Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, April 09, 2011

SYARAT LEBIH PENTING - BIAN KENA MENANG LA... KAN?

Pakatan Rakyat Umum Calon KM
KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian bakal dipilih sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya negeri yang ke-10 pada 16 April depan.
Perkara itu dipersetujui sebulat suara oleh ketiga-tiga gabungan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, persetujuan berkenaan dibuat berdasarkan persefahaman bahawa parti yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak akan memimpin kerajaan negeri.
"Pakatan Rakyat bersetuju bahawa parti yang mempunyai jumlah kerusi yang tinggi (dalam Dewan Undangan Negeri) akan dipilih sebagai Ketua Menteri.
"Jadi memandangkan Baru adalah pemimpin Sarawak, jadi beliau dicadangkan untuk jawatan berkenaan...bagaimanapun perbincangan lanjut mengenainya akan dibuat," katanya pada sidang media sewaktu pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Sarawak di sini, Jumaat.
Pada pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat bertanding di semua kerusi kecuali di kawasan DUN Pakan dan Marudi.
PKR bertanding di 49 kawasan diikuti DAP mempertaruhkan nasib di 15 kawasan sementara PAS meletakkan wakil mereka di lima kerusi.
Baru Bian bertanding di DUN Ba'kelalan menentang calon baru Barisan Nasional (BN), Willie Liau.
Selain itu, Setiausaha DAP Sarawak, Chong Cheing Jen berkata, pendirian untuk memberi laluan kepada PKR menjadi Ketua Menteri dibuat sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan di Sarawak.
"Pendirian DAP jelas, kalau Pakatan berjaya membentuk kerajaan, Baru akan menjadi Ketua Menteri yang baru...itu pendirian kita," katanya lagi.

Friday, April 08, 2011

NAMPAKNYA BN AJE YANG SIBUK NAK RCI VIDEO + SALAHUDDIN AYUB

Pelbagai Pihak Mahukan Suruhanjaya Diraja Segera Ditubuhkan
PETALING JAYA: Tanpa mengira latar belakang politik beberapa pemimpin menggesa kerajaan supaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane Rabu lalu.
Presiden Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu perlu segera dilakukan bagi menjaga nama baik SPRM yang telah tercemar ekoran kematian kedua yang melibatkan saksi yang memberikan keterangan di pejabat suruhanjaya terbabit.
“Saya minta Suruhanjaya Diraja ini segera ditubuhkan. Kalau boleh suruhanjaya itu dianggotai oleh individu yang tidak mempunyai apa-apa pengaruh supaya kita dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keperluan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian mengejut Ahmad Sarbani, Rabu lalu.
Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, namun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.
Beliau dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu semalam untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.
Bagaimanapun beliau ditemui mati dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Jalan Cochrane pada pukul 10.15 pagi.
Ini merupakan kes kematian kedua melibatkan saksi yang memberi keterangan kepada SPRM.
Pada 16 Julai 2009, pembantu politik kepada Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian, Teoh Beng Hock ditemui mati di koridor luar tingkat lima pejabat bangunan SPRM di Plaza Masalam Shah Alam.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu disegerakan kerana ia telah menjadi isu nasional yang melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
"Keadilan perlu diberikan kepada SPRM dan keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani. Kita mahu orang yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan dan terima hukuman yang setimpal,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja perlu dilakukan kerana banyak persoalan perlu di rungkai mengenai punca sebenar kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Selangor itu.
“Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti ditubuhkan untuk menyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia turut menggesa Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tegas dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam yang disiasat oleh SPRM.
“Kita berharap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang baru ditubuhkan dapat memulakan siasatan.
“Hal ini bagi memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan selepas rentetan satu demi satu kes malang,” katanya.

KENAPA TAK MINTA UMMI HAFILDA BUKTIKAN ADA 17 LAGI?

Sila baca perenggan terakhir. jika terbukti 'memang' Chegubard mempunyai pita rakaman seperti yang dimaksudkan adakah Chegubard akan ditahan kerana memiliki video lucah? Atau polis akan membiarkannya sehingga Chegubard sendiri menyerahkan kepada polis untuk siasatan kesahihan video tersebut seperti yang Dato T ataupun Ummi Hafilda yang juga mengakui mempunyai 17 (TUJUH BELAS? BIAR BETUL..) rakaman aksi seks DSAI.


