Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 17, 2010

BAYANGKAN UPIN & IPIN PAKAI UNIFORM POLIS.




Ini adalah contoh maskot polis di Jepun. Kenapa perlunya maskot dan fungsi maskot ini? PDRM mungkin boleh guna pendekatan yang nampak kelakar ini untuk menarik kembali kepercayaan rakyat kepada polis. WHY NOT? Kucing ke, Pelanduk ke, UPIN dan IPIN pun boleh. JANGAN PILIH ORANG UTAN.... dah menyampah.



Di bawah adalah fungsi maskot diujudkan dan tugasan mereka menurut ranking yang paling utama.
  1. Penipuan Bank
  2. Keselamatan Jalanraya
  3. Jenayah dan Keselamatan Umum
  4. Penyeluk saku
  5. Ragut

Ianya nampak penuh kebodohan tetapi kostum yang kelakar ini amat berhasil apabila polis hendak mengedar risalah keselamatan. Maskot biasanya menarik minat semua golongan jadi mereka yang biasanya akan mengelak atau tidak mengambil tahu kehadiran seorang anggota polis lebihmudah menghampiri maskot ini. Walaupun mereka mungkin tidak membaca atau membuang risalah tersebut tetapi mereka kebiasaannya ingat saat mereka bertemu dengan maskot tersebut dan kebanyakannya mengingati nama maskot tersebut yang namanya diberi seiring dengan motif atau moto maskot tersebut.
Isu 2 ~ 5 ditujukan kepada kanak-kanak dan umum tetapi #1 khusus kepada golongan warga emas. Ianya kerana sudah bertahun terdapat kes-kes penipuan panggilan telefon kepada warga emas yang memaklumkan ahli keluarga dalam bahaya dsbnya. Ianya berakhir dengan tuntutan wang dan warga emas mengeluarkan wang dengan banyak.
Kebanyakan ATM juga meletakkan poster yang mempunyai gambar maskot ini memberi amaran berkenaan menipuan melalui sistem perbankan ATM (seperti amaran polis sebelum kita mengeluarkan duit di ATM di Malaysia) selain pihak polis menghantar anggota maskot ke Pejabat Pos dan Bank untuk memberi kesedaran kepada golongan warga emas.

Masjid di Ground Zero.

Matlamatnya untuk menghilangkan Islamifobia tetapi entahlah. Permintaan telah diminta bagi pihak keselamatan untuk meningkatkan keselamatan pada hariraya aidil fitri nanti yang kebetulan dijangka jatuh pada 11 September 2010 - Nine Eleven tu beb.


NY Mayor supports mosque near ground zero
New York Mayor Michael Bloomberg has expressed support for a plan to build an Islamic mosque near the World Trade Center site in the city.

This comes after President Barack Obama's recent emphasis on the freedom of religion in a speech. Obama also expressed understanding for those who oppose the plan.

Bloomberg applauded the president's remarks, and commented on Monday that it would be a sad day for America if the plan were not implemented.

The plan to build a mosque and community center near the site of the twin tower buildings targeted in the September 11th attacks in 2001 has triggered protests from the families of the victims and New York citizens.

Friction has occurred concerning the construction of Islamic mosques elsewhere in the US with regard to anti-terrorism sentiment and the freedom of religion.

NAK KU BELI TAK DAPAT, KU BAWAK LARI

Pepatah baru untuk pelajar 1 Malaysia menggantikan pepatah lama yang tak sesuai sebab menggalakkan kes buang anak.


Perompak lari lori tangki 


PORT DICKSON - Tiga lori tangki dengan muatan minyak diesel dianggarkan kira-kira RM97,000 dilarikan sekumpulan empat perompak daripada sebuah pusat simpanan lori tangki di Bukit Palong, dekat sini, awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Baljeet Singh berkata, penjenayah terbabit mengambil masa kurang satu jam untuk menyiapkan kerja mereka. 

“Polis menerima laporan mengenai kejadian jam 4 pagi tadi (semalam). Empat lelaki terbabit memakai topeng dan bersenjatakan parang. 

“Seorang pengawal keselamatan dan seorang pekerja yang berada di lokasi kejadian dipukul serta diikat,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, di sini, semalam. 

Menurutnya, dua mangsa berkenaan hanya cedera ringan dan kerugian dianggarkan melebihi RM230,000.

KAKI BODEK LUPA DIRI.



Aku dididik menghormati bendera Negara sebab ianya lambang negara. Bendera diajar jangan diabaikan, jangan jatuh ketanah. Sebab itu bendera letak kat kereta tu pun tak setuju walaupun nampak macam patriotik tapi bertebaran di jalanraya dan digelek lumat oleh tayar samalah menghina bendera.Hina bendera samalah hina negara. Merubah bendera negara tiada beza dengan membuang bendera ataupun membakar bendera. Bakar bendera negara lain pun aku tak setuju. Kalau negara tu serang sebab kes bakar bendera pun bukan lagi mempertahankan diri tapi yang menyerang tu yang mempertahankan diri. Tapi bagaimana pula bendera yang ada gula-gula warna warni tu?


