Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 23, 2010

Selangor alu-alukan wanita Solat Jumaat

Tahniah Mufti Selangor memaklumkan perkara ini (aku pernah nampak muslimat solat Jumaat di Masjid Ubudiyah Seksyen 19.....)..... CIS!!!! Tak sempat nak tibai Nik Aziz... ada pulak yang sokong (Pendapat Ular Dalam Semak terlewat.....)

SHAH ALAM - Selangor mengalu-alukan kehadiran jemaah wanita bagi menunaikan solat Jumaat di negeri ini sekiranya mempunyai kelapangan dan tidak mengganggu ruang jemaah lelaki.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin.

Menurutnya, negeri ini memang sudah mengamalkan solat Jumaat wanita sebelum jawatan mufti diwujudkan iaitu bermula tahun 1935 hingga 1952.

“Solat Jumaat wanita di Selangor sudah lama berjalan sebelum negeri ini belum diwujudkan jawatan mufti dan sepanjang tahun tersebut, wanita sudah menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sultan Sulaiman, Klang.

“Namun, selepas tahun 1952, tiada lagi jemaah wanita yang menunaikan solat Jumaat dan Selangor mengalu-alukan jemaah wanita yang ingin berbuat demikian boleh datang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dekat sini,”katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Tambah Mohd Tamyes, pihaknya memberi jaminan bahawa masjid tersebut mempunyai ruang mencukupi untuk jemaah wanita tanpa mengganggu jemaah lelaki.

“Di Masjid Negeri, ruang di tingkat atas iaitu tingkat dua tidak digunakan semasa solat Jumaat dan jemaah wanita yang mempunyai kelapangan pada waktu tersebut dialu-alukan untuk turut serta bersolat Jumaat bersama-sama.

“Menjelang tahun depan, Selangor akan mempunyai dua masjid yang menerima jemaah wanita iaitu masjid di Bukit Jelutong yang mana masjid tersebut diwakafkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,”katanya.

Katanya, tingkat atas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz itu dianggarkan dapat memuatkan 200-300 jemaah wanita.

Bagaimanapun, Mohd Tamyes menyatakan masjid lain juga boleh menerima kehadiran jemaah wanita sekiranya ruang mencukupi dan tidak mengganggu ruang jemaah lelaki.

“Saya tidak menyangkal kenyataan Menteri Besar Kenyataan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Pandangan beliau ada kebenarannya. Tetapi di Selangor, perkara tersebut sudah lama diamalkan.

“Jadi, kita tidak perlu gunakan fatwa kerana yang penting kesedaran pada setiap individu Islam itu sendiri baik lelaki mahupun wanita,”katanya.

Mohd Tamyes turut memberitahu wanita Islam diharuskan menunaikan solat jumaat bersyarat ia tidak mengganggu ‘ruang’ jemaah lelaki.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggalakkan golongan wanita menunaikan solat Jumaat.

No comments:

Cerita Dolu Dolu