Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 04, 2010

DINAR EMAS - ZAMBRY KATA KELANTAN YANG TIRU


Update entry sebelum ini DISINI

Dinar emas: Perak susuli langkah Kelantan

November 02, 2010
KUALA LUMPUR, 2 Nov – Perak akan menjadi negeri kedua di negara ini menyediakan dinar emas dan dirham perak yang bertujuan mempelbagaikan penyimpanan kewangan rakyat.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penyediaan matawang tersebut akan dilakukan dan perbincangan mengenainya telah pun dibuat dua tahun lalu.
"Kita juga dalam proses untuk mengeluarkan (matawang) itu, supaya boleh menjadi satu asas untuk simpanan rakyat," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Persidangan Riba Sedunia di sini hari ini.
Beliau berkata penyediaan sepenuhnya matawang tersebut akan dibuat sebaik semua proses dari segi rakabentuk dan sebagainya siap.
Proses menempa rekabentuk awal matawang tersebut telah dibuat di sebuah syarikat di negeri itu, katanya.
Ditanya sama ada penyediaannya akan mengikut model yang diperkenalkan di Kelantan pada 12 Ogos lepas, Zambry berkata negeri itu akan menggunakan pendekatan yang berlainan.
"Sebenarnya kita yang memulakan dahulu dari segi perbincangan dan juga proses, tetapi Kelantan telah memperkenalkannya terlebih dahulu, tetapi apa jua kerja baik tak apalah, mungkin kita akan gunakan pendekatan-pendekatan yang lain," katanya.
Namun Zambry berkata pelaksanaannya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara dan Bank Negara.
"Apa-apa pun yang kita buat jangan sampai bercanggah dengan undang-undang dan peraturan," katanya.
Terdahulu ketika berucap menutup persidangan itu, beliau berkata Perak telah mengiktiraf bahawa emas merupakan satu simpanan nilai yang baik.
Beliau percaya bahawa oleh kerana emas telah memainkan peranan sebagai wang di seluruh dunia, nilainya dijangka meningkat ketika ada krisis.
"Dengan membuat simpanan mereka dalam emas dan perak, orang ramai boleh melindungi nilai simpanannya daripada susut nilai.” – Bernama

BEKAS MENTERI UGAMA? JAMIL KHIR TAKNAK KOMEN GAK KE?

Zakat = Politik Wang? UMNO dah jauh sesat ni......

Politik wang: Zahid Hamidi tempelak Nik Aziz

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak tindakan Pas yang gemar menuduh Barisan Nasional (BN) mengamalkan politik wang tetapi pada masa yang sama menghalalkan pula pemberian wang tunai kepada Orang Asli di Galas.
Sambil menyelar tindakan tersebut, beliau berkata Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah contoh ulama politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai tujuan politik, termasuk melemparkan fitnah terhadap UMNO dan BN bagi menutup aktiviti sendiri.
"Apa yang berlaku sekarang ialah mengata orang dia yang lebih, Pas menuduh UMNO dan BN membeli undi tetapi Nik Abdul Aziz sendiri memberikan wang kepada Orang Asli di Galas ketika kempen pilihan raya sedang rancak berjalan.
"Menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri. Itulah yang berlaku pada Pas kini," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Laksamana Pertama kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Orang Asli selepas mengislamkan mereka pada Majlis Mesra Rakyat di Pos Sandrop, Lojing, Gua Musang, semalam.
Pada program yang dianjurkan sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas itu juga, sebanyak 75 sijil penyertaan projek perumahan berkelompok turut diserahkan kepada masyarakat Orang Asli di situ.
Ditanya sama ada UMNO akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut beliau berkata, perkara itu terserah kepada Orang Asli itu sendiri.
"Saya fikir biarlah perkara ini dilapor oleh penerima itu sendiri. Kita tidak mahu campur urusan SPRM kerana kami yakin badan itu bukan sahaja memperoleh bukti tetapi juga mempunyai saksi-saksi yang boleh diketengah untuk cegah apa yang dilakukan oleh Pas," katanya.
Mengenai 'fatwa' terbaru Pas yang mengharamkan setiap penerima bantuan kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, ia bukti Pas terdesak.
Menurut Ahmad Zahid, penipuan itu tidak akan kekal lama kerana dalam tempoh yang panjang rakyat sedar bahawa 'fatwa' tersebut tidak berasas.
"Dulu banyak terpapar kain rentang yang dipasang oleh Pas menyeru orang ramai ambil apa sahaja yang UMNO bagi tetapi undi perlu diberi kepada Pas, kenapa yang dulu boleh dan sekarang tidak boleh pula," soalnya.

