Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, April 20, 2012

ADAKAH INI SATU ANTARA BERIBU? IC UNDI?

IC di bawah adalah salah satu contoh IC yang meragukan yang dibawa keluar oleh rakan-rakan di FB. 
Maklumat yang meragukan adalah : 
1. Tarikh Luput (Di tulis Trkh Luput)
2. Alamat : Seperti tertera di peta yang disertakan, tiada Lorong 8 di Kg Kubu Gajah kecuali di Kg Merbau Sempak.
3. Gambar menunjukkan ciri-ciri Nepal atau Vietnam.

Saya harap pihak terbabit malakukan siasatan kerana nampak jelas berlakunya pemalsuan NRIC yang boleh membahayakan keselamatan negara. Adakah ini antara yang dikatakan ciri-ciri pengundi hantu? Tiada dalam rekod Data Nama Pemilih SPR jadi pada saya mungkin tidak (juga mungkin ya)

NOTA kaki : IC ada tarikh luput? Jika ini dikeluarkan oleh JPN amatlah membimbangkan. Anak saya baru memperbaharui ICnya. Dahulu dukatakan semua warganegara perlu memperbaharui IC dengan cip berciri keselamatan lebih baik dan boleh siap dalam tempoh 2 jam sahaja. Malangnya semasa pergi buat IC dikatakan ada masalah dan akan mengambil masa 10 hari. Selepas 10 hari pergi ke JPN dikatakan perlu check semula selpas Julai 2011 kerana belum siap dan ada maslah peralatan di JPN HQ. Huh??? Jawapan penuh kecurigaan




Thursday, April 19, 2012

SPR AKAN BERI TEMPOH MASA KEMPEN SELAMA - 11 HARI. OK?


Tidak perlu tempoh kempen lama jika semua parti mendapat akses untuk berkempen di saluran radio/TV secara sama rata dan memaklumkan manifesto parti masing-masing. 
SPR Setuju Syor Tempoh Berkempen PRU-13 Tidak Kurang Daripada 10 Hari
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan syor supaya tempoh berkempen untuk pilihan raya umum ke-13 adalah tidak kurang dari 10 hari.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat khas SPR pada Rabu mengenai setiap syor Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP).
"Mesyuarat turut menerima supaya proses pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota SPR dikaji semula secara teliti untuk memberi keyakinan bahawa badan itu benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif dan Legislatif," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Beliau berkata, pihaknya juga bersetuju penstrukturan semula badan itu dilaksana dengan memberi kuasa perundangan sewajarnya.
Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR menyambut baik usaha memperkasa kedudukanbadan itu di sisi perundangan serta kedudukan struktur fungsi SPR sebagai sebuahbadan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pilihan raya.
Dalam kajian penambahbaikan itu, beliau berkata, sebanyak 22 syor telah dikemukakan untuk dikaji dan diambil tindakan mengikut kesesuaian dan keupayaan.
Tujuh daripada 10 syor akan dilaksanakan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota tentera dan polis, pembersihan daftar pemilih, memansuhkan proses bantahan terhadap kertas pencalonan pada hari penamaan calon dan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos.
Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengambil segala tindakan yang perlu secara berterusan bagi memastikan Daftar Pemilih yang bersih sebagaimana yang disyorkan JPKP.
"SPR juga bersetuju untuk bekerjasama secara berterusan dengan agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Mimos dalam usaha membersihkan Daftar Pemilih," katanya.
Beliau berkata, untuk pembersihan secara berterusan, SPR akan menjalankan urusan itu berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Mengenai cadangan agar ditubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengawasipelaksanaan kerja SPR dan urusan berkaitan daftar pemilih, Abdul Aziz berkata, iabercanggah dengan kedudukan dan kebebasan SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Manakala berhubung cadangan pendaftaran secara automatik pula, Abdul Aziz berkata, SPR perlu membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
"SPR sebagai sebuah badan bebas bertanggungjawab melaksanakan fungsi dantanggungjawabnya berdasarkan tiga fungsi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab itu secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya," katanya. - BERNAMA

TAKDE ROADBLOCK, TAKDE RAMPAS BAJU ATAU JUMPA PARANG BARU PERCAYA.


Bersih 3.0 Bukan Satu Ancaman Keselamatan - Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 28 April ini bukan satu ancaman keselamatan dan ia tidak akan menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menanganinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Tetapi jika penunjuk perasaan melakukan sesuatu yang lebih, jangan salahkan pihak polis,” katanya, sambil menambah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyelia demonstrasi itu.
“Ia bukan menjadi isu keselamatan, ia adalah lebih kepada politik dan kita akan berurusan dengan mereka, menggunakan cara yang sama (politik),” katanya, menambah bahawa ia tidak melihat perkara tersebut sebagai satu masalah.
“Ia hanyalah sekumpulan mereka yang mahu menjadikannya sesuatu isu seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pilihan raya, Parlimen, demokrasi dan kilang memproses nadir bumi Lynas dalam satu perhimpunan yang besar,” katanya.
Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan mesyuarat agung tahunan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia di sini, Khamis.
Beliau berkata, polis akan menjadi progresif apabila mahu mengendalikan penunjuk perasaan.
Beliau berkata, demonstrasi segera kini menjadi satu budaya di seluruh dunia, ia bergantung pada polis tempatan untuk mengendalikannya secara baik dengan cara yang progresif.

