Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label SURAU AL HUSNA SECT 20. Show all posts
Showing posts with label SURAU AL HUSNA SECT 20. Show all posts

Tuesday, April 03, 2012

SURAU BUKAN SEKADAR TEMPAT SOLAT SAHAJA


Role of religious communities in enhancing transition experiments: A localised strategy for sustainable solid waste management in Malaysia


Zeeda Fatimah MOHAMAD a,c,e Noorshahzila IDRIS a,
a Department of Science & Technology, Faculty of Science, Universiti Malaya, Malaysia
b Centre for Waste Management, Universiti Malaya
E Sustainability Science Cluster, Universiti Malaya
*Corresponding author.
Tel: +6 0379677164; Fax: +6 0379674196
Address: Department of Science & Technology, Faculty of Science, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia
E-mail address: zeeda21@um.edu.my (Zeeda F. M.)


PETIKAN DARI ARTIKEL INI. 

3.3.3. Islamic community of Surau al-Husna

Surau Al-Husna is a small mosque that has been established for the residential community of Section 20, Shah Alam in the state of Selangor. The surau has been built to provide a place for the Muslim community in the neighbourhood to conduct prayers and other religious rituals, share religious knowledge and to gather for religious activities. Surau Al-Husna started its recycling programme since July 2005, and this has become a permanent feature in the surau ever since. The recycling program was initially proposed by one of its committee member, Mazlan Idrus who has a professional background in environmental management. Mazlan also act as the coordinator of the recycling programme -- where he leads the coordination of related activities, from setting up of recycling facilities and collection schedules, to recruiting volunteers. The recycling programme also enjoys strong support from the imam and other members of the surau committee.
Activities of Surau Al-Husna recycling programme take place in the compound of the surau. The recycling bins were provided by the local municipality, while recycling operation are organised by the mosque committee members. Residents from the nearby areas, both adherents and nonadherents, are encouraged to donate their recyclable items by sending them to a recycling point within the surau compound. Accepted recyclable items include paper, plastic containers, metal items, books and electronic devices. Since the public are not asked to separate their recyclable items, the surau committee periodically organises a “gotong-royong” (collective social activity) with the community to segregate recyclables from the mixed waste and to sell them in bulk to a recycling company. Usually the gotong-royong is conducted on the fourth Sunday of every month. Flyers, banners and word of mouth are used as a way to promote participation in the recycling activities. This has proven to be effective as the recycling programme has received encouraging community support, even from nearby neighbourhoods. The mosque has also improved its recycling operations in many ways. For one, the recycling committee no longer has to send the recyclables to the recyclers. As their relationship with their recyclers strengthened, the recyclers themselves have agreed to collect recyclable items directly from the surau, saving time and money for its management. In addition, Surau Al-Husna has also increased the amount of collection by expanding its recycling operations to a nearby all-purpose community hall. A recycling company has been given permission by the surau to coordinate this extended portion of the recycling programme,20 with some portion of the proceeds to be donated to the surau. Other than this, with the help of the local municipality and a local politician, Surau Al-Husna has also diversified its recycling activities through the collection of used cooking oil. A special store room has been built for this purpose and the collected oil is then transported and converted into biodiesel by a private company. The proceeds from all of the recycling activities are used for the surau renovation and
repair work and also to fund various religious activities.

Monday, November 07, 2011

EIDUL ADHA YANG BERSEJARAH

Salam Eidul Adha. Surau Al-Husna menempa sejarahnya tahun ini 1432H dengan pertama kalinya solat Eidul Adha diadakan di surau. Ruang solat dalam dan luar dipenuhi oleh semua jemaah. Jumlah lembu korban juga mencatatkan sejarah apabila perancangan awal 7 ekor maksima telah bertambah dan bertambah sehingga menjadi 11 ekor. Walaupun begitu segala-galanya selesai tepat jam 12:45 dan makanan sempat dimasak untuk dimakan selepas solat Zohor. Alhamdulillah; segala-galanya dipermudahkan dengan cuaca yang juga nyaman.
jemaah sedang khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Takiyuddin.

