Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 30, 2010

NAK TUNGGU TEMPAT MAIN SKI KAT ICT PULAK

Bayaran masuk nanti akan meningkat tak? Mungkin bayaran masuk ke Snow Walk aje kena charge lain kot.
Teknologi Korea Dan China Untuk Projek 'Snow Walk' Di ICT
SHAH ALAM: Teknologi canggih yang dibawa masuk dari Korea dan China ke negara ini akan memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman bermain salji dengan adanya 'Snow Walk' yang dijangka dibuka pada Januari 2011 di i-City di sini, Isnin.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif i-Berhad, Eu Hong Chew selain menawarkan kelainan kepada rakyat Malaysia, usaha mewujudkan 'Snow walk' di Pusat Komersial i-City Shah Alam juga dibuat sebagai sebahagian daripada rancangan projek pembangunan bandar cahaya itu dalam jangka masa sepuluh tahun.
"Bagi merealisasikan projek ini, kami telah menjemput tenaga pakar dari Korea yang berpengalaman dalam menghasilkan salji tiruan dan pasukan pengukir ais dari China," katanya kepada mStar Online.
Hong Chew berkata, salji dan ukiran ais dipilih sebagai komponen major projek ini bagi mewujudkan suasana berbeza di samping mempunyai unsur kesenian dan budaya serta menonjolkan kemajuan teknologi dunia.
"Dengan teknologi, rakyat Malaysia dapat melihat jatuhan salji, menyentuhnya dan bermain-main di kawasan yang disediakan nanti tanpa perlu berkunjung ke luar negara.
"Ukiran ais yang direka dengan bentuk unik dan pelbagai akan membuatkan pengunjung berasa kagum," katanya.
Menurut Hong Chew, 'Snow Walk' yang akan dilancarkan pada penghujung Disember ini melibatkan pelaburan bernilai RM10 juta di kawasan berkeluasan 17,000 meter persegi.
Sementara itu, Pengarah BK Korea, Ki-Choon Lee yang tiba di Malaysia pada Isnin optimis terhadap rancangan mewujudkan 'Snow Walk' di i-City.
Beliau yang juga pemilik syarikat pengeluar mesin salji terkemuka di dunia itu menyifatkan i-City begitu indah dan unik, justeru ianya akan menarik lebih ramai pengunjung dengan pembukaan 'Snow Walk'.
Lee yang terbang dari Korea untuk melihat lokasi dan kemajuan projek di sini akan membawa masuk tiga mesin canggih yang mampu menghasikan sekitar 1.2 - 1.5 tan salji tiruan sehari.
"Salji yang terhasil adalah 90 peratus menyamai salji semula jadi. Tidak seperti salji tiruan lain, salji ini lebih halus, lembut dan ringan," katanya yang berpengalaman dalam bidang ini selama 13 tahun.
Pengukir ais sepenuh masa dari China, Sing Xie Fung pula berkata, teknologi canggih pada masa kini membuatkan ukiran ais tahan lebih lama.
Xie Fung yang akan berada di Malaysia selama dua bulan bersama rakan pengukir seramai 30 orang kini sedang menjalankan kerja-kerja mengukir ais bagi melengkapkan projek 'Snow Walk'.
Suhu di kawasan 'Snow walk' ini menjangkau sehingga -5 darjah celcius.

MALAYSIA JUGA ADA KEPAKARAN MID/SMALL SIZE NI......

Asian nations to team up in jetliner development
Aviation experts and officials from Asian cities are joining hands to develop jetliners to connect their cities.

Delegates from Tokyo, Delhi, Hanoi, Jakarta, Kuala Lumpur and Taipei attended a conference at Tokyo's Haneda Airport on Monday.

Tokyo Governor Shintaro Ishihara told the participants to work together to design passenger planes that will be used by airlines around the world.

The Asian cities want to jointly develop small- and mid-sized jetliners to meet the growing demand for air transportation and contribute to the development of the aviation industry in the region.

The delegates from Delhi told the conference that the Indian government is stepping up its efforts to develop its aviation industry.