UMNO PENANG KANTOI LAGI - 2 ORG BKN 29 ORG


Umno putar belit projek hab pendidikan Pulau Pinang isu perkauman, kata Guan Eng

November 03, 2010
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mendakwa Umno cuba  ”memutar belit” cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan hab pendidikan di Balik Pulau sebagai isu  ”perkauman”, dan menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR)
Lim mendakwa Umno telah tersalah tuduh PR kononnya kerajaan negeri “mendapat” 200 ekar tanah yang umumnya dimiliki oleh penduduk kaum Melayu bagi membangunkan hab pendidikan unggul di Balik Pulau.
Ketika mempertahankan pendirian kerajaan negeri, Lim berkata, siasatan kerajaan negeri terhadap tuntutan pihak pembangkang telah pun dilakukan.
Tetapi, kerajaan negeri mendapati majoriti tanah yang terbabit dalam projek ini sebenarnya “bukan tanah milik orang Melayu.”
“Mereka (pemimpin Umno) mengatakan bahawa kita (kerajaan negeri) mengambil tanah milik orang Melayu.
“Inilah pertama kali proses pengambilalihan (tanah) dilakukan, bahkan tidak mengambil kira aspek latar belakang kaum.
“Itu adalah soal pentadbiran kami... jadi setelah Umno mengangkat isu perkauman, kami bertanya soal latar belakang kaum (pemilik-pemilik tanah terbabit),” katanyam
Sebenarnya kata beliau, pihaknya mendapati sebanyak 21 peratus adalah tanah milik orang Melayu dan selebihnya adalah milik bukan Melayu, Cina,” ujar Lim pada sidang media di lobi Parlimen.
Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan negeri akan memastikan pemilik tanah serta pemilik kediaman terbabit mendapat pampasan yang sewajarnya.
“Ketika kita (kerajaan negeri) membeli tanah, kita memberi pampasan kepada pemilik tanah dan pemilik kediaman yang terbabit hanya dua orang Melayu sahaja... kita akan cuba memberi mereka pampasan yang setimpal.
“Janganlah diubah isu ini pada isu perkauman ketika pendidikan dianggap penting.
“Bukan sekadar membina universiti asing, IPTS (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) pun kita akan bangunkan, mereka mahu menubuhkan sebuah kampus di Balik Pulau... apa salahnya kalau kita tidak ambil kisah.” kata Lim.
Pada 13 Mei lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa seluas 200 ekar  ekar tanah telah dikenal pasti di Balik Pulau untuk diubah menjadi sebuah hab pendidikan cemerlang dengan mengundang beberapa lembaga pendidikan tinggi untuk mendidikan kampus mereka masing-masing.
Pada ketika itu, Lim berkata projek tersebut dalam proses pembangunan tanah yang kosnya sekitar RM100 juta.
Semalam, sekitar 100 penduduk mengadakan demonstrasi di depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pengambilalihan tanah di Balik Pulau.
Azizan Ariffin selaku wakil kumpulan terbabit mendakwa lebih 29 lot tanah milik orang Melayu dan 12 lot yang lain milik Cina diambil alih bagi membuat jalan ke sebuah institusi pengajian tinggi tersebut.
Azizan menegaskan bahawa tidak ada pemilik tanah suka berpindah-randah kerana tanah mereka adalah “sebahagian dari warisan mereka.”
Pihak pembangkang khususnya Umno telah melancarkan beberapa serangan ke atas pentadbiran Lim dengan mengatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang pimpinan PR gagal mengatasi masalah orang-orang Melayu di negeri itu.

HARAP KERAJAAN DENGAR CAKAP TUN MAHATHIR KALI INI

BANTAH REAKTOR NUKLEAR
Tun M Cadang Kerajaan tidak Tergesa-Gesa Bina Loji Tenaga Nuklear
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kerajaan tidak tergesa-gesa membangunkan loji tenaga nuklear memandangkan "tidak ada jalan keluar selepas loji itu diaktifkan.
"Saya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai nuklear. Saya tidak suka loji tenaga nuklear kerana teknologi itu tidak lengkap. Kita tidak tahu apa yang akan dibuat ke atas sisa nuklear. Sebaik menghidupkan uranium, tidak boleh berpatah balik."
"Dan kita sudah pun mempunyai masalah dengan bahan radioaktif atau amang yang kita lombong, yang digunakan untuk televisyen warna. Kini mereka tidak mahu menggunakannya lagi untuk tv warna. Melupuskannya sangat sukar. Kita perlu mengasingkan satu batu persegi tanah untuk menanam amang terbabit," katanya.
Dr Mahathir ditemui selepas melancarkan Peugeot 207, model pertama yang dikeluarkan di Malaysia oleh Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia.
Ditanya mengenai sumber alternatif, Dr Mahathir berkata, "Kita mempunyai empat dasar mengenai bahan bakar sebelum ini - hidro, arang batu, minyak bahan api dan gas. Kita masih boleh dapat sumber bahan bakar asli, sebagai contoh kita boleh mengeluarkan banyak diesel daripada minyak sawit dan pokok jarak dan "exactra."
"Kita perlu kaji sumber-sumber lain seperti angin dan kuasa ombak dan sumber tenaga lain yang ditemui dan dimajukan hari ini."
Bulan lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berharap unit pertama loji penjanaan tenaga nuklear dapat disiapkan menjelang 2012.
Mengenai lokasi loji nuklear tersebut, beliau berkata, kementerian telah mengenal pasti beberapa lokasi, namun masih terlalu awal untuk mengumumkannya. - BERNAMA

ANAK KRAKATOA PUN NAK NGAMUK.... TRAGEDI 1883 BAKAL BERULANG?

Letusan terkuat Merapi



GAMBAR menunjukkan muntahan lahar dari kawah Gunung Merapi yang dirakamkan dari daerah Klaten di tengah Pulau Jawa semalam.



GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi semalam menghamburkan lahar dan asap dengan mengeluarkan letusan terkuat.
Debu dari gunung itu berterbangan sehingga beberapa kilometer manakala askar-askar bertungkus-lumus memindahkan penduduk di kawasan sekitarnya.
Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kematian dilaporkan manakala wanita menjerit dan kanak-kanak menangis semasa mereka dipindahkan dengan menaiki trak.
Beberapa buah rumah terbakar dan sejumlah bangkai lembu yang melecur bergelimpangan di cerun gunung itu.
"Ia merupakan letusan yang luar biasa tiga kali lebih kuat daripada letusan pertama pada 26 Oktober lalu," kata seorang ahli vulkanologi pemerintah, Surono.
Lebih 70,000 penduduk kampung sudah dipindahkan dari gunung tersebut.
Kawasan zon larangan diperluaskan 10 kilometer dari kawah gunung itu kepada 15 kilometer.
Letusan pertama Merapi terjadi kurang 24 jam selepas berlakunya tsunami di Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera.
Dalam kedua-dua kes, operasi menyelamat dijangka mengambil masa selama beberapa minggu kemungkinan berbulan-bulan.
Di Kepulauan Mentawai, 1,300 kilometer dari Gunung Merapi, helikopter-helikopter dan bot menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami.
Bencana tsunami dan gunung berapi itu setakat ini telah meragut nyawa 470 orang. - Agensi

Cerita Dolu Dolu