BERITA TERKINI : Lesen Belum dikeluarkan Kepada Ascot Sports - PM NI dari Parlimen HARI INI.
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.
"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tian Chua ingin tahu apakah asas keputusan kabinet menarik balik lesen judi pada tahun 2004 dan keputusan itu diubah tahun ini.- BERNAMA
NI PULAK BERITA SEBELUMNYA - BERITA SEMALAM.
KUALA LUMPUR: Hartawan hasil judi, Vincent Tan semalam mengumumkan beliau akan mendermakan RM525 juta ($224 juta) bagi tujuan kebajikan.
Menurut Encik Tan, antara orang terkaya di Malaysia, wang itu diperolehi daripada penjualan kepentingan beliau dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.
Berjaya Corp memiliki syarikat pertaruhan (JUDI) sukan berlesen pertama di Malaysia apabila menguasai 70 peratus kepentingan dalam Ascot Sports.
Vincent Tan didakwa menaja ahli UMNO atau parti politik Barisan Nasional sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan lesen perjudian sukan tersebut.
Semalam 22 pertubuhan bukan kerajaan, melancarkan kempen menentang tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian sukan. -- Agensi.
Monday, June 07, 2010
ISRAEL DAN BANTUAN KE GAZA
BERITA MAHAZA : MANA KOMEN YANG PATUT AKU DAPAT DENGAR?
Hari ini dalam berita di TV tiadalah yang utama melainkan cerIta kepulangan dan penderitaan para sukarelawan Malaysia yang baru pulang. Alhamdulillah kerana Allah melindungi mereka semua. Antara komen-komen yang kerap kita denmgar semenjak dua menjak nih..... ISREAL diminta membuka laluan laut ke Gaza dan membenarkan kapal bantuan ini tiba di Gaza. Kerajaan Malaysia dan Parlimen juga mengusulkan Mengutuk Israel - kes lain tak nak tahu....
Kenapa tiada seorangpun yang mengecam Mesir? Atau akukah yang salah faham. Dari maklumat yang diberitahu - Mesir menutup laluan ke Gaza dan membuat pemeriksaan strict gila babi menyebabkan banyak makanan terbuang kerana busuk.
Jika Mesir membuka laluan darat ke Gaza, tiada siapa perlu risau dengan penghantaran melalui laut.
TETAPI KENAPA TIADA? Kutuk Israel, dah dorang tu Zionis memang perangai camtu nak buat camne.... yang Arab dan termasuk dalam LIGA ARAB tapi lagi teruk dari YAHUDI ZIONIS nih..... Kenapa semua senyap sunyi aje.... aku tak paham. Maaf kalau salah dimaklumkan berkenaan peranan sekatan Mesir ini. Seteruk teruk Turki (dari segi sekularismenya) Kapal Turki dan rakyat Turki yang ditembak..... penentangan di depan Kedutaan Israel juag (sebab dorang ada hubungan Diplomatik dengan Israel) Mesir??
Aku rasa lepas ni kalau nak buat DEMO ANTI ISRAEL jangan buat depan KEDUTAAN AMERIKA tapi depan KEDUTAAN MESIR lagi baik!
RALAT : Mungkin ada statement dari pemberita AWANI- Ashwad.

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by
mahaza
at
9:16 PM
0
comments
Bersatu tentang Zionis: MB - KAH KAH KAH
Bersatu tentang Zionis: MB
IPOH - Desakan pelbagai pihak supaya memboikot produk-produk dari Israel serta syarikat-syarikat yang memiliki kaitan dengan negara Zionis itu antara satu pendekatan bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, apa yang lebih utama semua pihak perlu bersatu dalam setiap usaha menangani isu keganasan rejim Zionis di Gaza. KAH KAH KAH
Menurutnya, perkara berkenaan (memboikot) adalah antara kaedah yang boleh dilaksanakan, namun beliau yakin ada lagi cara lain boleh dilakukan.
“Saya bersetuju dengan usaha berkenaan kerana secara simbolik ianya turut menggambarkan bantahan terhadap segala perlakuan Israel, namun saya percaya masih ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita.
Zambry berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan acara pelepasan peserta bagi program Ipoh Starwalk 2010 di Stadium Indera Mulia, semalam.
Beliau berkata, serangan Zionis terhadap pasukan-pasukan misi keamanan ke Gaza baru-baru ini, diyakini tidak akan melemahkan semangat masyarakat antarabangsa bagi meneruskan usaha-usaha tersebut.