Friday, August 26, 2011

LAMA JUGA TAK UPDATE.

Lama sungguh rasanya tak update blog ini. Ada beberapa sebab kenapa tak dapat nak update. #1 Kesibukan kerana selain Ramadhan, Surau Al-Husna sudah dapat surau baru yang perlu sedikit penumpuan seperti kerja-kerja rencam - pemasangan karpet, penghawa dingin dan pelbagai. Sememangnya bulan Ramadhan bulan baraqah. Walaupun surau masih kekurangan dana untuk fasa #2 dan pelbagai peralatan tetapi sumbangan individu serta korporat telah melegakan kami di surau. Penghawa dingin contohnya berjumlah 7 kesemuanya yang 100% adalah sumbangan individu dan korporat. Karpet juga merupakan sumbangan individu. Ameen. Semoga mereka diberi balasan yang lumayan di Jannah. Kutipan derma juga paling tinggi berbanding tahun sebelum ini. Untuk 3 minggu sudah mencecah 70K. Alhamdulillah. Ada kebarangkalian pembinaan fasa #2 dapat dimulakan lebih awal dari jangkaan. Sila  masuk ke link FB yang disediakan untuk maklumat terkini Surau Al-Husna serta nombor akaun dan nombor untuk dihubungi.

#2 Sudah Last 10 bro, kena lah usaha nak dapat Lailatulqadar kan?

Bagaimanapun sebarang perkara terkini ada saya bincangkan atau komen di twitter.

Terima kasih kepada yang sudi singgah.

Monday, August 01, 2011

SUMBANGAN RAMADAN BAGI MASJID DAN SURAU DUN BATU 3

Sempena dengan siapnya Surau Al-Husna yang baru, YB Rodziah telah memilih Surau Al-Husna sebagai host  untuk majlis penyampaian sumbangan Ramadhan bagi Masjid dan Surau di Zon Batu 3 pada 30 Julai 2011.
Walaupun masih belum lengkap sepenuhnya Alhamdulillah, berkat 100% derma dan sumbangan korporat serta individu terutamanya dari penduduk setempat Surau yang asalnya dari sebuah kabin akhirnya mendapat Surau kekal setelah dapat mengumpulkan dana selama 8 tahun. Terima kasih kepada semua. Harapan kami FASA KEDUA meliputi bilik mandi jenazah. dapur dan tandas dapat dilaksanakan dalam masa terdekat walaupun untuk FASA #1 ini masih perlukan dana yang diharapkan dapat ditampung dalam bulan Ramadhan ini, Insyaallah.

Lagi gambar-gambar berkaitan boleh dilayari di Facebook Surau Al-Husna

Saturday, January 29, 2011

BISING TAK SEBELAH MENYEBELAH?

Dikatakan - pakaikanlah kain kafan yang baik-baik untuk jenazah kerana ahli kubur bermegah-megah dengan pakaian (kain kafan) mereka apabila bertemu. Ni sebelah-sebelah ada jumpa tak?


Isu Sempadan Kubur Islam, Jirat Cina Batu 3 S.Alam Selesai
29/01/2011   Share 



SHAH ALAM 29 JAN: Isu persempadanan semula tanah perkuburan Islam dan jirat Cina di Kawasan Batu Tiga Shah Alam berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pimpinan Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu, penyelesaian dicapai hasil kata sepakat kedua-dua belah pihak dengan mengalihkan lokasi dewan yang menjadi punca persempadanan sebelum ini.
Mengulas lanjut perkara ini, Khalid berkata ia merupakan satu penyelesaian yang wajar dan terbaik dicapai setelah isu tanah perkuburan ini dibangkitkan sebelum Pakatan Rakyat memerintah Selangor lagi.
"Masalah ini berpunca daripada pemerintahan terdahulu yang kurang mengambil berat dan sekarang ini kita warisi masalah ini dan menerusi perbincangan kedua-dua pihak dan dapat menyelesaikan dengan baik," katanya.
Tambahnya lagi, hasil kata sepakat tersebut, kaum Cina bersetuju untuk meroboh dan membina baru dewan di atas sempadan yang sepatutnya.
Manakala beberapa buah jirat Cina yang terdapat di atas tanah perkuburan Melayu dibiarkan sahaja dengan membina pagar sebagai penanda aras sempadan bagi memisahkan kawasan perkuburan Islan dan jirat Cina.
"Oleh kerana kubur tersebut telah melanggari sempadan, maka pembinaan tempoh tersebut dibina dengan memastikan kubur tersebut berada dikawasan tanah perkuburan Cina," katanya.
Sebelum ini, penduduk Islam batu Tiga mendesak Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah pencerobohan tanah wakaf perkuburan Islam oleh persatuan Perkuburan Cina disitu ekoran pembinaan sebuah dewan Cina terletak dalam wakaf tanah perkuburan Islam.
Tanah Perkuburan yang berkeluasan 2.26 hektar itu dianggarkan boleh digunakan sehingga 30 tahun lagi untuk lima kawasan penempatan di situ namun penduduk mendakwa ia berkurangan sebanyak 1.66 hektar setelah dicerobohi.

Wednesday, December 22, 2010

ITU LA... ORANG BERDEMO, KORANG PUN NAK BERDEMO.....

Lain kali siasat betul-betul dulu baru berdemo. Dah lah tanah ni dikencing dek pentadbiran dulu lepas tu tuduh orang lain berak kat situ, rupanya takde sapa nak roboh kan pun.... 

Takde pulak dorang ni pi berdemo kat Kerinchi atau Setiawangsa ya?


Surau Al-Hidayah Tidak Akan Dirobohkan - TVS
21/12/2010   





RAWANG 21 DIS: Dakwaan ketidakperihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengenai isu merobohkan Surau Al-Hidayah, Rawang adalah tidak benar selepas wakil Masjid Nurul Iman, Rawang mengesahkan tanah tersebut kekal sebagai tapak surau.
Justeru pihak masjid mengumumkan segala urusan rumah ibadah Islam harus dirujuk kepada pentadbiran masjid yang telah diberi mandat oleh DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. 
Memetik laporan portal Harakahdaily, perjumpaan di antara wakil masjid bersama Penghulu Mukim Rawang 1, Wakil Pejabat Adun Rawang dan Ahli Majlis MPS Zon 19 dengan Mahumas Sdn Bhd semalam bersetuju untuk mengembalikan keseluruhan lot-lot tanah tersebut setelah ukuran sebenar diperolehi. 
Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan media Umno-Barisan Nasional yang menuduh kerajaan Selangor tidak mengambil kira sensitiviti kaum Islam di kawasan itu.
Sebelum ini syarikat Mahumas Sdn Bhd mengeluarkan notis pengosongan tapak perniagaan dan aktiviti di kawasan itu bertarikh 19 Oktober 2010 selepas mendakwa keseluruhan 8 lot tanah tersebut adalah milik mereka namun tidak secara terperinci menjelaskan berkenaaan isu pencerobohan tapak surau.
Namun pentadbiran Masjid Nurul Iman berpendirian surau tersebut harus dikekalkan seperti sedia ada dan notis pengosongan tersebut adalah terbatal secara sah.
Menurut Nazir Masjid Nurul Iman, Ilham Akhbar Harun berkata dokumen dari Pejabat Tanah & Daerah Gombak mengesahkan tanah seluas 13,885 kaki persegi tersebut telah direzabkan sebagai tanah rezab tapak masjid pada 12 Mac 1920 dan berpendapat ianya harus dipertahankan.
Selain itu, Ilham menjelaskan surau tersebut perlu kekal sebagai simbol dan warisan kecemerlangan identiti umat Islam di Bandar Rawang sejak 100 tahun lalu selain tapak itu merupakan kawasan yang strategik untuk perkembangan Islam setempat.
Tambah beliau lagi, sebarang tindakan yang meminggirkan peranan masjid dan mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi haruslah diabaikan.