KATAKAN TIDAK KEPADA POLITIK LUCAH DAN LONDEH KAIN

Pemuda UMNO Rembau membuat laporan Polis terhadap Badrul Hisham

April 8, 2011 by admin   
Filed under News1
Badrul Hisham Shahrin dicabar membuktikan  dakwaan beliau dalam the “Malaysian Insider” adalah benar. Dalam kenyataan Badrul Hisham di laman web “The Malaysian Insider”  bahawa beliau telah  dibekalkan oleh ahli UMNO tape video lucah YB Hj Khairy Jamaluddin pada pilihanraya  2008 . Kenyataan ini adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah.
Menurut saudara Safariladira  Abdullah, penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Rembau pada sidang akhbar setelah membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham Shahrin. ” Pemuda UMNO Rembau mengutuk sekeras kerasnya kenyataan yang berunsur fitnah ini. laporan yang  dibuat kepada pihak berkuasa adalah untuk membersihkan nama YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta menjaga nama baik UMNO itu sendiri.”
Menurut sumber yang mengatakan bahawa Video palsu yang pernah disiarkan oleh Badrul Hisham adalah Video yang langsung tidak berkait dengan Sdr Hj Khairy Jamaluddin .
Selain dari itu , Badrul juga ada berkata bahawa beliau ada menyimpan satu Video seks  Isteri pemimpin UMNO. Ini adalah merupakan satu fitnah yang jijik untuk mengalihkan pandangan rakyat  setelah Wan Azizah gagal membekalkan jam “Omega” pada sidang akhbar sebelum ini untuk membersihkan nama suaminya dalam skandal seks terbesar negara.
Pemuda Rembau mencabar  Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai Video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.

BERANIKAH NAZRI AZIZ MEMBAWA USUL INI?

Najib Harus Lulus Siasatan Suruhanjaya DiRaja Lebih Dahulu
07/04/2011
TV SELANGOR


Oleh Wira Arjuna

Esok, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz akan mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat sama ada Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T.

Alasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru itu harus “lulus” penelitian Suruhanjaya DiRaja bersabit video itu.

Nazri juga memberi kenyataan dangkal bahawa isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak untuk memutuskan individu dalam video itu mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) jauh berlainan dengan Anwar.

Perakuan seorang isteri lebih 50 tahun dan presiden sebuah parti politik diketepikan begitu sahaja oleh Nazri! Namun biarlah rakyat, khususnya kaum wanita menjawab Nazri atas perkara itu.

Yang lebih penting ialah cubaan Nazri meletakkan “syarat” Anwar mesti lulus ujian Suruhanjaya DiRaja (SDR) sebelum boleh diangkat menjadi Perdana Menteri.

Secara tiba-tiba Nazri dan juak-juak dalam Umno mengiktiraf kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri . Atau, adakah ia semata-mata untuk menghalalkan penubuhan SDR?.

Jika SDR menjadi ukuran untuk memastikan hanya mereka yang “bersih” menjadi pemimpin - kenapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja untk menyiasat Datuk Seri Najib bersabit pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Najib - dahulu dan sekarang dibelit dengan tuduhan beliau terbabit dalam skandal Altantuya. Belum lambat untuk menubuhkan Suruhanjaya itu bagi memastikan tuduhan dan dakwaan bersabit Altantuya tidak lekat selama-lamanya.

Umum tahu pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 melibatkan penasihat Najib Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis yang menerima arahan daripada pegawai kanan di pejabat Najib.

Umum juga tahu Altantuya dan Razak dibelit dengan isu pembayaran komisyen hampir RM500 juta untuk pembelian kapal selam yang diluluskan oleh Najib ketika beliau Menteri Pertahanan.

Dan umum juga tahu pada tahun lalu, pihak berkuasa Peranchis sendiri memulakan siasatan bersabit pembayaran komisyen kapal selam itu kerana ia membabitkan syarikat perkapalan negara itu.

Apakah ini semua tidak melibatkan kepentingan nasional yang sepatutnya membawa kepada sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat isu komisyen kapal selam, Altantuya dan hubung kait dengan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu?