Menurutnya, pasukan misi keamanan yang melibatkan pelbagai bangsa, agama dari beberapa negara itu juga turut melambangkan bahawa masyarakat dunia kini semakin benci dengan keganasan serta penindasan yang dilakukan rejim berkenaan.
“Itulah Israel sebenarnya. Mereka anggap mereka memiliki undang-undang yang diguna pakai di seluruh dunia dan mereka boleh buat apa sahaja, selagi apa yang mereka kehendaki belum tercapai.
“Seperti apa yang berlaku kepada misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, yang mengakibatkan ramai rakyat dirempuh, diserang, dibunuh termasuk beberapa penahanan yang dilakukan dan terbaru, serangan terhadap kapal Rachel. Ianya amat sedih.
“Mereka ini langsung tidak menghiraukan soal kemanusiaan dan apa yang berlaku di Gaza adalah contoh bagi masyarakat dunia melihat perbuatan zalim mereka.
“Saya yakin semakin mereka gunakan cara kuku besi serta keganasan sebegini, semakin ramai masyarakat antarabangsa yang bakal tampil ke hadapan dan menentang mereka,” katanya.
Zambry turut menyuarakan keyakinan bahawa serangan-serangan berkenaan tidak akan mematahkan semangat masyarakat antarabangsa terus berjuang demi kemanusiaan sejagat.
“Kita sendiri dapat saksikan, bukan hanya umat Islam, tetapi seluruh masyarakat dunia daripada pelbagai bangsa dan agama berjuang menentang kezaliman Israel.
“Mereka (Israel), selama hari ini bercakap soal kezaliman, tetapi kini seluruh dunia boleh melihat apa yang mereka lakukan,” katanya.
KAH KAH KAH KAH
Ketika bercakap pada majlis di Teluk Intan, beliau berkata, kerajaan akan bersama-sama masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Zionis supaya menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
“Kita mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel itu yang menghalang kapal bantuan kita untuk membantu rakyat Palestin.
“Kita tidak mahu apa-apa terjadi kepada dua rakyat Negeri Perak yang menyertai misi kemanusiaan itu, kita akan bertindak,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di Arena Square Teluk Intan di sini, semalam.
Menurutnya, dua rakyat Negeri Perak yang menyertai misi berkenaan Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan salah seorang anggota Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Ahmad Faizal Azumu ada menghubungi beliau pada Rabu lalu untuk memaklumkan keadaan mereka di sana.

4:10 PM
0
comments
DUA LAPORAN BERITA - SATU UTUSAN MELAYAU SATU TV SELANGOR
DARI UTUSAN MALAYSIA
SEPANG 6 Jun - Kekejaman tentera Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza akan menyemarakkan lagi semangat rakyat Palestin untuk terus berjuang membela dan membebaskan tanah air mereka dari cengkaman rejim Zionis, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Israel itu bukan hanya tidak berperikemanusiaan tetapi amat bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
''Kerajaan amat menyanjung tinggi usaha-usaha yang diambil oleh pelbagai pihak, termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan misi kemanusiaan itu.
''Atas dasar itulah kita sering mendesak supaya usaha-usaha berterusan diambil untuk memastikan Israel di bawa ke muka pengadilan dan diambil tindakan yang sewajarnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyambut kepulangan 12 sukarelawan negara yang berada dalam kapal misi bantuan keamanan ke Gaza, Mavi Marmara, ke tanah air pagi ini.
Muhyiddin menyeru semua lapisan masyarakat supaya berdoa agar misi kemanusiaan ke Gaza akan diteruskan dan berjaya mencapai matlamatnya pada masa depan.
Malah, beliau menambah, ia juga sebagai satu bentuk sokongan rakyat negara ini kepada inisiatif kemanusiaan terhadap Palestin yang kini dizalimi rejim Zionis.
''Kita pada hari ini bersyukur kerana kesemua sukarelawan kita telah selamat pulang ke tanah air selepas menghadapi cabaran dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu.
''Pastinya misi sebegini belum lagi selesai dan kita doakan usaha-usaha sebegini akan dapat kita teruskan untuk masa-masa ke hadapan," katanya.
TV SELANGOR
Bantuan Tidak Sampai Ke Gaza, Muhyiddin Tidak Peduli?
Jawapan sambil lewa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai status penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin yang mungkin tidak sampai kepada mereka, ditegur pimpinan Pakatan Rakyat.
Mengulas kenyataan Muhyiddin itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid kesal kerana Muhyiddin sebagai antara pimpinan negara seharusnya memberi jawapan yang lebih menyakinkan.
"Yakinkan rakyat yang memberi sumbangan ini,yang memberi sumbangan yang banyak kepada rakyat Palestin ini, harus dan wajib disampaikan ke matlamatnya," katanya kepada TV Selangor.
Sebelum ini, rakaman visual Muhyiddin menunjukkan beliau berkata begini: “Kita kurang pastilah...Bila kapal-kapal sudah ditahan begitu, dah dirampas, memang saya tak fikir dia akan hantar barang-barang ke Gaza. Jadi, kita kurang pasti perkara itu akan dilakukan oleh Israel. Jadi, kemungkinan tidak sampai..."
Abdullah Sani sebaliknya berkata, Muhyiddn juga harus menegaskan pendirian Malaysia bahawa negara tidak akan tunduk kepada kuasa Tel Aviv itu.
"Kita kena mainkan peranan. Kita mesti menggertak Israel Yahudi ini supaya mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa.
"Tujuan asal kita ialah barang itu kena sampai ke Palestin, itu penting. Dan kalau sekadar pergi KLIA, itu hanya sekadar retorik, tidak menyakinkan. Maknanya, Muhyiddin tidak buat kerjalah..." katanya.
Mengulas isu sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan jawapan Muhyiddin itu adalah jawapan klise.
"Kerajaan Malaysia seharusnya lebih pro-aktif dan bukan lagi memberi jawapan yang standard begitu, seolah-olahnya tidak berani menyuarakan pandangan atau tindakan yang lebih kehadapan," katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga mahu membuat usul di Parlimen supaya Malaysia menjadi penganjur kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza selepas ini.
"Kita harus meningkatkan kembali usaha tersebut. Saya rasa ada banyak lagi kapal yang ingin ke Gaza. Biar apa pun yang terjadi, walaupun mungkin akan menjadi korban tetapi biar dunia melihat, kita tidak berhenti setakat ini sahaja," katanya.
"Bagi saya, Malaysia harus untuk merancang, menganjurkan supaya lebih banyak kapal akan ke Gaza dan memastikan bekalan itu sampai kepada umat Islam Palestin di Gaza," katanya.

10:04 AM
0
comments
Mufti Selangor : Judi Harus Diperangi
TV SELANGOR
Mana-mana orang Islam yang menghalalkan kegiatan judi wajib ditentang kerana telah melakukan jenayah kepada agama dan ummah, begitu kata Mufti Selangor Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.
Menurut Mufti Selangor ini, tiada logik dan alasan yang munasabah untuk membenarkan kegiatan judi berleluasa kerana semua pihak akui bahawa judi membawa mudarat, walaupun keuntungan dari jenayah judi itu digunakan untuk tujuan kebajikan.
TV Selangor menghubungi Dato’ Setia Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid untuk meminta panduan berhubung permintaan hartawan kaya Vincent Tan supaya kerajaan Selangor menarik-balik sekatan keatas pertaruhan judi bolasepak, yang diberi kepadanya oleh kerajaan Pusat.
Vincent Tan memberi jaminan bahawa beliau akan mendermakan RM525 juta hasil judi kepada badan-badan kebajikan.
"Sepatutnya maknanya tidak ada satu agensi atau lebih-lebih lagi agensi kerajaan yang hendak menghalalkan judi bukan senang orang Islam.Sepatutnya orang Islam mematuhi peraturan ketika hidup di dunia sebagaimana yang dikatakan hadis Rasullullah S.A.W : orang Islam ini mesti patuh kepada syarat yang ditetapkan oleh peraturan Allah Subhanallahi Taala. Melainkan satu syarat dia tidak ikut ,kalau ini dilanggar maknanya memang boleh diperangi, contohnya menghalalkan benda yang haram atau mengharamkan benda yang halal, jadi jika seorang Islam yang menghalalkan judi kita boleh memerangi mereka".
Mufti Selangor menasihatkan orang-ramai supaya tidak terkeliru dengan pelbagai alasan yang diberi oleh penguasaha dan penyokong judi sukan ini.
"Sebenarnya hasil judi ini,itu sudah jelas, maknanya hukumnya tetap haram,maknanya hasil judi ni apa cara sekalipun memang ia adalah salah satu sumber yang dilarang oleh agama" .
"Di samping itu juga maknanya tidak ada dosa yang sehebat judi tu, kerana itu kita disuruh memerangi judi itu” tambah beliau lagi.

