Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 16, 2011

MASALAH AIR BUKAN DITANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

K'jaan Negeri Selangor Minta K'jaan Pusat Tarik Balik Lesen Konsesi Air Syabas
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan persekutuan perlu menarik balik lesen konsesi pembekalan air di Selangor oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana syarikat itu didakwa melanggar perjanjian konsesi.
Beliau berkata, Pengawal Selia Air Selangor iaitu Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Datuk Nordin Sulaiman telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan dan Syabas bahawa tindakan syarikat itu mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya untuk Tabung Budi adalah menyalahi perjanjian konsesi.
"Jadi ini (tarik balik konsesi pembekalan air) telah ditulis surat oleh Pengawal Selia Air, kita masih menunggu jawapan daripada kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.
Syabas telah menubuhkan Tabung Budi pada 24 Ogos 2009 melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas untuk dimasukkan ke dalam tabung itu.
Wang kutipan itu akan disalurkan kepada golongan kurang kemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.
Abdul Khalid berkata Pengawal Selia Air Selangor adalah satu lantikan pegawai kerajaan negeri untuk memantau perjalanan penswastaan bekalan air di Selangor semasa perjanjian konsesi bekalan air ditandatangani antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan serta Syabas pada tahun 2004.
Abdul Khalid berkata Nordin telah mengutus surat itu kepada kerajaan Persekutuan dua minggu lepas.
Ketika ditanya jika kerajaan Persekutuan tidak setuju untuk menarik balik lesen konsesi air Syabas, Menteri Besar berkata:"Kita akan bawa ke mahkamah."
Abdul Khalid juga berkata, Syabas telah memfailkan saman terhadap beliau kerana mengeluarkan kenyataan mengenai Tabung Budi dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kenyataan supaya pemegang konsesi air di Selangor memulangkan pegangan konsesi mereka kepada kerajaan negeri.
Pua yang turut hadir berkata kes saman itu disebut semalam di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.
Abdul Khalid berkata:"Namun saman ini tidak mengubah pendirian kami dalam isu Tabung Budi. SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta pengguna-pengguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian air percuma 20 meter padu."
Katanya, kerajaan negeri juga masih berpendapat perjanjian konsesi air dengan empat syarikat iaitu Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih oleh kerajaan negeri.
Mengenai keengganan keempat-empat syarikat menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri Januari lepas, Menteri Besar berkata jika mereka tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, mereka boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa untuk diputuskan.
Katanya kerajaan negeri juga telah meminta kerajaan Persekutuan membuat keputusan mengenai perkara itu kerana mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk menentukan harga pengambilalihan syarikat berkenaan dan apabila harganya telah ditentukan, keputusan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.
Beliau berkata kerajaan negeri berharap perkara itu dapat diselesaikan sebelum hujung bulan ini.
Sementara itu, mengenai tarikh Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi akan mengangkat sumpah simpan rahsia di depan beliau, Abdul Khalid enggan mengulas.
Pada 9 Februari lepas, Menteri Besar berkata Mohd Khusrin akan dibenarkan mengangkat sumpah simpan rahsia hanya selepas kerajaan negeri menyusun semula format mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, yang dijangkakan pada minggu ini. -BERNAMA

MUBARAK MUNGKIN ADA DI MESIR (MESIR DI THE WORLD - DUBAI)

Mubarak Mungkin Hidup Dalam Buangan Di Dubai
13/02/2011   Share 


KAHERAH 13 FEB : Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang sekarang berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh selepas meletakkan jawatan atas desakan rakyat kelmarin, kemungkinan akan berhijrah ke Dubai.
Akhbar Britain, The Guardian melaporkan semalam perbincangan sudah diadakan di antara beberapa negara Arab dan Amerika Syarikat berhubung destinasi selanjutnya bagi Mubarak yang lari bersama keluarga ke pusat peranginan laut Merah Mesir ini, selepas melepaskan kuasa kepada tentera.
Satu isu penting bagi memilih destinasi 'persaraannya' ialah bagi memastikan bekas presiden itu akan menikmati kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang di atas tuduhan menyebabkan 300 kematian ketika bantahan rakyat selama 18 hari dan salah guna kuasa oleh pasukan keselamatan.

Sebelum ini, Mubarak dilaporkan mungkin menuju ke Jerman tempat beliau berehat selama tiga minggu selepas menjalani pembedahan Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas naib presiden, Omar Suleiman Rabu lalu menafikan laporan itu dan pihak berkuasa di Jerman juga menafikannya.

Kemungkinan Mubarak bersara di Sharm el-Sheikh adalah sesuatu yang dijangkakan kerana beliau akan terdedah kepada kemungkinan diheret ke mahkamah di atas jenayah kemanusiaan dan rasuah. 
Menurut akhbar al-Quds al-Arabi yang berpangkalan di London, isu kekayaan yang dihimpun Mubarak dan keluarganya turut akan menentukan destinasi persaraan bekas presiden yang memerintah hampir 30 tahun itu.

Pakar sebelum ini menganggarkan Mubarak dan keluarga berkemungkinan mempunyai harta £43.5 bilion (RM210 bilion) dengan kebanyakan di bank Britain dan Switzerland atau dilabur dalam hartanah di London, New York, Los Angeles dan pantai di pesisir Laut Merah.

Sementara itu, seorang pegawai lapangan terbang Kaherah, berkata pihaknya menerima senarai nama pegawai yang dikaitkan dengan rejim Mubarak yang tidak dibenarkan keluar negara.

