Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 26, 2005

Kes Murtad

Petikan dari MALAYSIAKINI.
50,000 remaja Melayu mohon murtad?
Rozmal MalakanMay 25, 05 1:14pm
Baru-baru ini, seorang ustaz dari Jabatan Agama Islam di salah sebuah negeri di Malaysia, telah menyampaikan ceramah di Seremban mengenai Maulidur Rasul. Beliau menceritakan di kala umat Islam di Malaysia sedang meraikan Maulidur Rasul, pada masa yang sama, beliau mendakwa 50,000 remaja Melayu di Lembah Klang sedang membuat permohonan untuk murtad. Kes-kes murtad sebelum ini dianggap satu kes yang sensitif di mana ianya tidak dibincang secara terbuka dan statistiknya tidak didedahkan kepada umum. Mengapakah isu murtad ini tidak dibincang dengan fikiran yang terbuka di kalangan umat Islam? selanjutnya
Kalau dilihat dari artikel artikel dalam Malaysiakini semenjak kejadian JAWI serbu Zouk, banyak artikel mempertikaikan tindakan JAWI. Sebagai pihak yang melaksanakan ta'zir, tak dapat dinafikan JAWI kena belajar cara bagaimana untuk melaksanakan Amal Makruf Nahi Munkar. Saya petik komen pengalaman seorang rakan
"Pengalaman aku.The Mines.3-4 tahun. Lepas tgk midnight ngan ****, isteri aku. Aku tgh jalan lepas tgk wayang, siap pegang2 tangan ISTERI yang halal. Ade sorang mamat ni, duduk tengah2 jalan, terus maki aku, "Hoi, ape pegang2 tangan nih." Aku buat2 tak dengar, dia maki lagi "Mana boleh pegang2 tangan! Tengok IC." Aku dah panas hati.. lepas tu, baru dia cakap dia org JAWI, dia mintak IC. Aku tak bagi. Dia marah. Dia kata "mana boleh pegang2 tangan bukan muhrim." Aku kata "ini isteri aku, tangan isteri sendiri tak boleh pegang ke?" Time tu, aku dah naik darah dah. **** tarik aku pegi, kalau tidak memang dah bertumbuk dah.
Itu lah contoh org JAWI nak cegah amal? Salam tak bagi. Tak berhemah. Kurang ajar. Sape nak respek Jawi?"
Berkaitan dengan tajuk artikel ini, apabila meneliti beberapa kolum/surat di dalam MalaysiaKini, agak mengusarkan kerana banyak yang bukan setakat mempertikaikan tindakan JAWI tetapi sehingga pada saya mempersoalkan landasan AlQuran atau cubaan mereka yang hendak menegakkan hukum Al Quran. Kalau kita rujuk koleksi hadith yang dibangunkan oleh JAKIM kita tak jumpa hadith berkaitan murtad. Cuma satu berkaitan syirik. Cuba pula kita rujuk kepada sini amat berbeda sekali.
Isu murtad bukanlah isu baru. Ianya telah dibincangkan secara terbuka dalam banyak ceramah-ceramah sayangnya ia tidak dikembangkan atas alasan isu ini isu sensitif. Bagaimana isu tersebut yang memang sensitif kepada umat Islam tidak diberitahu kepada ramai? Kenapa hendak di'sorok'. Permasaalahan murtad di Malaysia atas sebab asas. Kurangnya pemahaman dan terhalangnya sebaran berkaitan Islam kepada umatnya sendiri kecuali yang menurut acuan dan dasar politik. Sedih apabila ada pihak yang dipertanggungjawabkan di Jabatan Agama Islam masih menjadikan POLITIK sebagai asas untuk penceramah dan bukan ilmu itu sendiri. Hasilnya, ahli politik, bukan Islam dan sekarang artis pun boleh mengulas hukum Islam menurut kehendak diri sendiri.
Semoga diri ini dan ahli keluarga dijauhi dari bala bencana ini.
Dalam situasi begini apa yang harus kita lakukan?

Dari Abdullah:
Rasulullah bersabda, " Kamu akan melihat sesudahku, mementingkan diri (pada sesetengah pihak) dan juga perkara yang tidak kamu setujui. Kami bertanya "Apa harus kami lakukan, ya Rasulullah (bila ia berlaku)" Rasullah bersabda "Penuhi hak mereka (kepada pemerintah) dan mintalah hak kamu dari Allah SWT" Sahih Bukhari - bahagian kesukaran dan hari akhirat.

No comments:

Cerita Dolu Dolu