Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 29, 2010

NASIB BAIK.... BOLEHLAH TUTUP KERUGIAN SIKIT....

Pemuda UMNO Kepong taja akhbar Utusan, Kosmo!


RIZUAN Abd. Hamid (tiga, kiri) menyerahkan replika cek penajaan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! kepada Mohd. Basir Abdul Rahim di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Pemuda UMNO Kepong akan menaja sebanyak 3,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk diagihkan di pusat-pusat komuniti sekitar Kepong selama setahun.
Akhbar tersebut akan diedarkan bermula Disember ini hingga November 2011 iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat.
Penyerahan replika cek tajaan berjumlah RM3,640 dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Kepong, Norizan Ali kepada Pengurus Kanan Pemasaran/Pengedaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Basir Abdul Rahim dalam satu majlis di Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, dekat sini semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Rizuan Abd. Hamid.
Norizan ketika ditemui berkata, akhbar itu akan diagihkan ke balai bomba berkenaan, Balai Polis Jinjang, Klinik Kesihatan Jinjang, Pejabat Pos Jinjang, Masjid Amaniah, Pusat Rekreasi Kepong dan Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cawangan Kepong.

"Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Kepong untuk mendedahkan masyarakat di sini yang kebanyakannya kaum Cina untuk membaca akhbar berbahasa Melayu.
"Inisiatif ini juga dapat membantu menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat," katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu