Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 09, 2010

APA LA HUSAM.... PERAK RANCANG DULU LA DINAR NI...

Kelantan sedia kerjasama dinar emas dengan Perak 


KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perak bagi memperkembangkan penggunaan dinar emas dan dirham perak di negeri itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya sedia membantu dan menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Perak yang mengumumkan ingin melaksanakan penggunaan dinar dan dirham baru-baru ini. 

“Kita akan bekerjasama jika dinar emas dan dirham perak yang akan dilaksanakan negeri itu nanti melaksanakan dinar yang betul (menepati piawaian antarabangsa yang sah),” katanya menjawab soalan Hanifa Ahmad (Pas-Pengkalan Pasir) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam. 

Dalam masa yang sama Husam berkata, pihaknya akan memperkembangkan penjualan dinar dan dirham yang dikeluarkan di Kelantan ke Selangor dan Terengganu dengan menggunakan ejen swasta yang disyaratkan perlu mempunyai modal RM500,000 bagi menjadi ejen. 

Husam berkata, Kerajaan Negeri sedang menunggu satu pelaburan daripada luar yang akan membuat pelaburan RM5 juta bagi membolehkan dinar emas dikeluarkan dengan lebih meluas. 

”Kita juga merancang untuk menubuhkan sebuah institusi simpanan atau wadiah yang bertujuan untuk menyimpan dinar kerana buat masa ini kita tidak mempunyai wadiah rasmi,” katanya. 

Menjawab satu soalan, Husam berkata, Kerajaan Negeri yakin terhadap kekukuhan emas dan perak berbanding penggunaan mata wang kertas kerana tiada mana-mana negara dapat memanipulasikan turun naik harga komoditi itu. 

Beliau juga menegaskan, ciri-cari keselamatan yang ada pada dinar dan dirham terpelihara dan sistem yang digunakan yang tercanggih di dunia bagi mengelak penipuan. 

“Kita juga mengharapkan kerjasama daripada polis. Polis juga jangan hanya memantau wang biasa sahaja,” katanya.

1 comment:

cicit ngah layor said...

Dinar emas Kelantan dah pon merebak sampai keperingkat antarabangser,Perak baghu nak merancang.Itu pon nak bercakap juger kononnyer Kelantan ciplak idea komer.Kalau tak bercakap bulih tak?

Cerita Dolu Dolu