Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 03, 2005

AKADEMI FANTASIA DAN AZNIL


Akademi Fantasia 3 bakal berakhir dengan kemuncak Konsert Final pada 6 Ogos 2005 di Stadium Malawati, Shah Alam. Siapa pemenangnya? Pengundi/peminat menentukan. Walaubagaimanapun, bekas pelajar Akademi ini akan popular tetapi sejauh mana popularity mereka tidak dapat dijangkakan kerana jika dilihat dari AF1 dan AF2 berbagai keadaan telah berlaku. Pelajar yang dianggap berbakat hilang entah kemana dsbnya.
Terpanggil untuk menulis berkaitan Aznil. Aznil merupakan sinonim dengan AF dan pengacara dari AF1 hingga sekarang dan mungkin juga Af4, AF5 dan seterusnya. Apa yang menjadi kegusaran adalah tuturkata Aznil didalam mengacarakan konsert tersebut. Rasanya ramai pihak bersetuju bahawa AF telah merubah sedikit tempo cara hidup kebanyakan rakyat Malaysia. Berkumpul beramai-ramai dihadapan televisyen pada hari Sabtu jam 8:30 untuk menonton konsert AF. Mungkin tidak banyak rancangan TV yang disajikan menarik minat seluruh isi keluarga hingga ke masa siaran yang lewat.
Selain dari skrip (kalau ada skrip) yang cuba memasangkan antara pelajar, perkataan yang Aznil gunakan agak mengejutkan dan kadang kala tidak sesuai untuk tontonan umum (AF bukan rated 18SG rasanya). Penggunaan perkataan 'double meaning' - seperti sebelum persembahan Akma - belum kahwin? ngak ada yang cocok? Nanti kalau ada yang cocok kahwin ya! atau pun perkataan 'kemut' rasanya amatlah tidak sesuai sekali.
Semasa konsert tersebut, anak saya bertanya apa makna 'kemut' tu? Apa nak jawab? Biarkan ia berlalu sahajalah. Itu belum lagi sindiran sindiran panas yang di keluarkan.
Harapnya Aznil ni berubah lah (fikirkan market/penonton). Meminjam kata kawan saya " Aku banned AF sebab Aznil". Should I follow suit?

3 comments:

Anonymous said...

YESSSSSSSSSSSSSSSSS!!!
yan dah lame nak war2kan satu malaysia..
AFBUANG AZNIL.......AFBUANG KUDSIA..

Dah bosan 3 tahun tengok derang.... syuhhh syuhhhhhh
menyampah!

Anonymous said...

kudsia dah confirm, aznil? sapa nak ganti fahrin?

Anonymous said...

Kalau diberi peluang... boleh jek fahrin tu....
nak happening... dan kelako manjang... boleh panggey apek..
nak suasana yg ceria.... jimmypun boleh.. gatal si jimmy tupun leh tahan..hehe

Cerita Dolu Dolu