The participants announced their targets for the next 10 years, which include manufacturing medium-sized jetliners capable of carrying 100 to 150 passengers.

They also agreed to cooperate in developing quieter and more efficient jet engines.

Most passenger jets have been developed in Europe and the United States, but a growing number of companies in Asia are producing aircraft parts.

TETIBA AJE RETI RUJUK AL-QURAN? SELAMA NI KENAPA SENYAP?

Rakan yang beri terjemahan tersebut mungkin menggunakan cara yang dianggap mudah memberi faham kepada Kesavan dan mungkin tak sangka Kesavan akan gunakan ayat terjemahan tersebut dalam ucapannya. Ni ularmak-ularmak yang terang-terang dok tolak  hukum Al-Quran tak pernah pulak kecoh ye? Cuba tengok ni sat...



Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Maidah : 38)

Kesavan dakwa ustaz beri tafsiran kontroversi


KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan mendakwa, dia menerima rujukan tafsiran al-Quran daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini daripada seorang rakan bergelar ustaz.
Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, dia tidak menokok tambah tafsiran itu melainkan mengikut sahaja apa yang disampaikan oleh rakannya itu.
"Sama ada saya buat salah atau tidak, kawan saya itu akan menjelaskannya kelak,'' katanya ketika dihubungi malam tadi.
Kesavan memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.
Terjemahan Kesavan berbunyi: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun''.
Sebaliknya tafsiran sebenar ayat itu berbunyi seperti berikut:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka".

Monday, November 29, 2010

TOP PRIORITY! BANTUAN SEMUA DIPERLUKAN. (terkini)

TERKINI : Adalah dimaklumkan bahawa En Mohd Asrafie telah dijumpai dan berada di dalam keadaan selamat. Terima kasih atas keperihatinan semua. dengan ini KES INI DITUTUP

Maklumat dibawah adalah dari rakan sepersekolahan saya. Maklumat adalah benar setakat 19:47 PM 28 Nov 2010. Akan memberi maklumat terkini dari masa kesemasa.

Salam kepada semua kenalan,

Maaf jika e-mail ini menganggu. E-mail ini dihantar sebagai pengumuman dan semoga kemudahan teknologi e-mail ini membantu.
Satu laporan polis mengenai orang hilang telah dibuat sebentar tadi. Orang hilang tersebut merupakan pekerja Xorix. Butirannya;
1.       Nama: Mohd Asrafie Bin Amdin. 
2.       Jantina: Lelaki
3.       Umur: 32 tahun.
4.       Tinggi: 5 kaki 9 inci.
5.       Berat: Lingkungan 90kg
6.       Lain-lain: Berkaca mata.
Dilampirkan gambar beliau untuk rujukan. Beliau menggunakan kereta Honda City bernombor WUD 5037 dan berwarna hitam. Kali terakhir dilihat keluar daripada rumah saya di Bukit Jelutong, Shah Alam menuju ke kedai 7 Eleven untuk “top up” telefon bimbitnya pada jam 11.30 malam 27hb November 2010. Beliau dikhuatiri menjadi mangsa rompakan kereta.
Saya mohon pertolongan jika ada ternampak beliau atau kereta tersebut, sila maklumkan kepada saya di 016-661 3751 atau warga mana-mana warga Xorix yang lain.
Sekian, terima kasih.

Dear all,
My apology if this e-mail is an inconvenience. This e-mail is being sent out to act as a bulletin to leverage the e-mail technology that might save a person’s life.
A police report on a missing person has been lodged just now. The missing person is an employee of Xorix. The details are;
1.       Name: Mohd Asrafie Bin Amdin.
2.       Sex: Male
3.       Age: 32 years old.
4.       Height: 5 feet 9 inches
5.       Weight: Around 90kg
6.       Others: Wearing eye glass.
Attached is his picture for your reference. He drove Honda City with registration number WUD 5037, black color. Last seen leaving my house in Bukit Jelutong, Shah Alam going to 7 Eleven to top up his mobile phone. He left my house around 11.30pm 27th November 2010. Our concern is that he might be a victim of car-jacking.
I would appreciate if you find him or the car, to kindly inform me at 016-661 3751 or any of his colleagues at Xorix of his or the car where about.
Thank you for your attention and assistance.

Halim Mohamad
Xorix Sdn Bhd

AKU KAH YANG KELIRU? ATAU PERMAINAN JAHAT PERKAUMAN?

"Pakatan pembangkang menjunjung sistem demokrasi, maka orang Cina menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga tidak bercanggah dengan kepentingan kaum Melayu," MANA KATA LIM KIT SIANG? 

Anwar janji lantik Kit Siang sebagai TPM

Anwar Ibrahim mengangkat tangan Wan Azizah Wan Ismail diperhatikan Azmin Ali di Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya, semalam. - Gambar ihsan The Star


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah sah akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbarSin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu (Jumaat) bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.

Sambil menyatakan keyakinan penuh bahawa pakatan pembangkang akan menguasai Putrajaya dan mengekalkan pemerintahan di empat buah negeri, beliau juga optimis akan merampas kembali Perak sambil menyasarkan empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Pakatan pembangkang menjunjung sistem demokrasi, maka orang Cina menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga tidak bercanggah dengan kepentingan kaum Melayu," katanya seperti dipetik daripada wawancara itu.

Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, pakatan pembangkang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan sebelum Jun tahun hadapan. Sehubungan itu, katanya, parti-parti dalam pakatan pembangkang sedang giat membincangkan soal pengagihan kerusi dengan 95 peratus pembahagian kerusi yang bakal ditandingi di Sarawak sudah diselesaikan. Ketika ditanya senario wakil rakyat pembangkang yang memenangi kerusi bertindak melompat keluar parti, Anwar menjelaskan bahawa kredibiliti calon merupakan syarat yang paling diutamakan.

"Pakatan pembangkang terutama PKR akan memilih calon dengan teliti, mungkin akan meminta calon agar menandatangani surat taat setia kepada parti bagi memastikan calon itu tidak akan keluar daripada parti. "Ahli Jawatankuasa Kabinet Bayangan akan membuat satu pengumuman penting di dalam Perhimpunan Pakatan Rakyat pada 19 Disember depan. Ia termasuk strategi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.

Sementara itu, Anwar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa pakatan pembangkang dibayangi oleh pengaruhnya iaitu tanpanya pakatan pembangkang akan menjadi lemah. "Ramai orang berkata, PKR ialah Anwar atau pakatan pembangkang adalah Anwar. Ini adalah tidak benar. Saya tidak bersama dengan PKR selama enam tahun dan kini saya juga tidak kerap menyertai mesyuarat PKR kerana menumpukan perhatian terhadap pakatan pembangkang,'' katanya. Ditanya mengenai hubungan kerjasama antara DAP dan Pas, Anwar mengakui ia lebih baik berbanding dahulu tetapi jalinan tersebut masih dianggap sebagai tidak berapa erat.

Bagaimanapun, katanya, jurang antara Pas dan DAP telah dapat diatasi terutama apabila menyentuh mengenai konflik penubuhan negara Islam. "Kini kedua-dua parti lebih bersepakat dan memberi tumpuan terhadap isu-isu dalam negara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat," katanya. Mengenai kemunculan pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai 'kuasa ketiga' yang dikhuatiri memberi impak kepada pembangkang, beliau tidak menolak kebarangkalian itu.
Jelasnya, sekiranya 'kuasa ketiga' itu berpakat dengan BN, ia sedikit sebanyak mampu menjejaskan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak pasti sama ada kuasa ketiga ini berkaitan dengan Datuk Zaid Ibrahim (bekas calon Timbalan Presiden PKR) atau tidak. Ini kerana ia baru sahaja bermula, tetapi saya berpendapat ia mempunyai kemungkinannya.
"Saya masih tidak tahu siapa dalang atau di belakang 'kuasa ketiga' ini. Contohnya, saya tidak tahu siapa penajanya, kuasa mereka, siapa lagi ahlinya dan perbezaan falsafah politik serta pandangan di dalam isu dan polisinya," katanya.

Cerita Dolu Dolu