Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 22, 2010

SUNGAI CONGKAK RECREATIONAL FOREST

Gambar di bawah adalah HARI KELUARGA CIK KIAH (Mak aku) di SG CONGKAK RECR RESORT pada 13 dan 14 Jun 2010 tempohari. Hari tu tak cerita sebab gambar belum dapat. Basically semua ada - Mama dengan 6 anak, 4 menantu serta 16 cucu kecuali 2 orang aje tak dapat hadir.

Seriously, chalet yang berpatutan serta kemudahan yang agak selesa untuk buat hari keluarga bahkan ada tempat yang lebih luas untuk hari keluarga syarikat dan seumpamanya. . . . cubalah.

TAPI APA BARANG DUDUK CHALET KAT SUNGAI...... DUDUK KHEMAH LAGIK BEST WOOOO


Di depan chalet No 12 - 2 bilik.

Pantang jumpa sungai....

"Sungai Congkak is one of Selangor’s most favourite local haunts. All along the scenic river you can see stalls selling food and beverages, jungle produce and other knick-knacks for a typical picnic goer or camper."

Enterprising locals have set up wooden/bamboo huts by the gentle and long river for families or couples to seek shelter and have picnics in, charging RM5-7 per booth. Others set up parking grounds at RM2 to 3 per vehicle.

Drive up to the end of the road to reach the Sungai Congkak Forest Reserve entrance, which is managed by Tourism Selangor Sdn. Bhd. For those interested in staying overnight, you have a choice of chalets (1-12 people), campsites (4-6 people) and canopies.

Tiada Loji Nuklear di Negeri Pakatan Rakyat, Kata Guan Eng

Tapi kalau cadangan nak buat di Perak? Penang, Selangor, Kedah pun habis. Tinggal Kelantan aje.
Kawasan bekas lombong bijih serta tanah batu kapur..... aduhai.

Ingat Chernobyl Disaster?? Anda mahu rakyat Malaysia, anak-anak anda, cucu cicit anda jadi begini?

GAMBAR MANGSA UJIAN NUKLEAR.

BERITA SETERUSNYA DARI TV SELANGOR
Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membuat pembinaan sebarang loji nuklear di negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jaminan yang diberi kerajaan persekutuan dalam hal ini tidak pernah dinyatakan dengan lebih jelas dan terperinci.
Beliau berkata dengan megambil lebih jelas beberapa contoh lain, ia sudah mencukupi membuktikan jaminan kerajaan tentang keselamatan terhadap pembinaan pelan loji nuklear itu pada masa depan rakyat dan negara tidak pernah terjamin.

“Kerana rekod keselamatan menunjukkan sangat teruk, di Terengganu mereka bina stadium, stadium runtuh, mereka bina sekolah juga runtuh dan bina atap masjid pun runtuh, jadi di mana keselamatan walaupun untuk projek yang kecil ini apakan lagi untuk projek yang besar,” katanya.
Beliau berkata jika kerajaan mahu meneruskan melaksanakan pelan tersebut adalah lebih baik melaksanakannya di negeri di bawah pentadbiran kerajaan BN sendiri.

Sunday, June 20, 2010

Roboh Penjara Pudu: Orang Ramai Kesal


KUMPULAN PENGAKAP KE-2 SUNGAI BESI (SEKOLAH ALAM SHAH) DI KEM JALAN HANG TUAH.

Udahlah kem ni pun dah takde, jadi laluan LRT..... PUDU JAIL yang terpisah dari kem oleh padang bola juga akan lupus.... KEM TEMBUSU di SAS asal pun dah lupus.... apa nak tinggal lagi?



AKHIRNYA CUKONG JUGAK YANG KETAWA BESAR - SEJARAH? NOSTALGIK? MONEY COME FIRST LA....

KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya memulihara Penjara Pudu yang kini berusia 100 tahun sebagai salah satu tarikan pelancong ke ibu kota dan negara ini.

Tinjauan mendapati, orang ramai kesal dan mahukan nilai estetika binaan seperti itu dikekalkan bukan dirobohkan kerana ia mampu menjadi daya tarikan pelawat domestik serta asing ke bandar raya ini. Bagi Prabu Munusamy, 32, beliau terkilan dengan tindakan tersebut berikutan bangunan penjara itu mampu berperanan sebagai tarikan pelancong.

Katanya, walaupun bangunan tersebut pernah 'menyimpan' mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipelihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

"Bangunan ini pernah menempatkan penjenayah yang terkenal sejak dulu, jadi sampai hari ini pun ramai orang datang mahu melihat dan mengambil gambar bangunan ini," katanya di sini hari ini.

Tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan tepat pukul 10 malam esok.

Proses meratakan tanah di bahagian dalam dan bersebelahan bangunan telah selesai dan kerja meroboh tembok dijangka dimulakan pada masa tersebut.

Sementara itu, Chew Chong Huai, 52, berkata, tindakan merobohkan bangunan yang dibina di zaman penjajah British itu amat menyedihkan memandangkan ia mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

"Kalau di luar negara contohnya di China, bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipelihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong," katanya.

Bagi Irwan Hashim, 32, berkata tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula bandar raya Kuala Lumpur sudah semakin sesak dengan pembangunan.

"Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya, janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita," katanya.

Dalam pada itu, pelancong dari Filipina, Farancisco B. Lopez, 49, berkata Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.

"Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini merupakan salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada era (penjajahan) Britain pada tahun 1800," katanya.

Kerajaan Negeri Sediakan Bahan Binaan Surau Al-Qayyum



Gambar diatas adalah gambaran arkitek untuk Surau Al Husna, Seksyen 20, Shah Alam. Selain MPP Zon 3, Adun Batu Tiga harap-harap MB datang jugak untuk BERGOTONG ROYONG kat tempat kami ni.... bulan Julai cadang nak buat Hari Keluarga Seksyen 20 A/B. Marilah....... wahai MB weh.....

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim hari ini berkata usaha menyediakan kemudahan prasarana secara bergotong-royong merupakan satu langkah bertanggungjawab dan harus dicontohi oleh semua pihak.

Majlis yang diadakan oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa surau Al-Qayyum merupakan usah merealisasikan impian seluruh ahli kariah Bandar Armada Putra untuk memiliki sebuah surau yang lebih selesa untuk beribadat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Khalid berkata kerajaan negeri akan membantu dengan menampung kos bahan binaan untuk pembangunan surau itu sahaja sementara kerja-kerja pembinaan akan diuruskan oleh mereka.

"Kerajaan negeri akan memberikan sokongan dari segi kos untuk bahan-bahan pembinaan. Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan akan mengendalikan pembinaannya. Oleh itu kita akan lihat semua pihak akan memberi sumbangan," katanya.

Seluruh pembiayaan pembinaan surau ini merupakan hasil kutipan dana dari usaha seluruh barisan ahli jawatankuasa surau yang turut disertai oleh seluruh ahli kariah Bandar Aramada Putra.

Kini dengan adanya golongan profesional dan bertambahnya jumlah kontraktor di negeri ini, projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan prasarana tersebut mampu dilakukan dengan penyertaan masyarakat setempat.

Konsep gotong royong di kalangan penduduk dalam pembinaan dan penyelenggaraan prasarana, mampu menanamkan sikap menghargai kemudahan-kemudahan awam yang disediakan untuk mereka.
"Dengan ini kita dapat mencuba konsep baru, iaitu rakyat sendiri menyertai pembangunan ini. Ini satu langkah kepada peningkatan pemahaman merakyatkan ekonomi negeri Selangor," katanya lagi.

Khalid turut menyatakan dengan adanya surau ini, para pekerja di tapak perindustrian di sekitar Pulau Indah dapat menunaikan solat Jumaat yang kini dilakukan di empat unit lot kedai yang dijadikan dewan solat sumbangan pemaju.

Setakat ini RM100,000 telah berjaya dikumpulkan bagi membina surau yang dijangka dapat memuatkan 600 jemaah pada satu-satu masa.

Kos pembinaan surau seluas 3,000 kaki persegi ini dianggarkan berharga RM900,000.

Khalid berkata beliau pasti dengan terbinanya surau yang baru ini, sinar islam akan terus berkembang manakala kesepakatan penduduk dapat dirapatkan dan diperkukuhkan. merasmikan upacara pecah tanah dan penetapan arah kiblat bagi pembinaan surau Al-Qayyum bandar Armada Putra, Pulau Indah Pelabuhan Klang.

Nazri sokong lesen judi Piala Dunia, Tsu Koon setuju tangguh

I REST MY CASE HERE - MENTERI ISLAM SOKONG, BUKAN ISLAM TAK SOKONG - KENAPA TAK KATA GERAKAN CARIK POLITICAL MILAGE MACAM KATA DAP CARIK POLITICAL MILAGE ??? ALASAN DANGKAL!! SUMBER UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Ya Allah! Janganlah Kau turunkan balaMu ke atas kami diatas kebiadapan pemimpin kami tidak mematuhi hukumMu Ya ALLAH!!!

KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.

Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam. "Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan. Beliau yang juga Presiden Gerakan menjelaskan, pemberian lesen judi akan hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan.

Katanya, kegiatan berjudi boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial. "Selama ini, Gerakan mengambil pendirian menentang (aktiviti) promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia," katanya.

Cerita Dolu Dolu