Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, March 05, 2012

ADA LEMBU TAKDE TEMPAT, ADA TEMPAT UNTUK LEMBU TAKDE LEMBU

MB Selangor arah JPV alih ladang ternakan ke 'kawasan tertib'
NURULFATIHA MUAH
5 Mac 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor meningkatkan usaha menangani masalah kewujudan ladang ternak di kawasan-kawasan bandar khususnya berhampiran taman perumahan.

Beliau berkata, ladang ternakan tidak boleh ditempatkan di kawasan majlis perbandaran yang sudah dibangunkan dengan pangsapuri atau kediaman komersial untuk mengelak perselisihan antara pemilik hartanah serta penternak.
 
“Usaha yang dilakukan oleh JPV mengalih penempatan penternakan ke satu tempat teratur dan tertib melibatkan tanah seluas 100 ekar di Hulu Selangor yang telah kita buka sebelum ini wajar dipuji.
 
“Saya tahu banyak masalah melibatkan penternak tidak mahu pindah, manakala penduduk kawasan berhampiran penternakan merasakan ketenteraman mereka diganggu,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.
 
Hadir sama, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari dan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Dr Abdul Latif Borhan.
 
Abdul Khalid turut meminta JPV memantau kawasan di Bukit Tinggi, Klang yang dikatakan banyak lembu berkeliaran, sambil berseloroh "kita takut lembu melawat pasar raya kelak."

“Saya difahamkan, kes lembu berkeliaran di Petaling Jaya dalam proses untuk diselesaikan, tetapi di Bukit Tinggi masih lagi terdapat lembu berkeliaran. Sebab itulah saya harap usaha ini (tangani masalah pertembungan penempatan) dapat diteruskan JPV,” katanya.

Sementara itu, Abdul Latif berkata, JPV merancang untuk membangunkan lebih banyak tapak translokasi sekiranya mempunyai tanah dan peruntukan.

“Dengan menggunakan tanah ladang sedia ada dan bajet terhad, JPV telah membangunkan sembilan tapak projek ternakan yang baru di Hulu Selangor bagi program translokasi penternak.

“Kini, JPV memberi fokus ke arah memperbaiki operasi penternakan yang dijalankan sebilangan masyarakat di kawasan kampung atau belakang rumah secara kecil-kecilan untuk mengurangkan masalah pencemaran dan gangguan,” katanya.

Pada majlis itu, Abdul Khalid turut mengingatkan semua jabatan tentang kepentingan kredibiliti dalam pentadbiran dan organisasi untuk meraih kepercayaan masyarakat.

Wednesday, February 29, 2012

TAHNIAH MAWI & EKIN. NAMA ANAK SALEHA KE?

Mawi, Ekin dapat anak perempuan
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Februari 2012
Mawi, Ekin dapat anak perempuan
Impian penyanyi Mawi dan isterinya, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat menimang cahaya mata akhirnya termakbul, apabila Ekin selamat melahirkan seorang bayi perempuan jam 4 pagi, semalam.

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama dan perkara itu disahkan oleh pengurus Mawi, menerusi sebuah portal berita.

Bagaimanapun, Mawi dan Ekin masih tidak dapat dihubungi (ketika berita ini ditulis). Pasangan yang bernikah pada 21 Disember ini, pernah kecewa setelah Ekin mengalami dua kali keguguran.

Monday, February 27, 2012

Kenapa ABU? Ini penjelasannya. Mudharat yang lain kemudian kita uruskan

Pemimpin ingkar perintah Allah perlu ditukar

Aziz Muda,27 Feb 2012
AMPANG, 27 Feb: Pemimpin yang ingkar kepada Allah dengan tidak melaksanakan perintah Allah ke atasnya dan terhadap sistem pemerintahannya, tidak perlu diberikan pertimbangan lebih jauh lagi, melainkan perlu ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya. 

Sekiranya pertukaran itu tidak dilakukan, ia pasti akan merosakkan sesebuah negara dan rakyatnya sehingga akan menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan dalam pelbagai aspek dalam negara terbabit. 

Pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemimpin yang ingkar kepada Allah berbeza kedudukannya dengan pemimpin yang lembap atau 'slow'.

Menurutnya, pemimpin yang lembap, kurang bijak, kurang kecekapan, bertindak perlahan untuk kemajuan dan kebaikan negara atau negeri, tidak perlu ditukar. 

Katanya, sebaliknya bagi pemimpin lembap, mereka hanya perlu dibaiki agar berubah ke arah kebaikan bagi kepentingan agama,  tanah air dan seluruh rakyatnya.

