Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 01, 2011

TAKKAN PERCAYA BULAT-BULAT? SOP TAKDE KE NAK MENGESAHKAN?

Kes Runtuhan Bumbung Stadium : Jurutera Perunding Didakwa
Ditulis oleh BERNAMA
31/01/2011   Share 



KUALA TERENGGANU 31 JAN :  Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan MizanZainal Abidin di Gong Badak di sini pada Jun 2009.

Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Jan 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Jan dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.  Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut  bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar  Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksayang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Hakim M.Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala  pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

No comments:

Cerita Dolu Dolu