Tuesday, December 14, 2010

GAMBAR SURAU AL-HUSNA


Gambar Surau Al-Husna (Surau Kabin) sebelum dirobohkan jadual pada 25 Disember 2010. Walaupun dana tidak mencukupi lagi tetapi boleh dimulakan dengan fasa 1 iaitu ruang solat dan anjung. Cadangan dari AJK dinding tidak dinaikkan dulu dan utamakan bilik imam dan utiliti untuk mencapai target Surau baru boleh digunakan pada Ramadan 2011.

Surau kabin yang kecil bermula dari 2003 dan disambung ruang solat nuslimah. Hasil kutipan derma dibangunkan tandas dan tempat wuduk dan ianya akan dikekalkan sebagai tempat wuduk dan tandas lelaki. 7 tahun penuh sejarah, semoga surau baru dapat dimanafaatkan dengan lebih meluas lagi sebagai tempat perkembangan syiar Islam.

Monday, December 13, 2010

DAPATKAN REBET CUKAI PENDAPATAN SAMBIL TAMBAH SAHAM AKHIRAT


Surau Al-Husna (KLIK Tajuk untuk maklumat lanjut) sedang dalam fasa terakhir untuk melantik kontraktor untuk pembinaan Surau yang dijangka akan bermula pada pertengahan Disember 2010. 

Plan asal telah diubah sedikit iaitu terbahagi kepada 2 fasa - Fasa 1 - Ruang solat utama. Fasa 2 - Pejabat, Bilik Mandi Jenazah dan ruang legar. AJK memilih PLAN dua fasa kerana kekurangan dana untuk melaksanakan pembinaan menyeluruh serentak.

Surau Al Husna Seksyen 20
Bagi sebarang naklumat terkini boleh juga melayari MUKA BUKU SURAU AL-HUSNA SEKSYEN 20 (Facebook Surau Al-Husna). Saya akan mengemaskini sebarang maklumat terkini termasuk pembinaan surau itu nanti.



SEKIAN DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG.

Saturday, December 11, 2010

TAHNIAH SURAU AL-HUSNA - FORUM EHWAL ISLAM BERJAYA.

Program Hal Ehwal Islam oleh Surau Al-Husna telah dapat dijayakan dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Kehadiran juga amat memberansangkan mungkin kerana ianya dibuat sehari sebelum Hari keluarga. Tahun lepas mungkin ramai sudah kepenatan pada siangnya terutama bapak-bapak yang sakit pinggang tarik tali. Ha ha ha. Lain-lain gambar, sila klik DISINI



Ahli panel yang membuka minda.

Friday, November 19, 2010

QURBAN SURAU AL-HUSNA - 6 LEMBU, 2 KAMBING


Ahli Qariah Surau Al-Husna melaksanakan ibadah qurban tahun ini 1431H mungkin kali terakhir di surau kabin. Tahun hadapan insyaallah akan dilaksanakan di Surau baru. Sekitar perjalanan Qurban Surau Al-Husna boleh ditatap di FACEBOOK SURAU AL-HUSNA.

Wednesday, November 17, 2010

SALAM EIDUL ADHA

MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA kepada muslimin dan muslimat. Semoga ibadah qorban yang akan dilaksanakan memberi keinsafan dan mendapat keredaan Allah S.W.T.

Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji semoga mendapat haji yang Mabrur.

Esok 10 Zulhijjah (bukan 17 Zulhijjah) akan sibuk dari pagi hingga kepetang. Pagi sesudah Solat Subuh tentunya ke Masjid untuk solat hariraya. 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing akan dikorbankan esok di Surau Al-Husna. Oleh kerana keadaan diri tidak mengizinkan, saya serahkan tugas membantu kepada anak-anak dan saya akan teruskan tugas sebagai cameraman agar Facebook Surau Al-Husna Seksyen 20 akan sentiasa muktahir.

