan) dan Takaya menunjukkan TV LCD Sharp Aquos menggunakan teknologi TFT Generasi Ke-10 dan UV2A yang dipamerkan di bilik pameran Sharp Memorial Hall dan Sharp Technology Hall di Osaka, Jepun.
CANGGIH...Hiroyuki (kanan) dan Takaya menunjukkan TV LCD Sharp Aquos menggunakan teknologi TFT Generasi Ke-10 dan UV2A yang dipamerkan di bilik pameran Sharp Memorial Hall dan Sharp Technology Hall di Osaka, Jepun.
SHARP-ROXY Sales & Services (M) Sdn Bhd akan melancarkan televisyen paparan cecair kristal tiga dimensi (LCD 3D) menggunakan teknologi Transistor Filem Nipis (TFT) Generasi ke-10 yang pertama di dunia bagi pasaran negara ini, esok.
Aquos Quattron 3D LED LCD itu juga yang pertama di dunia dilengkapi kombinasi tiga warna utama iaitu merah, hijau dan biru selain tambahan kuning (RGB + Y) bagi model televisyen LCD tiga dimensi.

Pengurus Besar Kumpulan Pembangunan Pasaran Global Sharp Corporation, Tomio Isogai berkata, tambahan warna kuning bertujuan menjimatkan elektrik menggunakan teknologi terbaru dikenali sebagai UV2A (Ultraviolet Vertical Alignment).

“Malah, semua televisyen LCD dihasilkan Sharp sejak 2009 menggunakan teknologi UV2A, termasuk Aquos Quattron 3D,” katanya pada sidang media sempena lawatan media Malaysia ke Ibu Pejabat Sharp di Osaka, Jepun, baru-baru ini.



Turut sama Pengarah Urusan Sharp-Roxy, Hiroyuki Nuizato; Penolong Pengurus Besar Sharp-Roxy, Takaya Wakasumi dan Pengurus Perhubungan Media dan Iklan Sharp-Roxy, Mohd Aref Mohd Ali.



Isogai berkata, walaupun terdapat beberapa pesaing sudah mendahului syarikatnya dengan memperkenalkan televisyen 3D dalam pasaran Malaysia, hanya Sharp memiliki LCD Generasi Ke-10 yang dihasilkan di kilangnya di Green Front Sakai, Osaka.

“Ini memberikan Sharp kelebihan berbanding pesaing lain berikutan skrin LCD yang berada di pasaran adalah daripada generasi kelapan. Kami optimis TFT Generasi ke-10 Sharp dapat memenangi hati pengguna di Malaysia,” katanya. Sharp Coporation ditubuhkan Tokuji Hayakawa yang ketika itu terbabit dalam perniagaan logam di Tokyo pada 1912.

TAHUKAH ANDA PENANG MARATHON TELAH BERMULA DARI 1985 LAGI?

200 Orang Terlepas Penerbangan Kerana Penutupan Jambatan Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Lebih 200 orang, kebanyakannya pelancong terlepas penerbangan apabila tiba lewat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berikutan Jambatan Pulau Pinang ditutup untuk acara maraton tahunan.
Ramai terpaksa membatalkan rancangan percutian mereka selain terpaksa membeli tiket lebih mahal pada saat akhir bagi memastikan mereka dapat pergi destinasi masing-masing.
Pejabat The Star di Pulau Pinang dihujani dengan panggilan daripada penumpang-penumpang terbabit, termasuk antaranya mengadu kerana mereka sudah keluar lebih awal untuk ke lapangan terbang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Ahli perniagaan, Sunny Lim, 49, daripada Nibong Tebal berkata, dia meninggalkan rumah pada pukul 7 pagi bagi mengejar penerbangan ke Kuching pada pukul 9.55 pagi namun dia masih di dalam feri pada pukul 9.30 pagi.
“Saya mahu melalui jambatan tetapi terpaksa pulang semula apabila melihat lalu lintas sesak. Saya kemudiannya menuju ke terminal feri dan tepaksa menunggu lebih daripada dua jam sebelum menaiki feri.
“Saya tiada pilihan lain jadi membeli tiket RM700 ke Kuala Lumpur dan mengambil satu penerbangan lain untuk ke Kuching kerana sudah tiada lagi penerbangan terus dari Pulau Pinang ke destinasi itu,” katanya ketika ditemui di lapangan terbang.
Mekanik, Adib Jalaluddin, 21, amat kecewa dengan keadaan itu apabila dia dan keluarganya terpaksa membatalkan percutian mereka ke Kuching kerana tiba terlalu lewat untuk mendaftar masuk bagi penerbangan pada pukul 9.55 pagi.
Berdasarkan pemeriksaan dengan Malaysia Airports Bhd mendapati, kira-kira 200 penumpang terpaksa tidur semalaman di lapangan terbang itu kerana takut ketinggalan penerbangan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan kerajaan negeri, Danny Law Heng Kiang berkata, kerajaan negeri akan mengkaji langkah-langkah lebih proaktif bagi mengelakkan kejadian itu berulang pada masa akan datang.
“Kami sebenarnya telah memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan jambatan sejak bebebrapa bulan sebelum acara Jambatan Pulau Pinang Marathon Antarabangsa 2010 menerusi media dan peringatan di jambatan,” katanya.
Laluan trafik di Jambatan Pulau Pinang ditutup antara pukul 1 pagi hingga 10 pagi berikutan maraton tersebut membabitkan lebih 24,000 peserta.
Maraton pada tahun lepas pula telah menyebabkan seramai 14 pelancong Britain terlepas penerbangan untuk pulang apabila bas yang dinaiki mereka dari hotel di Batu Ferringhi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terpaksa menukar laluan ke terminal feri.

KENAPA TAK BUAT DI MALAYSIA AJE? TAK YAKIN?

Kerajaan Britain tolak permohonan pinjaman Lotus

GAMBAR menunjukkan kereta sport Lotus New Esprit.


NORWICH - Pengeluar kereta sport Lotus merancang untuk menghasilkan kereta sport di luar Britain selepas kerajaan Britain enggan memberi pinjaman berjumlah £50 juta (RM248.80 juta), lapor akhbarThe Sun kelmarin.
Lotus memerlukan wang itu untuk menaik taraf kilangnya bagi mengeluarkan lima buah model baru selain model sedia ada, Lotus Elise yang mampu menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar memberitahu beliau terkejut dengan keputusan kerajaan Britain itu.
"Saya tidak faham kerajaan (kerana tidak meluluskan pinjaman). Ini adalah peluang untuk membantu satu jenama ikon Britain dan mencipta peluang pekerjaan. Lotus mahu memohon pinjaman dengan terma komersial, bukannya hadiah daripada kerajaan," kata Bahar.
Lotus kini milik syarikat pengeluar kereta dari Malaysia, Proton sejak 1994.
Pemilik syarikat itu merancang untuk mengekalkan ibu pejabatnya di Hethel, dekat Norwich untuk pasukan jurutera, pereka dan kakitangan pemasarannya.
Keputusan mengeluarkan kereta sport Lotus di luar Britain akan mengurangkan permintaan terhadap tenaga kerja warga tempatan. Lokasi kilang barunya akan diputuskan sebelum Krismas ini.
Syarikat Lotus diasaskan oleh seorang jurutera, Colin Chapman pada tahun 1952 yang pernah belajar di Universiti College di London.
Kilang pertamanya ialah di dalam sebuah bangsal lama di London Utara milik keluarga kekasihnya.
Operasi kilang itu kemudiannya berpindah ke Hethel pada tahun 1966.
Jenama Lotus mula terkenal di seluruh dunia apabila ia menyertai pelumbaan Formula satu pada tahun 1958 dan memenangi sebanyak 79 perlumbaan.
Kereta lumba ciptaan Chapman juga pernah dipandu oleh pelumba terkenal Britain, Jim Clark. - Agensi

Sunday, November 21, 2010

HABIH TU APA MASALAH NAK LULUSKAN? KOSMETIK JUGAK?

Hasrat Parti Pakatan Bertanding Di Bawah Satu Lambang Hanya Satu Kosmetik
KUCHING: Hasrat pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk bertanding menggunakan satu lambang menjelang pilihan raya negeri Sarawak hanya satu alat untuk mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang sudah tidak sehaluan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ahad.
Beliau berkata PKR-DAP-PAS yang tidak mempunyai persefahaman dan mahu menggunakan satu lambang dalam pilihan raya negeri akan datang merupakan sesuatu yang melucukan.
"Apabila dalam parti sendiri, kerusi dan meja sudah melayang tetapi bercadang pula untuk menggunakan satu lambang (pada pilihan raya akan datang), ia merupakan kosmetik.
"Di negeri-negeri yang mereka memerintah, janji tidak ditunaikan sehingga rakyat marah manakala wakil-wakil rakyat pun keluar daripada parti. Jadi, apa yang nak dibincangkan pasal bertanding di bawah satu lambang?" katanya.
Terdahulu, Hishamuddin menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabaya (BGS) di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata pihaknya belum menerima permohonan PKR-DAP-PAS untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.
"Sebenarnya, parti (PR) itu pun belum diluluskan lagi," katanya.
Mengenai penubuhan parti-parti baru di negeri Sarawak menjelang setiap kali pilihan raya negeri, Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan dari ROS berhubung perkara itu.
"Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa parti-parti baru hanya ingin didaftarkan ketika menjelang pilihan raya. Kita tidak mahu memperjuangkan mereka yang mengambil tindakan hanya mengikut musim. ROS pun faham permainan pihak-pihak tertentu," katanya.
Pada majlis itu, Hishamuddin turut menyampaikan permit penerbitan serta Lesen Mesin Cetak kepada tujuh syarikat di sini.
Beliau mengingatkan setiap pemilik Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak agar sentiasa mematuhi syarat-syarat Lesen dan Permit, Garis Panduan Penerbitan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Kementerian akan memantau supaya setiap pemilik Permit dan Lesen sentiasa mematuhi syarat-syarat demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.
Hishammuddin turut menyampaikan sijil dan geran bernilai RM20,000 kepada 10 pertubuhan cemerlang di sini sebagai mengiktiraf sumbangan pertubuhan cemerlang dalam usaha memperbaiki taraf hidup, kebajikan, pendidikan, keagamaan dan kebudayaan. Kini, terdapat 2,792 pertubuhan induk berdaftar dengan ROS Sarawak. -BERNAMA

TAHNIAH SKUAD SKUASH NEGARA. TAHNIAH MALAYSIA sudah 5 EMAS

TEPATI SASARAN....Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David berjaya meraih emas keempat negara pada saingan akhir acara individu wanita, menewaskan pemain dari Hong Kong, Annie Au 11-8, 8-11, 11-6 dan 11-7, Ahad. Foto: AFP / Saeed Khan 

Sukan Asia: Mohd Azlan Raih Pingat Emas Kelima Malaysia

GUANGZHOU: Mohd. Azlan Iskandar memenangi pingat emas kelima buat Malaysia pada Sukan Asia ke-16 selepas mengalahkan Aamir Atlas Khan dari Pakistan 11-6, 11-7 dan 11-6 pada perlawanan akhir skuasy individu lelaki, Ahad.

Cerita Dolu Dolu