 Kot ye pun nak BODEK, agak-agak la....


Bendera Malaysia Dicemar 1Malaysia

FARDILLA DIN
17 Ogos - Bendera adalah satu lambang kedaulatan sesebuah negara. Ianya adalah sama seperti lagu Negaraku yang kita wajib hormati. Jika satu masa dahulu persada media kecoh dengan aksi pelajar yang mempersendakan lagu Negaraku, tapi hari ini bendera Malaysia pula dicacatkan dengan menambah logo 1Malaysia padanya.
Bercanggah dengan norma-norma dan nilai-nilai murni Perlembagaan Persekutuan, penambahan elemen luar yang berunsur politik ini adalah satu tindakan tidak bertanggung jawab lebih-lebih lagi apabila konsep 1Malaysia itu sendiri dikatakan gagal mencapai matlamatnya.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Abdullah Sani ketika dihubungi berkata bahawa matlamat penubuhan 1Malaysia sendiri adalah samar apatah lagi jika mahu diabadikan pada Bendera Kebangsaan. 
Beliau yang mengecam tindakan tersebut, berkata perkara ini haruslah dirujuk kepada Parlimen dan Perlembagaan terlebih dahulu sebelum diberi wajah baru sekiranya ada.
 “Ini soal perlembagaan, soal telah pun diwartakan. 1Malaysia tu sloganan”. Kata Abdullah Sani
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi oleh TV Selangor berpendapat jika ada mana-mana pihak yang mengubah ‘rupa’ bendera Malaysia, ia adalah satu penghinaan kepada Negara kerana bendera merupakan satu simbol kedaulatan negara.
Beliau turut berkata bendera tidak boleh di ubah suai demi untuk memenuhi kehendak politik parti pemerintah.  
Sasterawan Negara, A Samad Said ketika dihubungi turut tidak bersetuju dengan tindakan mencemarkan bendera Malaysia itu. Beliau yang menyifatkan bahawa bendera sesebuah negara itu adalah murni dan mewakili untuk semua zaman biar siapa pun memerintah.

Tak Ada masalah Nak Pindah Ye? Sebab Dah Rizab? Kat Shah Alam Apsal Demo?

Bantuan kewangan untuk pembinaan kuil dan tokong di Setapak


KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kesejahteraan Bandar akan membantu daripada segi kewangan bagi pembinaan kuil dan tokong yang diminta berpindah bagi memberi laluan kepada Projek Taman Kejiranan Air Panas di Setapak di sini.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, bagi meringankan dan mempercepatkan proses pembinaan rumah ibadat itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membantu daripada segi lukisan pelan bangunan dan urusan pemilikan tanah.

"Kita memahami masalah yang dihadapi oleh pihak tokong dan pihak kuil (untuk berpindah)," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak lama kuil Sri Muniandy Muniswaran di sini hari ini.

Selain penyediaan bangunan sementara untuk kemudahan kuil dan tokong itu, katanya beliau juga telah meminta pegawai kementerian meneliti bantuan yang diperlukan bagi meringankan kesulitan mereka di tapak yang baru.

Tokong berkenaan telah dirobohkan dan telah berpindah ke tapak baru di hadapan SMK Tinggi Setapak manakala kuil itu akan dirobohkan sepenuhnya pada hari ini dan berpindah ke tapak baru yang terletak bersebelahan dengan tokong itu.

Pembinaan taman riadah dan rekreasi Projek Taman Kejiranan Air Panas Setapak di kawasan seluas 10.4 hektar dan membabitkan kos RM7.86 juta untuk kemudahan penduduk kawasan Setapak itu yang bermula Jun tahun lepas tergendala berikutan isu sensitiviti bagi memindahkan rumah ibadat tersebut.

Ahmad Phesal berkata, berikutan perpindahan kedua-dua rumah ibadat itu, projek pembangunan DBKL di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan itu yang sudah mencapai kemajuan kerja-kerja fizikal sebanyak 93 peratus, dijangka siap dalam beberapa bulan lagi.

"Kita telah minta pihak kontraktor untuk percepatkan dan kita minta dia tanam pokok mengikut apa yang telah dirancangkan," katanya.

Beliau berkata, tapak baru bagi kedua-dua rumah ibadat di hadapan SMK Tinggi Setapak tersebut telahpun dirizabkan sebagai tapak ibadat dan dengan itu aktiviti keagamaan boleh dijalankan tanpa gangguan.

"Sebelum ini, kuil dan tokong tersebut didirikan secara haram di atas tanah kerajaan, jadi sekarang dengan tapak baru yang telah dirizab seluas suku ekar bagi setiap rumah ibadat maka tak akan timbul lagi masalah dari segi undang-undang," katanya.

Cerita Dolu Dolu