Jumpa lagi malam esok insyaallah.

Saturday, October 09, 2010

PATUTKAH BUAT BEGINI DISUBUH HARI? kemaskini maklumat

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) katanya:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan di antaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala ya
ng ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Di kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Sebab itu bagi saya, jika orang bukan Islam membantah azan, itu satu kebiadapan yang patut diambil tindakan. Namun, jika mereka membantah perkara-perkara lain yang disalahgunakan atas nama masjid dan Islam, kita patut semak terlebih dahulu sebelum bertindak. Jangan gunakan isu agama dalam perkara yang tidak benar.
Petikan tulisan Ustaz Asri....



Sekembali dari surau sesudah solat subuh tadi, terdengar dari corong speaker dua buah surau - disekeliling taman perumahan ini terdapat 3 buah surau dan satu masjid yang berdekatan dan boleh didengari laungan azannya melalui corong speaker.
Surau An-Nur memaklumkan kembalinya anak qariah kerahmatullah pada malam harinya dan jenazah dijangka akan dikebumikan sebelum solat zohor. Baguslah penggunaan dan dimanafaatkan dengan betul.

Surau satu lagi tak pasti samada life ataupun kaset, kedengaran ceramah? mungkin tazkirah atau kuliah subuh? 

Jika saya boleh mendengarnya dengan amat jelas sekali bayangkan rumah-rumah berdekatan bagaimana pula? Tidak terganggukah tidurnya anak-anak kecil? Tidak terganggukah anak-anak yang perlu rehat untuk menghadapi PMR? Tidak terganggukah solat subuh mereka yang tidak sempat pergi ke surau? Bagaimana pula jika surau berdekatan masih ada yang solat dan mungkin tersasul apabila membaca ayat kerana 'terikutkan' suara penceramah tersebut?

Tidakah serba salah penduduk setempat menghadapi dilema ini? Jika yang Islam menegur, nanti dikatakan tak prihatin dengan majlis ilmu. Kena pula yang menegur jarang ke surau lagilah teruk diperli nanti. Jika yang menegurnya bukan muslim lagilah parah. Boleh jadi isu perkauman pula nanti. 

Hakikatnya banyak surau dan masjid tidak prihatin dengan masalah ini. Speaker kemudahan baru bukanlah untuk diguna sewenang-wenangnya. Untuk azan boleh lagi diterima tetapi memperdengarkan majlis ilmu keluar dari kawasan surau adalah amat tidak betul kerana majlis ilmu seharusnya diperdengarkan kepada yang hendak mendengarnya iaitu di dalam surau atau masjid sahaja.Saya yang dapat mendengarnya dengan agak jelas sedangkan jika saya hendak ke surau tersebut memerlukan masa 15 minit berjalan kaki juga rasanya.

Saya tidak tahu apa pandangan JAIS atau MAIS dalam hal-hal sebegini. Ustaz Asri pernah menulis isu ini tapi berapa ramai yang hendak mengambil iktibar? JAIS dan MIAS bukan nak pakai cakap dia. Nak tangkap lagi adalah sebab takde tauliah.

Monday, September 06, 2010

GAMBAR TERAKHIR - Tadarus Al-Quran Surau Al-Husna 2010

Ini adalah kumpulan tadarus anak-anak untuk sessi 2010 dan yang terakhir di surau kabin. INSYAALLAH JIKA TIADA ARAL MELINTANG dan BUDGET cukup tahun depan akan berlangsung di SURAU AL-HUSNA yang BARU.

Seperti gambaran pelukis di bawah.



