Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 22, 2010

Tiada Loji Nuklear di Negeri Pakatan Rakyat, Kata Guan Eng

Tapi kalau cadangan nak buat di Perak? Penang, Selangor, Kedah pun habis. Tinggal Kelantan aje.
Kawasan bekas lombong bijih serta tanah batu kapur..... aduhai.

Ingat Chernobyl Disaster?? Anda mahu rakyat Malaysia, anak-anak anda, cucu cicit anda jadi begini?

GAMBAR MANGSA UJIAN NUKLEAR.

BERITA SETERUSNYA DARI TV SELANGOR
Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membuat pembinaan sebarang loji nuklear di negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jaminan yang diberi kerajaan persekutuan dalam hal ini tidak pernah dinyatakan dengan lebih jelas dan terperinci.
Beliau berkata dengan megambil lebih jelas beberapa contoh lain, ia sudah mencukupi membuktikan jaminan kerajaan tentang keselamatan terhadap pembinaan pelan loji nuklear itu pada masa depan rakyat dan negara tidak pernah terjamin.

“Kerana rekod keselamatan menunjukkan sangat teruk, di Terengganu mereka bina stadium, stadium runtuh, mereka bina sekolah juga runtuh dan bina atap masjid pun runtuh, jadi di mana keselamatan walaupun untuk projek yang kecil ini apakan lagi untuk projek yang besar,” katanya.
Beliau berkata jika kerajaan mahu meneruskan melaksanakan pelan tersebut adalah lebih baik melaksanakannya di negeri di bawah pentadbiran kerajaan BN sendiri.

No comments:

Cerita Dolu Dolu