Sepatutnya sebelum melangkah masuk pejabat Perdana Menteri, Najib menawarkan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja itu bagi memperakui beliau sebenarnya bersih-sebersihnya.

Namun tidak. Dua anggota polis yang tidak pun mengenali Altantuya disabit kesalahan mengebom Altantuya manakala Abdul Razak Baginda dibebaskan.

Dua minggu lalu, Najib dengan gah menawarkan DNAnya dalam cubaan menyindir Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Sayang, Perdana Menteri hanya membuat tawaran itu setelah perbicaraan Altantuya berakhir dan Najib selesa menduduki taktha pemimpin utama negara.

Sepatutnya Nazri menjawab soalan mudah ini – kenapa standard yang dikenakan terhadap Anwar, itupun bersabit video lucah, dikecualikan terhadap Najib Razak dalam kes yang membabitkan pembunuhan seorang warga asing dan duit rakyat berjuta-juta ringgit.

Kenyataan Nazri mahukan SDR adalah berbaur politik dan dipinjam daripada agenda Tan Sri Rahim Thamby Chik, Shayzl Eskay dan Shuib Lazim ketika mereka menayangkan video lucah itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mei lalu.

Sekali gus pengumuman Nazri mengesahkan usul penubuhan SDR adalah satu lagi taktik keji Umno untuk memanjangkan fitnah video seks terhadap Anwar.

Ia bukan mengenai mencari kebenaran kerana jika itulah yang dicari, maka polis sudah tentu menangkap Datuk T dan mendedahkan sama ada pelaku dalam rakaman 21 minit itu adalah Ketua Pembangkang atau sebaliknya.

Namun itu tidak berlaku. Ketua Polis Negara Ismail Omar hanya mengesahkan video itu adalah tulen dan siasatan 95 peratus siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara.

Hanya ismail dapat menjawab keperluan untuk beliau memberi kenyataan sebegitu, malah kenapa beliau perlu memberi sebarang kenyataan jika siasatan belum dimuktamadkan.

Mungkin kerana yakin orang ramai akan mencurigai hasil siasatan polis, maka wujud tekanan baru ke atas Umno untuk menubuhkan SDR.

Namun apabila Jemaah Menteri bermesyuarat esok untuk menimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya di Raja bagi menyiasat video lucah Anwar, mereka harus bertafakur seketika untuk memperingati mendiang Altantuya Sharibuu yang tidak mendapat pembelaan sedemikian.

SEDAPKAN HATI ATAU PASTI? BERHATI-HATI MAINAN KOTOR

Kemenangan Dua Pertiga Majoriti Masih Dalam Jangkauan BN - Taib
KANOWIT: Kemenangan dua pertiga majoriti dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 masih dalam jangkauan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Khamis.
Beliau berkata kemenangan itu boleh dicapai meskipun pilihan raya negeri pada 16 April ini menyaksikan paling ramai calon bertanding iaitu 213 calon, termasuk 41 calon bebas.
"Saya agak terkejut dan berasa hairan dengan jumlah calon yang besar kali ini," kata Taib ketika ditemui pemberita selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Rh. Jelani ak Daud, rumah panjang 66 pintu Nanga Lesih dekat sini.
Turut hadir calon BN Datuk Gramong Juna dan Alexander Vincent, masing-masing bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dan Ngemah.
Taib berkata parti pembangkang tidak mendapat apa-apa kelebihan dengan meletakkan lebih ramai calon kerana ia akan hanya memecahkan undi.
Taib berkata mempunyai penyokongnya yang setia dan tidak akan mudah terpengaruh untuk mengalih sokongan, dan hanya pengundi atas pagar yang mahu mencuba memberikan peluang kepada calon selain BN.
Mengenai keputusan beberapa parti pembangkang yang bergantung kepada "calon bidan terjun" atau calon dari luar kawasan ditandingi, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata kemungkinan besar akhirnya hasrat mereka akan memakan diri.
"Kami dalam BN memilih calon berkualiti dari luar untuk bertanding hanya dengan keizinan dan sokongan masyarakat setempat," katanya.
Terdahulu, semasa berucap Taib berkata politik BN adalah untuk membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat dan bukannya untuk menyebarkanpembohongan dan fitnah, serta melakukan serangan peribadi. - BERNAMA

Cerita Dolu Dolu