Tuesday, August 31, 2010

MAJLIS BERBUKA & PENYAMPAIAN SUMBANGAN SURAU AL-HUSNA

Hari ini 31 Ogos 2010 Surau Al-Husna mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama ahli kariah. Bermula dari jam 10:00 pagi persiapan telah diatur seperti memasak bubur lambuk untuk agihan kepada anak kariah. Bubur lambuk Gear Box spesel resepi Hj Hassan.

Untuk berbuka pula menu nasi putih, ikan patin goreng, ikan patin tempoyak, ayam masak merah dan sayur campur. Semua berbuka dengan kurma dan kuih muih sebelum solat Maghrib dan barulah makan nasik.

Sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal serta warga emas juga diadakan.

Untuk melihat gambar-gambar berkaitan sila ke facebook saya. Terima kasih.

Wednesday, August 25, 2010

FATWA BARU? RUKUN BARU KHUTBAH JUMAAT?

Nama Ketua Negara Beragama Islam Mesti Disebut Dalam Khutbah Jumaat - (Mesti tu kira WAJIB ke? Rukun baru?
KUALA LUMPUR: Nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.
"Saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa. (Tapi kenyataan saya ini memang saya racist lah)
"Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa," katanya ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti di sini hari ini.
Beliau merujuk kepada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di negeri itu baru-baru ini.
Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, sekalipun tanggungjawab kepada bangsa sudah tidak lagi menjadi keutamaan. (KAH KAH KAH - tapi dok sokong PERKASA)
Katanya, walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.
"Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.
"Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa," katanya.
Beliau berkata, sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan hadis. (Huh? Tun Dr Siti Hasmah dah pakai tudung dah? Marina dah tak sokong SIS? - cheap talk - pi baca balik bukan ikut tafsiran sendiri ya TDM...))
Justeru katanya, kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.
"Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal. Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara. Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentng persaudaraan ini," katanya. - BERNAMA

Saturday, July 24, 2010

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai





Papan tanda kuarters Shah Alam seksyen 20 termasuk pagar zink telah dipasang dari tahun 1996/97 lagi. Apartment Sri Puteri pula telah mula dijual pada tahun 2000 da nkerja telah mula pada tahun 2002 kot. Dua-dua projek betul-betul dekat jalan besar. Apartment Sri Puteri tu dah mula awal tahun ini atas inisiatif Kerajaan Selangor sekarang dan nama pun tukar sedikit jadi SURI PUTERI. Semasa tempoh takde progress sehingga awal tahun ini,tempat tersebut menjadi sarang dan tempat melepak budak-budak sekolah. Di sebabkan ada lobang yang dikorek semasa projek terbiar, ada bebudak ni jadikan kolam renang dan ad beberapa kes nyaris tak lemas. Itu belum lagi tetiba keluar pelajar sekolah berpasangan dari tempat tersebut. Diorang buat apa disitu? Isu ini menjadi perbincangan kami AJK surau Al-Husna tempohari - Alhamdulillah, lega dahstart balik dah - semak mata memandang. Kesian kepada pembeli asal Sri Puteri..... dah 10 tahun beb.....

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan kegagalan sebuah syarikat swasta dalam membina kuartes Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas menerima tender runding terus daripada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).


Projek penswastaan pembinaan kuaters di Seksyen 20 Shah Alam adalah antara lambakan projek terbengkalai warisan pemerintahan kerajaan Umno-BN.
Laporan Ketua Audit Negara 2008 sebelum ini menyenarai projek berkenaan sebagai antara kelemahan kerajaan Selangor ketika masih diperintah Umno BN.

Sebuah syarikat swasta didakwa memperoleh projek tersebut secara rundingan terus dan menganggap syarikat berkenaan tidak layak kerana hanya mempunyai modal berbayar sepuluh ribu sahaja. Syarikat ini juga didakwa mencagarkan dua lot tanah milik MBSA kepada bank dengan nilai RM18.85 juta, kononnya atas alasan untuk menampung kos projek.

“Lagi teruk dari itu bila dah sangkut mereka cagarkan tanah MBSA yang sepatutnya mereka tak dibenarkan cagar,” kata Khalid Samad.

