Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 19, 2010

#1: INI KES KAT SHAH ALAM.... HARAP SELESAI....


Isu kuil Seksyen 23 Shah Alam selesai, kata Exco Selangor

October 19, 2010
KUALA LUMPUR, 19 Okt — Selepas lebih setahun kontroversi pemindahan kuil di Seksyen 23  Shah Alam, kerajaan negeri Selangor menganggap isu tersebut kini sudah selesai dengan keputusan terbaru untuk menempatkan rumah ibadat itu di lokasi perindustrian - mengambil kira kepentingan semua pihak.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pengurusan kuil Sri Maha Mariaman.
“Dalam mesyuarat yang diadakan hari ini, kita telah membuat keputusan bahawa kuil tersebut akan dipindahkan ke Seksyen 23.
“Pihak pengurusan kuil juga telah bersetuju dengan keputusan ini dan kita harap semua pihak termasuk penduduk di Seksyen 19 dapat menerima keputusan ini,” kata beliau kepadaThe Malaysian Insider.
Pada September tahun lalu keputusan kerajaan Selangor yang mahu mengalihkan kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang majoriti penduduknya beragama Islam membantah keputusan tersebut.
Sebaliknya, mereka mahu supaya tapak kuil itu dialihkan ke kawasan tapak cadangan asal iaitu di Seksyen 22.
“Kita sudah buat keputusan ini, pembinaan kuil tersebut di Seksyen 23 akan dijalankan awal bulan depan dan kita jangka ia akan siap awal Disember.
“Malah penyerahan kuil tersebut juga akan dibuat pada Disember. Saya juga harap pembinaan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan,” kata Rodziah.
Tambah beliau, satu pertemuan dengan penduduk Seksyen 19 akan diadakan bagi menjelaskan kepada mereka tentang keputusan tersebut.
“Kita akan terangkan kepada penduduk di sana (Seksyen 19).
“Ini penting supaya mereka tahu apa status dalam isu ini (kuil),” kata Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga.
The Malaysian Insider difahamkan pembinaan kuil tersebut dibina di kawasan perindustrian di Seksyen 23 bukan berdekatan kawasan perumahan.
Sebelum ini keputusan yang diambil kerajaan negeri itu mendapat bantahan penduduk setempat, malah mereka juga menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan di kalangan penganut agama lain dengan membawa kepala lembu sebagai bantahan membantah pembinaan kuil tersebut di Seksyen 23.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata keputusan itu adalah jalan terbaik memandangkan kuil tersebut terletak kira-kira setengah kilometer dari kawasan perumahan yang terdekat.
“Kuil itu akan dibina di kawasan perindustrian di Seksyen 23, bukan di kawasan perumahan. Jadi semua kena tahu dengan jelas tentang perkara ini.
“Saya harap keputusan yang dibuat ini tidak akan menimbulkan salah faham. Bagi saya ia telah selesai,” katanya.
Julai lalu, seorang dipenjara seminggu dan didenda RM3,000 berhubung kesalahan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan ‘kepala lembu’ membantah pembinaan kuil di Seksyen itu manakala seorang lagi tertuduh dikenakan denda RM3,000 manakala empat yang lain dilepaskan.
Mereka sebahagian daripada 12 lelaki yang dikenakan tuduhan berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan tunjuk perasaan itu yang diadakan Ogos lalu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bangunan SUK) dengan membawa kepala lembu.

No comments:

Cerita Dolu Dolu