Wednesday, April 18, 2012

KALAU BENDERA KENA WAYAR DAN KOMUTER BERHENTI?


Saya amat tidak bersetuju dengan cadangan dan gesaan Pemuda PAS. Stesen Komuter serta mana-mana stesen pun adalah tempat awam yang tidak sepatutnya dijadikan kawasan perang bendera/poster dan seumpamanya. Tiada bezanya jika parti menaikkan bendera di masjid/surau jadi kenapa harus mengikut cara BN yang nampak terdesak? Walau bagaimanapun seperti pengerusi persatuan pekerja KTMB yang hendak menyiasat disamping tidak bersetuju dengan cadangan BN tersebut harus ada garis panduan yang lebih baik dalam memelihara tempat-tempat awam dari dicerobohi oleh mana-mana parti sebagai tempat promosi parti politik.
Harapnya tiadalah pula bendera yang terbang dan tersangkut diwayar letrik hingga menyebabkan komuter tergendala. Komuter dahlah tak 100% efficient lagi. Jika berlaku adakah tuan punya bendera parti akan bertanggungjawab?

PAS juga akan naikkan bendera di stesen Komuter
Pemuda PAS hari ini menggesa seluruh penyokong dan anggota Pakatan Rakyat untuk menaikkan bendera mereka di seluruh 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Selangor sebagai reaksi atas tindakan sama di pihak BN.


Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, bagi membuktikan keterbukaan dalam demokrasi, KTMB juga mesti memastikan bendera parti gabungan Pakatan terus dikibarkan dan memeliharanya daripada sabotaj.



"Pemuda PAS mengingatkan, stesen Komuter KTMB adalah milik awam. Tidak wajar hanya bendera BN sahaja dibenarkan dipasang, sebaliknya bendera Pakatan ditegah.



"Stesen komuter perlu dijadikan kawasan yang bebas kepada mana-mana parti politik untuk menggantung bendera masing-masing," katanya.

PEMERINTAH JATUH BILA ANAK MUDA MULA BUKA MATA

Dengarilah hati anak muda. Berapa banyak pemerintah di dunia gugur satu demi satu apabila anak muda mula berhimpun membantah kebobrokan pemerintah. Anak muda yang berhimpun membantah ini adalah anak muda yang kecewa dengan pemerintah dan mereka juga bukan anak muda yang menyukai perkara lagho. Mereka tidak akan mudah disogok danmereka pada satu masa nati akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara kerana tiada siapa akan menongkat langit. Hampiri mereka, dengari isi hati mereka, didiklah mereka.

Pak Samad : Umno-BN Tidak Mampu Sekat Bersih 3.0


KUALA LUMPUR 18 APR : Rakyat secara menyeluruh akan turun menentang rejim zalim Umno-BN walau apapun halangan yang kerajaan itu cuba adakan bagi menyekat kemaraan rakyat.
Sasterawan Negara, A. Samad Said yang juga orang kuat di sebalik gerakan Bersih 3.0 berkata, rakyat tanpa mengira kedudukan dan darjat hari ini sudah bijak menilai dan berani untuk menentang serta membantah.
“Hari ini kita dapat melihat seorang sasterawan berdiri di kalangan rakyat, berdiri di depan untuk menuntut keadilan.
“Hari ini juga kita mendengar mantan tentera berikrar untuk bersama kita menentang kezaliman, golongan anak muda dan mahasiswa malah kita juga ada ahli Umno yang akan bersama kita pada himpunan 28 April nanti,” ucap penulis dan penyajak tersohor ini.
Beliau, yang mesra dengan panggilan Pak Samad, berucap di dalam Himpunan Pra Bersih 3.0 di Padang Kelab Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menghadiahkan mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka dua ‘sleeping bag’ bagi menyatakan sokongan terhadap mereka.
“Ia juga merupakan simbolik untuk mereka tidur dan menikmati mimpi-mimpi yang indah dan semoga mimpi indah itu menjadi nyata.
“Jangan bimbang jika khemah diroboh dan dirabak kerana ada yang akan bagi duit untuk mereka membeli khemah baru untuk didirikan,” ujar Pak Samad di hadapan lebih seribu hadirin.
Sekumpulan aktivis mahasiswa sudah empat malam berkhemah bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka.
Perkhemahan itu adalah lanjutan himpunan mereka di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Selain Pak Samad, majlis himpunan malam tadi turut dihadiri wakil pimpinan dan wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain seperti Mohamad Sabu, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, Elizabeth Wong, Teresa Kok, Maria Chin dan Haris Ibrahim.

Cerita Dolu Dolu