Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 14, 2010

MARAH TAK JALAN? BODEK PULAK.... macam batu serai ajer...

ERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.
BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.
BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.
Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen. 

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya. 

Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil. 

Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang. 

Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya. 
Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu. 

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya. 


NI KIRA DAH LEVEL UP NI.

Makhluk ghaib 'marah' tidak dapat larikan Siti 


BESUT – Misteri seorang gadis dikatakan sentiasa ghaib sejak dua bulan lalu semakin menggemparkan orang ramai apabila dia dibaling sekeping objek berupa besi magnet mengenai belakangnya di Kampung Gong Nangka, di sini, Ahad lalu. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam ketika Siti Balkis Mohd Nor, 22, berada di ruang tamu rumah bersama anggota keluarganya, sebelum besi magnet di atas mesin jahit di ruang tamu rumah secara tiba-tiba melayang dari bahagian atas siling dan jatuh pada belakang gadis tersebut yang ketika itu ingin bangun untuk berbaring. 

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, apa yang mengejutkan besi itu kemudian jatuh di atas lantai dengan mengeluarkan bunyi kuat tidak setanding dengan saiznya yang kecil. 

“Susulan itu, Siti Balkis terus menangis kerana kesakitan dan memberitahu besi itu amat panas,” katanya. 

Kejadian aneh tetapi benar itu turut disaksikan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Zaipah Hussein yang berada di dalam rumah berkenaan. 

Menurut Norizan, dia cuba membantu anaknya, namun tiba-tiba dia seperti dimasuki makhluk ghaib dalam badannya, sebelum makhluk berkenaan mengatakan tindakan itu disebabkan kerana marah tidak dapat melarikan Siti Balkis sejak dua hari lalu. 

“Aku tak takut apa-apa, aku tak takut ditembak dan aku tidak boleh bawa keluar dia (Siti Balkis) kerana orang ramai,” itulah antara suara aneh yang keluar dari mulut Norizan ketika membantu merawat belakang anaknya yang turut dirakam wartawan Sinar Harian. 

Menurutnya, pelbagai kejadian aneh lain berlaku kelmarin seperti kunci rumah jiran yang berkunjung ke rumahnya turut ghaib dan ditemui di atas almari di dalam salah satu bilik tidur dalam rumah itu. 

“Bukan itu sahaja, petang kelmarin lampu suluh kepala yang berada di atas lantai di ruang tamu bergerak sendiri sejauh kira-kira satu meter ke arah tandas dan ia disaksikan semua orang yang berada di dalam rumah,” katanya. 

Norizan berkata, dia percaya pelbagai kejadian aneh berlaku kelmarin disebabkan makhluk yang sering menyorok Siti Balkis terlalu marah kerana tidak dapat berbuat demikian. 

Katanya, kejadian ini memang aneh namun, orang yang tidak mengalami dan melihat sendiri memang sukar mempercayainya, tetapi yang pasti keluarga dan Siti Balkis begitu derita serta tertekan dengan kejadian aneh yang berlaku sejak lebih dua bulan lalu. 

Menurutnya, keadaan itu terkawal selepas Siti Balkis menjalani rawatan dengan tiga tokoh pengamal rawatan Islam dari Yayasan Islam Terengganu (YIT) pada Ahad lalu dan sehingga malam kelmarin, anaknya tidak lagi ghaib seperti malam-malam sebelumnya. 

Bagaimanapun katanya, walaupun anaknya tidak lagi disorok dan dilarikan sejak dua malam lalu, kejadian yang dialami itu benar-benar menggemparkan. 

Norizan yang bersyukur dengan perkembangan itu berkata, setakat ini ada perubahan selepas menjalani rawatan dengan tiga ustaz itu dan dia berharap keadaan ini berterusan sampai bila-bila. 

“Keadaannya sekarang letih sedikit dan pada malam pertama selepas menjalani rawatan itu, dia mengadu badannya lenguh-lenguh dan terpaksa diurut,” katanya.

Wednesday, October 13, 2010

SELANGOR tak setuju SALAH; KEDAH setuju pun SALAH jugak.... SPIN SPAN

Banyak cara elak kenaikan tarif air Kedah - Nawawi Ahmad

13/10/2010 4:00pm

ALOR SETAR 13 Okt. - Kerajaan Kedah mempunyai banyak cara untuk menampung kos operasi pengurusan air yang meningkat tanpa perlu menaikkan tarif air terlalu tinggi serta membebankan rakyat.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Nawawi Ahmad berkata, sebelum ini, kerajaan negeri mendakwa premium balak sudah meningkat sebanyak RM30 juta, jadi mereka boleh menggunakan wang tersebut bagi menampung kos operasi pengurusan air.
"Kerajaan negeri juga mendakwa mendapat hasil daripada sumbangan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), kenapa ia tidak digunakan untuk kos operasi pengurusan air?” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, cara lain yang boleh digunakan oleh kerajaan negeri ialah melalui pengurangan air yang tidak menjana hasil atau “non revenue water" daripada 42 kepada 25 peratus, yang boleh memberi keuntungan sebanyak RM30 juta.
"Saya hairan kenapa kerajaan negeri tidak menggunakan pendapatan negeri yang didakwa meningkat sebanyak 205 peratus untuk kos operasi pengurusan air.
“Sedangkan jumlah pendapatan itu sangat tinggi dan sangat mencukupi untuk menampung kos operasi air,” katanya. - Bernama

PERGH... LETAK SATU KAT BILIK BEST NIH!


Sony releases Internet TV sets in US
Sony will release in the US a lineup of televisions that let viewers access the Internet while they watch programs.

The major Japanese electronics maker announced in New York on Tuesday that the Internet TVs, jointly developed with search engine giant Google, come with its Android operating system.

Four models with screen sizes from 24 to 46 inches will hit the US market on Saturday. The 46-inch unit is priced at 1,400 dollars.

Viewers can search for and view online content on the TVs by using a remote control fitted with a keyboard.

Apa Rasa 2 Bulan Tak Tengok Matahari?


First miner raised to surface
The first of 33 trapped Chilean miners has been brought to the surface after having spent more than 2 months underground.

Rescue workers brought up 31-year-old Florencio Avalos in a special capsule from a depth of 700 meters at ten minutes after midnight on Wednesday, local time.

After reaching the surface, Avalos hugged and shook hands with his rescuers. He was reunited with his family, and was then escorted to a makeshift clinic nearby.

Chilean President Sebastian Pinera told a news conference that the whole world watched Avalos being rescued, and it was truly moving. He thanked the workers, and expressed his determination to bring up all the miners.
The 33 men have been trapped since a cave-in on August 5th. Rescue preparations began after they were all confirmed alive 17 days later.

Three shafts were drilled to rescue the miners, and on Saturday, one of the shafts reached a tunnel leading to their shelter.

The miners are being brought to the surface in the capsule one by one. It is expected to take about an hour to rescue each miner.

Experienced miners are being brought up first because they are expected to be able to better cope with unforeseen situations. Miners with health problems will be next, followed by the physically fit.

Rescuing all the men will take about 2 days.

Cerita Dolu Dolu