Beliau kesal kerana pemilik majoriti syer syarikat itu adalah orang penting dalam Umno Selangor dan individu itu langsung tidak dikenakan tindakan walaupun kepincangan ini didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara. Kehampaan berikutan kegagalan pembinaan kuarters ini turut dirasai pimpinan Pas Shah Alam. (Bila YB Khalid nak dedahkan nama pemegang saham tersebut?)

“Telah pun tidak dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan terpaksa meminta bantuan dari pihak majlis ketika itu iaitu pada 2005,” kata Timbalan Yang Dipertua Pas PAS Shah Alam, Azli Yusof.

Sunday, June 20, 2010

Kerajaan Negeri Sediakan Bahan Binaan Surau Al-Qayyum



Gambar diatas adalah gambaran arkitek untuk Surau Al Husna, Seksyen 20, Shah Alam. Selain MPP Zon 3, Adun Batu Tiga harap-harap MB datang jugak untuk BERGOTONG ROYONG kat tempat kami ni.... bulan Julai cadang nak buat Hari Keluarga Seksyen 20 A/B. Marilah....... wahai MB weh.....

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim hari ini berkata usaha menyediakan kemudahan prasarana secara bergotong-royong merupakan satu langkah bertanggungjawab dan harus dicontohi oleh semua pihak.

Majlis yang diadakan oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa surau Al-Qayyum merupakan usah merealisasikan impian seluruh ahli kariah Bandar Armada Putra untuk memiliki sebuah surau yang lebih selesa untuk beribadat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Khalid berkata kerajaan negeri akan membantu dengan menampung kos bahan binaan untuk pembangunan surau itu sahaja sementara kerja-kerja pembinaan akan diuruskan oleh mereka.

"Kerajaan negeri akan memberikan sokongan dari segi kos untuk bahan-bahan pembinaan. Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan akan mengendalikan pembinaannya. Oleh itu kita akan lihat semua pihak akan memberi sumbangan," katanya.

Seluruh pembiayaan pembinaan surau ini merupakan hasil kutipan dana dari usaha seluruh barisan ahli jawatankuasa surau yang turut disertai oleh seluruh ahli kariah Bandar Aramada Putra.

Kini dengan adanya golongan profesional dan bertambahnya jumlah kontraktor di negeri ini, projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan prasarana tersebut mampu dilakukan dengan penyertaan masyarakat setempat.

Konsep gotong royong di kalangan penduduk dalam pembinaan dan penyelenggaraan prasarana, mampu menanamkan sikap menghargai kemudahan-kemudahan awam yang disediakan untuk mereka.
"Dengan ini kita dapat mencuba konsep baru, iaitu rakyat sendiri menyertai pembangunan ini. Ini satu langkah kepada peningkatan pemahaman merakyatkan ekonomi negeri Selangor," katanya lagi.

Khalid turut menyatakan dengan adanya surau ini, para pekerja di tapak perindustrian di sekitar Pulau Indah dapat menunaikan solat Jumaat yang kini dilakukan di empat unit lot kedai yang dijadikan dewan solat sumbangan pemaju.

Setakat ini RM100,000 telah berjaya dikumpulkan bagi membina surau yang dijangka dapat memuatkan 600 jemaah pada satu-satu masa.

Kos pembinaan surau seluas 3,000 kaki persegi ini dianggarkan berharga RM900,000.

Khalid berkata beliau pasti dengan terbinanya surau yang baru ini, sinar islam akan terus berkembang manakala kesepakatan penduduk dapat dirapatkan dan diperkukuhkan. merasmikan upacara pecah tanah dan penetapan arah kiblat bagi pembinaan surau Al-Qayyum bandar Armada Putra, Pulau Indah Pelabuhan Klang.

