Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 31, 2011

SELEPAS TENANG, LAGI PRU DALAM BANJIR?

Banjir Di Melaka Ragut Mangsa Pertama, 2,714 Mangsa Dipindahkan
MELAKA: Banjir di Melaka meragut mangsa pertama pada Isnin di Jasin sementara 2,714 mengsa dipindahkan di 26 pusat pemindahan di ketiga-tiga daerah di Melaka sehingga empat petang.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 616 keluarga di daerah Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Seramai 1,275 mangsa dari 330 keluarga dipindahkan di Jasin di 15 pusat pemindahanan, 1,390 mangsa dari 278 keluarga di Alor Gajah di 10 pusat pemindahan dan 49 mangsa dari lapan keluarga di Melaka Tengah di satu pusatpemindahan.
Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata, mangsa yang ditemui lemas ialah Yusry Mohd Yusof, 40, seorang pengawal keselamatan di Loji Air, KgChinchin, di Jasin.
"Mangsa dilaporkan terjatuh ke kolam itu pada pukul 10 pagi ini dan polis dengan bantuan orang ramai, pasukan bomba dan penyelamat menemui mayat mangsa pada kira-kira 1.30 tengahari," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, mangsa tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Asahan, Selandar, Batang Melaka, Tehel, Melaka Pindah dan Lipat Kajang.
"Mangsa mula dipindahkan ke pusat pemindahan sejak petang semalam dan malamtadi," katanya.
Menurut beliau, air di kawasan terbabit naik antara 0.2 meter hingga 0.4 meter ekoran hujan renyai dan kadang kala lebat yang turun di negeri ini sejak dua hari lepas.
Beliau berkata, kerajaan negeri telah membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam di Kota Cemerlang, Air Keroh di sini dan boleh menghubunginyadi talian 06-2333333.- BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu