Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, September 09, 2011

KALAU NAK LANTIK MANAGER KENA UKUR SAIZ OTAK DIA DULU


Managers have larger brain: Study

CANBERRA: Managing other people at work triggers structural changes in the brain, protecting its memory and learning centre well into old age, an Australian study revealed on Friday.
University of New South Wales (UNSW) researchers have, for the first time, identified a clear link between managerial experience throughout a person's working life, and the integrity and larger size of an individual's hippocampus (the area of the brain responsible for learning and memory) at the age of 80, reports China's news agency Xinhua.
"We found a clear relationship between the number of employees a person may have supervised or been responsible for and the size of the hippocampus," Dr Michael Valenzuela, leader of Regenerative Neuroscience in UNSW's School of Psychiatry, said in a statement released on Friday.
"This could be linked to the unique mental demands of managing people, which requires continuous problem solving, short term memory and a lot of emotional intelligence, such as the ability to put yourself in another person's shoes. Over time this could translate into the structural brain changes we observed."
The findings confirm that staying mentally active promotes brain health, potentially warding off neurodegenerative diseases such as Alzheimer's.
Using MRI imagery in a cohort of 75-92-year-olds, researchers found larger hippocampal volumes in those with managerial experience compared to those without. The effect was also seen in women who had taken on managerial roles in nursing or teaching, for example.
The study was presented at this week's Brain Sciences UNSW symposium Brain Plasticity: The Adaptable Brain, held in Australia. - Bernama

APABILA SEMUANYA BOLEH ATAS NAMA AGAMA


Khalid Samad Gesa JAIS, MAIS Dedahkan Intipati Perbincangan Dengan NGO Islam
KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan mereka dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang didakwa cuba menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid mendakwa, Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa telah mengakui mengenai pertemuan rasmi yang berlangsung itu adalah untuk membincangkan masalah umat Islam dalam isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Namun beliau menegaskan sekiranya pertemuan tersebut adalah mesyuarat rasmi maka Azib selaku pengerusi MAIS perlu mendedahkan maklumat mengenainya bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
"Pengerusi MAIS mengaku pertemuan rasmi itu bukan untuk menyerang Menteri Besar tetapi membincangkan masalah umat Islam dan isu DUMC.
"Kalau rasmi perlu kemukakan siapa yang jemput, kenapa dijemput dan apa agendanya? Jika pertemuan itu tidak rasmi jelaskan kenapa JAIS ada dan peguam dari pejabat peguam negara turut hadir," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Khamis.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut mendakwa satu memorandum telah dihasilkan daripada pertemuan yang dianjurkan itu.
"Jika benar mereka tidak berniat jahat, kenapa JAIS-MAIS panggil NGO Islam tentang isu DUMC tapi laporan lengkap sehingga hari ini belum dikemukakan kepada Menteri Besar.
"Sikap JAIS-MAIS ini membelakangkan kerajaan negeri seolah-olah Exco agama tidak wujud. Mereka tidak iktiraf Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri," katanya lagi.
Dalam entri terbaru blognya pada Rabu, Khalid mendakwa ada pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan NGO untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor ekoran kes serbuan ke atas DUMC pada 3 Ogos lalu.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam mendakwa pertemuan beberapa NGO Islam bersama JAIS dan MAIS serta wakil daripada Pejabat Peguam Negara telah menghasilkan satu memorandum untuk menjatuhkan Abdul Khalid selaku Menteri Besar Selangor.
Pada 3 Ogos lalu penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Isu tersebut menjadi kecoh apabila Abdul Khalid campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Wednesday, August 31, 2011

PERLUKAH WANG RAKYAT DIHABISKAN SEBEGINI?