Beliau enggan mendedahkan nama dalam senarai itu tetapi berkata bekas Menteri Penerangan, Anas el-Fiqqi menghantar begnya ke lapangan terbang tetapi tidak muncul untuk penerbangannya ke London, kemungkinan selepas mendengar namanya dalam senarai berkenaan.

"Senarai nama itu dikeluarkan mungkin untuk mengelak mereka yang berkuasa sebelum ini daripada lari daripada dikenakan sebarang tindakan," kata pegawai lapangan terbang itu.

Pihak tentera yang kini berkuasa semalam melonggarkan perintah berkurung yang dikenakan sejak 18 hari lalu dan mengenakan larangan terhadap pegawai dan bekas pegawai kerajaan daripada meninggalkan negara itu. - AP/Agensi  

APA JADI DENGAN BUMI HIJAU?

World Bank: Food prices at "dangerous levels"
World Bank President Robert Zoellick has said global food prices have reached dangerous levels and urged this week's Group of 20 meeting to take up the issue.

On Tuesday, the World Bank said in a report that its food price index rose by 15 percent in the 3 months through January. Wheat prices more than doubled over the last 6 months and corn prices surged by 73 percent.

Zoellick said in a telephone interview that higher food prices have pushed 44 million people into extreme poverty.

He said the issue should be discussed at a G20 meeting of finance ministers and central bank governors which starts on Friday in Paris.

The World Bank attributes the price increases to a jump in demand in emerging countries where people's living standards are on the rise.

It also points to abnormal weather conditions in producing nations and export restrictions in some countries.

The bank calls on countries to abolish export restraints and invest in schemes to increase crop yields.

Wed, 16 Feb 2011 10:14:00 +0900(JST)

Tuesday, February 15, 2011

MAHATHIR MUDAH LUPA?

Isu operasi lalang 1987

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kurang mengingati wajah pemimpin pembangkang yang menemuinya supaya tidak ditangkap dalam Operasi Lalang pada 1987 kerana peristiwa itu telah berlaku lebih 20 tahun lalu. 

Dr Mahathir berkata, Pengerusi DAP Karpal Singh bukan seorang daripada mereka, sebaliknya Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menemuinya supaya dijamin tidak ditangkap dalam operasi tersebut. 

“Sekiranya mereka tidak pernah berbohong akuilah bahawa memang ada di antara mereka yang menemui saya supaya dijamin tidak ditangkap ketika itu. 

“Mereka merayu supaya tidak ditangkap yang menyebabkan saya menemui mereka kerana surat pembelaan perlu ditandatangani oleh saya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Organisasi Kebudayaan Malaysia Palestin, di sini, semalam. 

Hadir sama, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. 

Dr Mahathir turut melahirkan rasa kesal kerana walaupun telah diberi jaminan mereka tidak akan ditangkap, mereka tetap ditahan polis dalam kejadian itu. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal yang mencabar Dr Mahathir dalam tempoh tujuh hari membuktikan pemimpin pembangkang yang menemuinya untuk memberi jaminan tidak ditangkap dalam Operasi Lalang itu. 

Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap individu yang didakwa mengeruhkan suasana politik 1987 dan Dr Mahathir bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu. 

Seramai 106 ahli politik ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan lesen dua akhbar harian, iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, iaitu The Sunday Star dan Watan, dibatalkan. 

Sementara itu, ditanya sama ada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, perlu mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri itu, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan. 

“Mereka lebih tahu sama ada perlu atau tidak, tetapi perlu mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan itu,” katanya.

Monday, February 14, 2011

ADAKAH KDN AKAN DENGAR CAKAP JAKIM ?

Jamil Khir Minta KDN Batalkan Permit Konsert Mohsen Namjoo
SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit konsert penyanyi Iran, Mohsen Namjoo yang dijadual Jumaat ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Ini kerana kata beliau, siasatan yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan lagu-lagu penyanyi itu mempunyai unsur-unsur yang menghina al-Quran dan agama Islam.
"Dikhuatiri jika diteruskan (konsert) itu boleh menimbulkan ketidakharmonian masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kumpulan terakhir pelajar Malaysia dari Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) KL, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata siasatan Jakim itu adalah susulan laporan polis yang dibuat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengenai konsert tersebut.
Zulkifli dalam laporannya meminta pihak berkuasa menyiasat bagaimana penyanyi itu dibenarkan membuat persembahan di negara ini sedangkan beliau secara terbuka menghina Islam.
Mohsen, 35, dikatakan menggunakan ayat al-Quran dan menyampaikannya dalam bentuk menghina kitab suci itu.
Pada Jun 2009, penyanyi itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh sebuah mahkamah di Iran kerana tidak menghormati kesucian agama Islam selain memperlekeh al-Quran.
Bagaimanapun beliau terlepas daripada hukuman itu kerana menetap di Vienna, Austria.
Mengulas perkara berbeza, Jamil Khir berkata perkembangan terkini mengenai pengajian pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Katanya kerajaan dan kedutaan Malaysia di Mesir juga akan memantau keadaan di sana sebelum membuat keputusan untuk membenarkan penuntut negara ini kembali bagi menyambung pengajian mereka.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pelajar yang terbabit kerana bersabar serta memberi kerjasama penuh sepanjang Ops Piramid dilaksana. -BERNAMA

    Cerita Dolu Dolu