10:00 AM
0
comments
Labels:
Judi Haram dan Judi Halal?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerita Dolu Dolu
-
▼
2013
(15)
- ► April 7 - April 14 (1)
- ► March 17 - March 24 (2)
- ► March 10 - March 17 (1)
-
►
2012
(121)
- ► July 15 - July 22 (1)
- ► July 1 - July 8 (4)
- ► June 24 - July 1 (5)
- ► June 17 - June 24 (3)
- ► June 10 - June 17 (5)
- ► June 3 - June 10 (5)
- ► May 27 - June 3 (4)
- ► May 20 - May 27 (1)
- ► May 13 - May 20 (1)
- ► May 6 - May 13 (2)
- ► April 29 - May 6 (5)
- ► April 22 - April 29 (6)
- ► April 15 - April 22 (10)
- ► April 8 - April 15 (2)
- ► April 1 - April 8 (9)
- ► March 25 - April 1 (5)
- ► March 18 - March 25 (2)
- ► March 11 - March 18 (7)
- ► March 4 - March 11 (5)
-
►
2011
(346)
- ► July 31 - August 7 (3)
- ► July 17 - July 24 (3)
- ► July 10 - July 17 (3)
- ► July 3 - July 10 (5)
- ► June 26 - July 3 (3)
- ► June 19 - June 26 (5)
- ► June 12 - June 19 (8)
- ► June 5 - June 12 (6)
- ► May 22 - May 29 (2)
- ► May 15 - May 22 (3)
- ► May 8 - May 15 (4)
- ► May 1 - May 8 (6)
- ► April 24 - May 1 (4)
- ► April 17 - April 24 (9)
- ► April 10 - April 17 (10)
- ► April 3 - April 10 (12)
- ► March 27 - April 3 (8)
- ► March 20 - March 27 (6)
- ► March 13 - March 20 (2)
- ► March 6 - March 13 (18)
- ► February 27 - March 6 (18)
- ► January 30 - February 6 (18)
- ► January 23 - January 30 (18)
- ► January 16 - January 23 (34)
- ► January 9 - January 16 (15)
-
►
2010
(1018)
- ► October 31 - November 7 (27)
- ► October 24 - October 31 (36)
- ► October 17 - October 24 (32)
- ► October 10 - October 17 (36)
- ► October 3 - October 10 (20)
- ► August 29 - September 5 (33)
- ► August 22 - August 29 (59)
- ► August 15 - August 22 (33)
- ► August 8 - August 15 (37)
- ► August 1 - August 8 (46)
- ► July 25 - August 1 (46)
- ► July 18 - July 25 (50)
- ► July 11 - July 18 (43)
- ► July 4 - July 11 (28)
- ► June 27 - July 4 (34)
- ► June 20 - June 27 (15)
- ► June 13 - June 20 (22)
- ► June 6 - June 13 (44)
- ► May 30 - June 6 (34)
- ► May 23 - May 30 (27)
- ► May 16 - May 23 (20)
- ► May 9 - May 16 (21)
- ► May 2 - May 9 (2)
- ► April 11 - April 18 (2)
-
►
2009
(54)
- ► August 2 - August 9 (6)
- ► July 26 - August 2 (4)
- ► July 19 - July 26 (4)
- ► July 12 - July 19 (2)
- ► July 5 - July 12 (2)
- ► June 28 - July 5 (1)
- ► June 7 - June 14 (2)
- ► May 31 - June 7 (2)
- ► May 24 - May 31 (1)
- ► May 10 - May 17 (4)
-
►
2008
(13)
- ► June 8 - June 15 (1)
- ► June 1 - June 8 (1)
- ► May 11 - May 18 (1)
- ► May 4 - May 11 (1)
- ► April 27 - May 4 (1)
- ► April 13 - April 20 (1)
-
►
2007
(10)
- ► May 13 - May 20 (1)
- ► March 4 - March 11 (1)
-
►
2006
(18)
- ► July 23 - July 30 (1)
- ► May 14 - May 21 (1)
- ► May 7 - May 14 (1)
- ► April 2 - April 9 (1)
- ► March 26 - April 2 (1)
- ► March 19 - March 26 (2)
-
►
2005
(83)
- ► July 31 - August 7 (3)
- ► July 24 - July 31 (1)
- ► June 5 - June 12 (2)
- ► May 29 - June 5 (1)
- ► May 22 - May 29 (4)
- ► May 15 - May 22 (2)
- ► May 8 - May 15 (5)
- ► May 1 - May 8 (4)
- ► April 24 - May 1 (11)
- ► April 17 - April 24 (3)