Untuk DS Rais. Rakyat berpusu-pusu ke rumah terbuka sebab dapat makan free terutama yang tidak merayakan Eid bukan nak pergi melawat saudara-mara. Dorang tu pergi makan duit rakyat bukan duit poket Pak Menteri macam rakyat marhaen buat rumah terbuka. Rumah terbuka MB Selangor pun ramai gak orang pergi, jadi kalau ikut falsampah DS Rais, BN TAKDE harapan nak rampas Selangor.
Rumah Terbuka Aidilfitri Di Pulau Pinang Tiada Motif Politik - Rais
PUTRAJAYA: Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2011 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 11 September ini tidak mempunyai sebarang motif politik, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata program adalah landasan untuk menyatukan rakyat Malaysia serta menghargai gagasan 1Malaysia.
"Perayaan ini akan kita tunjukkan sebagai penaut kepada jurang dan kita tidak akan mengadakan ini untuk tujuan siasah politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana disini.
Beliau berkata Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah kerana negeri itu belum pernah menganjurkan sambutan seperti itu secara besar-besaran berbanding negeri-negeri jiran seperti Kedah, Perlis dan Perak.
Katanya, semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dijangka menarik tidak kurang 20,000 pengunjung.
Mengenai majlis rumah terbuka di Seri Perdana, Selasa, beliau berkata kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus sejak pukul 11 pagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri.
Selain itu, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin parti pembangkang jelas menunjukkan penonjolan budaya bermuhibah semasa sambutan Hari Raya dan sambutan kemerdekaan ke-54 tanpa mengira ideologi politik. - BERNAMA

BILA MALAYSIA NAK LAKSANAKAN SISTEM YANG SAMA?


Menurut perlembagaan, ahli-ahli Parlimen hendaklah dipanggil untuk memilih Perdana Menteri selepas selesai Pilihanraya untuk dipersembahkan kepada Agong dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Jika ahli Parlimen memilih untuk memilih Perdana Menteri bukan dari parti yang mempunyai kerusi terbanyak pun tidak menjadi halangan dari segi Perlembagaan. Ianya menjadi amalan seperti di Jepun dan banyak negara di dunia. Menghairankan di Malaysia, ahli Parlimen tidak mengundi untuk memilih Perdana Menteri TETAPI sudah dijadikan kebiasaan, Presiden UMNO melantik dirinya sebagai Perdana Menteri dan 'menghantar' dirinya untuk diperkenankan oleh Agong. 

Noda elected PM by both houses of Diet
The new leader of the main governing Democratic Party, Yoshihiko Noda, has been elected Japan's 95th Prime Minister in both houses of the Diet.

The Lower and Upper Houses of the Diet voted to elect Noda on Tuesday afternoon. Noda was chosen as the new DPJ leader on Monday.

He succeeds Naoto Kan, who resigned earlier in the day.
Tuesday, August 30, 2011 14:22 +0900 (JST)

Friday, August 26, 2011

LAMA JUGA TAK UPDATE.

Lama sungguh rasanya tak update blog ini. Ada beberapa sebab kenapa tak dapat nak update. #1 Kesibukan kerana selain Ramadhan, Surau Al-Husna sudah dapat surau baru yang perlu sedikit penumpuan seperti kerja-kerja rencam - pemasangan karpet, penghawa dingin dan pelbagai. Sememangnya bulan Ramadhan bulan baraqah. Walaupun surau masih kekurangan dana untuk fasa #2 dan pelbagai peralatan tetapi sumbangan individu serta korporat telah melegakan kami di surau. Penghawa dingin contohnya berjumlah 7 kesemuanya yang 100% adalah sumbangan individu dan korporat. Karpet juga merupakan sumbangan individu. Ameen. Semoga mereka diberi balasan yang lumayan di Jannah. Kutipan derma juga paling tinggi berbanding tahun sebelum ini. Untuk 3 minggu sudah mencecah 70K. Alhamdulillah. Ada kebarangkalian pembinaan fasa #2 dapat dimulakan lebih awal dari jangkaan. Sila  masuk ke link FB yang disediakan untuk maklumat terkini Surau Al-Husna serta nombor akaun dan nombor untuk dihubungi.

#2 Sudah Last 10 bro, kena lah usaha nak dapat Lailatulqadar kan?

Bagaimanapun sebarang perkara terkini ada saya bincangkan atau komen di twitter.

Terima kasih kepada yang sudi singgah.

Cerita Dolu Dolu