Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 03, 2010

Sukarelawan Malaysia Ditawan Israel Akan Disambut Sebagai Wira

MAHAZA KATA: Setuju mereka ini disambut sebagai wira dan diharap tidak mematahkan semangat para sukarelawan atau yang hendak jadi sukarelawan (aku pun nak ikut gak tapi.......) Cuma harap-harap janganlah pulak tetiba sebabkan ini ada yang diberi penghargaan DATO? TAN SRI? DATO SERI? lah pulak.... Paham aje lah kat Malaysia ni, sebut penghargaan jer... DATO'....... Jadik cover line untuk melupakan kekejaman PUAK ZIONIS pulak nanti......

PETALING JAYA: Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang dibebaskan hari ini selepas dipenjarakan tentera rejim Zionis akan disambut sebagai wira apabila mereka pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis Projek LifeLine4Gaza (CMT), Zulkifli Mohd Nani berkata, satu upacara sambutan besar-besaran akan diadakan bagi meraikan pembebasan dan kpulangan mereka kelak.

"Mereka adalah wira negara, malah dengan insiden ini kita berazam menghantar lebih ramai lagi aktivis dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas Yahudi di sana.

ZULKIFLI MOHD. NANI
"Kejadian ini tidak mematahkan semangat kita untuk terus berjuang membantu mereka," tegas beliau kepada mStar Online di sini hari ini.

Seramai 12 sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang Israel kini selamat dan berada di Amman, Jordan.

Rombongan itu diiringi Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz and pegawai kedutaan yang lain.

Kesemua sukarelawan terbabit dilepaskan pasukan pertahanan Israel dengan hanya sehelai sepinggang dan tidak mempunyai pasport selain peralatan seperti telefon bimbit dan kamera tidak dikembalikan selepas dirampas.

Mereka ialah Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad (Haluan Palestin), Al-Hami Husain Suhaimi (Haluan Palestin)Mohd Nizam bin Mohd Awang (Haluan Palestin), Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal Malaysia).

Sukarelawan lain ialah Dr. Selamat Aliman (Jemaah Islah Malaysia), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Mustafa Mansur (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia), Ashwad Ismail (wartawan Astro Awani) dan Shamsul Kamal Abdul Latip (jurukamera Astro).

Ditanya mengenai tarikh sebenar kesemua mereka berangkat dari Jordan, Zulkifli memberitahu pihaknya masih belum mempunyai maklumat mengenainya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu