Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 19, 2010

WHO dah angkat H1N1 tapi bukan hilang langsung - Jaga kesihatan

Jumlah Pesakit H1N1 Naik 25 Peratus Minggu Ini
KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25 peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas berbanding 51 kes pada minggu sebelum itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584 orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang.
Bagi tempoh yang sama, tujuh kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) baru dilaporkan dari lima kepada enam negeri, menurun daripada 13 kluster pada minggu sebelumnya.
Selain itu, bilangan pesakit baru dengan simptom ILI yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 8.9 peratus kepada 513 orang berbanding 563 pesakit pada minggu sebelumnya, katanya.
Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir adalah sebanyak 360 kes di 60 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta.
"Daripada jumlah itu, hanya 34 pesakit atau 9.4 peratus merupakan kes Influenza (A) H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal. Terdapat tiga kes H1N1 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kesemuanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dr Mohd Ismail berkata walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim. - BERNAMA

Tudung dengan Hijab kan berbeza?


Pertama : Dia ni pun masa mula kerja tak pakai, lepas dapat green card baru pakai. Dia juga diberi option kerja belakang tabir - ok jugak tu.... kalau dah susah sangat jadi Minnie ke, muka pun orang tak nampak. Apa masalahnya? Sekurang-kurangnya dia tak dianiaya dengan versi 'Either Take Off or Quit'. Dia masih ada kerja lagi.... kengkadang susah nak cakap sebab ini kat US yang masih ramai mengalami Islamifobia jadi sebagai muslimin kita boleh cuba pendekatan yang lebih munasabah yang menunjukkan Islam itu agama bertoleransi. Ntah lah... susah nak cakap....
Disneyland worker banned from wearing her hijab
In the United States, a Muslim woman working as a restaurant hostess in Disneyland has filed a complaint with authorities after the theme park refused to let her serve customers in her Islamic head scarf.

In a news conference on Wednesday, the Moroccan born woman said her supervisors told her to remove the scarf, called a hijab, or work behind the scenes in the kitchen.

She said it is difficult for her to take off the scarf at work everyday. She said the United States is a country that respects human rights and questioned why Disneyland is not. Disneyland says it has dress codes for employees.

The woman has been working at the restaurant for 2 and a half years. She began wearing the scarf at the workplace after obtaining her US citizenship 2 months ago.

France, Germany, and Italy are among countries that have banned Islamic head scarves in public schools.

Kerajaan dulu kira nak tutup sekolah agama

Mari kita tunggu komen dari Khir Toyo - tu pun kalau dia ada baca la. Kalau tak pun EXCO (bekas) Ugama Rahman Palil ke.  Sohihnya surau kena tutup di Puchong, di Shah Alam, di Kg Berembang... itu tahu lah
Kamarina   
SUBANG, 17 Ogos: “Jika dibandingkan dengan pemerintahan yang dulu hanya tahu nak tutup sekolah agama tapi kerajaan sekarang menghargai sekolah agama,” ujar Pengetua Ma'had Tahfiz An-Nur, Desa Subang Permai, Ustaz Sobri Mohd Nor.
Beliau menyatakan demikian pada majlis ringkas menerima sumbangan kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, pagi ini.

“Saya tidak pernah menerima sumbangan seperti ini sebelum ini. Ini merupakan rezeki dari Allah,” ujarnya yang merakamkan perghargaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat.
Dr Halimah menyampaikan cek bantuan tersebut untuk membaik pulih fizikal sekolah agama.
Majlis utama fasa satu mengenai bantuan itu kepada sekolah agama rakyat telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ma'had Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar Kampung Asahan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor pada 10 Ogos lalu.
Pada majlis itu, seramai 120 daripada 136 penerima hadir sementara yang selebihnya disampaikan sendiri Dr Halimah dengan pergi ke sekolah berkenaan di samping meninjau masalah yang dihadapi.
Kerajaan negeri telah meluluskan RM2.666 juta daripada RM6 juta yang diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat pada tahun ini.

DINAR EMAS BAGUS KE RM BAGUS?

Bagi yang musykil Dinar emas dan Dirham Perak tu bagus ke idak kena lah tengok harga emas dan perak pasaran. Disini saya sertakan harga pasaran bagi kebanyakan logam-logam utama termasuk emas dan perak menurut harga jualan LME dari 2009 Jan hingga July 2010. Sila klik gambar untuk lebih jelas - harga yang ditunjukkan adalah menurut harga jual-beli dalam yen - RM? kira sendirilah ye.... malas nak buat tukaran.
.
Untuk yang kurang faham Ag - perak, Au - Emas.

Wednesday, August 18, 2010

SELAMATKAN HUTAN KITA!

Macam TANUKI (Japanese racoon dog) pun ada
Musang Hitam Pudar Ditemui Di Sarawak
KUCHING: Musang hitam pudar, antara haiwan karnivor yang paling sukar ditemui di dunia, telah dikesan di sebuah kawasan konsesi balak di Baram, Sarawak.
Pengarah Program Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) Malaysia, Dr Melvin T. Gumal berkata, lebih 10 imej haiwan itu dirakam kamera tersembunyi yang dipasang di Unit Pengurusan Hutan Selaan-Linau (FMU) sejak 2004.
"Musang pudar hitam adalah haiwan yang amat sukar ditemui. Haiwan karnivor kecil ini juga ditemui di Brunei dan Sabah. Tapi, jumlah yang direkodkan tidaklah sebanyak yang ditemui di kawasan tanah tinggi Sarawak. Mungkin hanya dua atau tiga sahaja (di Brunei dan Sabah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sepanjang menjalalankan kaji selidik di kawasan Baram Atas sejak 2004 bagi memantau haiwan itu yang wujud di kawasan konsesi balak dikenali sebagai Selaan-Linau FMU, WCS Malaysia telah menemui 14 spesies, termasuk musang pudar hitam.
Musang ini berwarna coklat pekat di bahagian belakang dan berwarna putih di bahagian bawah tubuhnya. Sebahagian tapak kakinya pula ditumbuhi bulu.
Gumal berkata, WCS sedang berusaha untuk mengesan kawasan kediaman populasi haiwan itu kerana selama ini tidak terdapat banyak maklumat tentang habitat, taburan, keperluan dan ancaman yang dihadapi haiwan ini.
"Ini akan membolehkan kami mengesyorkan strategi pengurusan yang berkesan dan bantuan untuk menjamin kelangsungan hidup haiwan ini," katanya.
Beliau berkata, WCS bekerjasama rapat dengan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan syarikat pembalakan dalam menjalankan program pendidikan dan kesedaran untuk masyarakat tempatan serta pekerja pembalakakan tentang pentingnya pemuliharaan hidupan liar dan hutan serta mendidik mereka tentang undang-undang berkaitan hidupan liar. - BERNAMA

Cerita Dolu Dolu