Monday, May 24, 2010

Intipati Kuliah Maghrib oleh Ust Badrulamin

Secara ringkasnya intipati Kuliah Maghrib oleh Ustaz Badrulamin Baharom adalah :

1 - Musibah yang turun kepada manusia bukan kerana lupa diri akibat pangkat, darjat atau harta TETAPI kerana lupa ALLAH.

2 - Budaya kebendaan dan faktor ekonomi - contoh; kes perceraian tinggi pada tahun 1999; 2000 kerana kegawatan ekonomi.

3 - Pembuat dasar harus berubah - atau DI UBAH (Dah sah-sahlah pembuat dasar itu di PARLIMEN)

1 - Dasar Pelajaran - Kemana perginya kepentingan Pendidikan Agama Islam (tarak)

2 - Dasar Hiburan - contoh AF8 kenapa Shahir menang? pelajar UIA, bekas penyanyi nasyid.
Motif? Character Building supaya mengiakan budaya hiburan melampau tapi diterima oleh masyarakat terutama masyarakat Melayu /Islam.
Ustaz Badrulamin menceritakan kisah AF ARAB yang pemenang pertamanya budak Madinah - keluar fatwa budak tu murtad (tu kat Saudi ya, bukan kata budak AF semua murtad pulak.) Apakah ini juga perancangan APCO?
Contoh lain : Apa jadi dengan Akademi Nasyid? sekali ajer dah habis.

3 - Dasar Belia - kemana halatuju belia / remaja? Terbaru Belia 1Malaysia - berapa banyak
geran pulak? Kemana pergi rakan muda? Rakan Masjid apajadi? (Ni sambung kat Dataran upai tapi aku tak pegi)

Matlamat Selangor - seperti yang dah dibincangkan dengan Exco pelajaran - pelajar Islam masuk UNISEL wajib lulus pelajaran agama Islam - lulus bukan score. Contoh lulus - Al-Fatihah - jika boleh tulis dan terjemah - score; boleh baca - lulus. Tidak graduate jika tidak lulus.

Sampingan : Solat sebagai KPI di alam barzakh dan akhirat. Bagaimana kita? Surau Al-Husna dalam proses mendapatkan dana untuk membuat surau baru. Infakkanlah harta ke fiisabilillah ini.

Untung Saiful dalam kes Anwar; dia dapat soalan KPI in advance apabila Karpal tanya "Anda solat 5 waktu?"

Gambar belum dapat dari Raja Aziz lagi.

Friday, January 22, 2010

PEMBANGUNAN SURAU AL-HUSNA

Mesyuarat AJK Surau semalam berbincang tentang pembangunan surau baru menggantikan surau cabin sekarang. Bajet di jangka antara RM800 ~ RM 1m seperti yang di beri oleh QS. Para dermawan dan hartawan yang bermurah hati untuk menderma boleh menderma di nombor akaun di bawah.
Sekarang selepas dapat surat QS surau akan memohon dari LHDN untuk nombor pelepasan cukai. Saya akan maklumkan juga bila selesai.
Dari Dec 2009 kami juga telah mulakan dengan Saham Wakaf MAIS dan resit dikeluarkan oleh AJK yang di benarkan. Jika sesiapa ingin menderma dan perlu pelepasan cukai boleh guna saham wakaf ini tetapi dpat kiranya terus kepada surau Al Husna bukan MAIS. Geran zakat Selangor juga dah dapat tapi akan di terima bila dah mencapai 70% progress pembinaan jadi lambat lagi.
Jika perlu surat rasmi untuk mana-mana syarikat atau individu sila e-mail kepada saya nama syarikat atau individu dan alanat untuk dipanjangkan kepada setiausaha.

Sekian untuk makluman dan terima kasih


NO AKAUN SURAU AL-HUSNA

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB):
No. akaun: 12-038-01-009453-6
Nama akaun: SURAU AL-HUSNA

PUBLIC BANK BERHAD (PBB)
No. akaun: 3994192802
Nama Akaun: SURAU AL-HUSNA, SEKSYEN 20, SHAH ALAM

Cerita Dolu Dolu