"Keadaan itu samalah juga dengan kedudukan seseorang imam. Makmum memang kena ikut imam. Kalau imam itu baca perlahan, baca surah panjang-panjang, sabar sajalah. Tak perlulah tukar imam itu. 

"Kalau tak setuju dengan imam itu, pergi sajalah ke masjid atau surau lain," katanya ketika menjawab soalan peserta sama ada dalam konteks kepimpinan, perlu tukar pemimpin atau ubah pemimpin, pada program Bersama Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda PAS Terengganu di De Palma Hotel Ampang, dekat sini, semalam.   

Bagaimanapun, menurutnya, sekiranya seseorang imam itu merosakkan rukun sembahyang, imam tersebut perlu ditukarkan dengan imam lain yang lebih baik daripadanya. 

Katanya, begitu juga kedudukannya dengan imam yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, imam itu juga bukan lagi perlu diubah tetapi perlu ditukarkan dengan imam lain dengan segera. 

"Perkara itu samalah juga dengan seseorang pemimpin yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan perintah Allah dalam sistem pemerintahannya. 

"Pemimpin seperti itu jika tidak ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya pasti akan lebih merosakkan lagi negara dan rakyatnya sehingga akhirnya akan menyebabkan negara itu musnah," tegasnya. 

Tugas menukar pemimpin yang tidak baik kepada yang lebih baik, tambahnya, tidak boleh dipandang ringan oleh setiap umat Islam kerana ia mempunyai kaitan secara langsung dengan tuntutan Allah ke atas setiap umat Islam agar sentiasa mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.  

Selain dari itu, pemimpin seperti itu juga perlu dibantu oleh sesama umat Islam lain demi kepentingan pemimpin itu sendiri dengan diberikan nasihat dan teguran kepadanya agar insaf dan bertaubat kepada Allah.

"Cara untuk memberikan nasihat dan teguran kepada pemimpin yang seperti itu adalah dengan menukarkannya dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya. 

"Setelah kuasa tiada lagi di tangannya, barulah dia akan sedar dengan kesilapan dan kejahatannya sendiri selama ini. Dengan itu, barulah dia akan insaf dan bertaubat kepada Allah," tegasnya. 

Begitu juga halnya dengan pemandu yang mabuk, tambahnya lagi, yang bukan sahaja perlu ditukar segera dengan pemandu lain yang lebih baik daripadanya bagi kepentingan nyawa orang lain, tetapi juga untuk menegurnya supaya sedar dengan kesilapannya sendiri.

Monday, February 20, 2012

DS NAJIB CAKAP JANGAN UNDI BN

Pilih Parti Martabatkan Islam - PM
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar dapat memartabat dan menjamin kesucian agama Islam, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Selain itu Perdana Menteri berkata, umat Islam kini berada dalam persimpangan untuk memilih parti politik yang boleh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menggadaikan Islam dan seterusnya menguntungkan pihak lain.
"Kalau orang Cina sudah ada debat mengenai political crossroads (persimpangan politik), saya kira orang Islam pun ada persimpangan juga.
"Kita nak pilih yang mana satu? Yang kita mesti pilih itu ialah siapa yang dapat memberi jaminan untuk memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan di sini, Ahad.
Dalam pada itu Najib juga mengingatkan kepada umat Islam agar tidak terpedaya memilih pembangkang kerana gabungan mereka tidak mempunyai persefahaman dalam pelbagai perkara.
Tanpa menyebut mana-mana komponen parti pembangkang tertentu Najib berkata, undi yang diberikan kepada parti pembangkang tersebut sebenarnya hanya akan menguntungkan parti lain yang lebih dominan dalam pakatan pembangkang.
"Bila ada parti politik sudah tidur sebantal dengan parti politik yang lain, walaupun mimpi mereka lain-lain...tapi mereka sudah berkhalwat, sudah tidur dalam satu bilik, tidur atas satu bantal.
"Jadi bila kita undi parti itu, yang untung orang yang tidur sebantal dengan dia. Kesimpulannya undi untuk puak ini kesudahnnya akan menguntungkan orang yang dia tidur bersama itu," katanya.

Friday, February 17, 2012

JIKA ISLAM TERBELA, SEMUA TERBELA - JATI YANG TAK JATI

Pemimpin politik harus henti guna agama demi kepentingan peribadi, kata Dr Asri

February 17, 2012
KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd  Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu “memisahkan” agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati.
Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.
“Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.
“Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama,” katanya.
Jelas beliau (gambar), sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu.

“Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia. 
“Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi,” katanya.
Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai “mangsa” dan “alat” untuk tujuan peribadi.
“Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan.
“Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama,” katanya.
Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.
“Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja.
“Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?” katanya.
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan “Jati” untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Cerita Dolu Dolu